SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Saturday 14 September 2013

TEMPAHAN RUBBER STAMP DAN FLASH STAMP.

DI SINI ANDA BOLEH MENEMPAH PELBAGAI SAIZ RUBBER STAMP DAN FLASH STAMP. SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBUATNYA ANDA AKAN DIBERI HARGA YANG SANGAT BERBALOI. SILA HUBUNGI PUAN TUMINAH BAHAROM DI NO TELEFON 0176957385.ALAMAT RUMAH NO 18 TAMAN SRI JERAM 3 ,JALAN BAKRI 84000, MUAR












Sunday 8 September 2013

TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS

TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS
LANGKAH 1:INGAT FORMULA INI: ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS

Anak:Antara
Halim:Hal ini demikian kerana
Sepak: Sebagai contoh
Kesom:Kesannya
Sebab: Seterusnya

Jealous: Jelaslah

LANGKAH 2: BINA SOALAN MENGGUNAKAN TEKNIK PANDANG BELAKANG
LANGKAH 3:LIHAT CONTOH DI BAWAH. CONTOH YANG DIBER MERUPAKAN JAWAPAN KEPADA SOALAN YANG TELAH DIBINA


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Anak--------...................ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
Halim……………………………………………….. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
Sepak…………………………………………….. pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang
Kesom……………………………………… mereka akan disenangi oleh orang di sekelilingnya
Sebab……………………………… orang lain akan sanggup berkongsi apa-apa sahaja dengan mereka termasuklah berkongsi ilmu yang ada.
Jealous…………………………………….bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

LANGKAH 4:LETAKKAN FORMULA DI BAHAGIAN HADAPAN JAWAPAN.

PERHATIKAN CONTOH BERIKUT:
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Anak--------Antara ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
Halim……….Hal ini demikian kerana Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
Sepak…………Sebagai contoh pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang
Kesom………….Kesannya mereka akan disenangi oleh orang di sekelilingnya
Sebab………….Seterusnya orang lain akan sanggup berkongsi apa-apa sahaja dengan mereka termasuklah berkongsi ilmu yang ada.
Jealous………Jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

LANGKAH 5:Susun semula perenggan yang diberi mengikut TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS
1ANTARA Ciri pelajar yang cemerlang adalah sentiasa mengikut ajaran agama. HAL INI DEMIKIAN KERANA setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. SEBAGAI CONTOH seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. KESANNYA, solat yang didirikan akan menjadikan seseorang pelajar itu senantiasa berdisiplin. Disiplin yang dimiliki akan menjadi pendinding kepada mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. SETERUSNYA  agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. JELASLAH, bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul lantarab senantiasa menghayati ajaran agama.
 ....Bagaimana? belajar yang asas dahulu..Dah pandai kita ubah dan murnikan....terus bersama saya.....

TEKNIK MEMBINA PERENGGAN ISI DALAM KARANGAN

NOTA: PELAJAR BOLEH MENGEMBANGKAN ISI MENGGUNAKAN TEKNIK PANDANG BELAKANG. 

LANGKAH-LANGKAHNYA:
1. GUNAKAN KATA TANYA 5W 1H.PILIH YANG SESUAI. BIASANYA SOALAN PERTAMA MESTILAH 'APAKAH'. BUAT SATU SOALAN YANG ADA KAITAN DENGAN TUGASAN SOALAN.
2.TULIS JAWAPANNYA DAN BAHAGIAN AKHIR JAWAPAN DIGUNAKAN PULA UNTUK MEMBINA SOALAN YANG SETERUSNYA.
3.ULANGI LANGKAH YANG SAMA. BUAT PERMULAAN GUNAKAN APAKAH (1)MENGAPAKAH(2)APAKAH CONTOH(3) APAKAH KESAN JANGKA PENDEK DARIPADA CONTOH(4)APAKAH KESAN SETERUSNYA DARIPADA CONTOH(5) DAN APAKAH PENEGASAN YANG BOLEH DIBUAT(6)

CONTOH:
TEKNIK PANDANG BELAKANG
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Soalan: Apakah langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar?
Jawapan:
Sebagai orang terdekat dengan anak-anak sepatutnya ibu bapa mendidik anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
Soalan: Bagaimanakah ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
Jawapan:
 Ibu bapa boleh mendidik anak-anak dengan mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar  terkini yang sering berlaku.
Soalan: Apakah isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini yang sering berlaku?
Jawapan:
Sebagai contoh isu-isu pencemaran terkini yang kerap menjadi paparan media ialah isu pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. 
Soalan: Apakah kesannya jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak?
Jawapan:
Jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak, maka anak-anak akan menyedari bahawa mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati.
Soalan:Mengapakah mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati?
Jawapan:
Hal ini kerana perbuatan tersebut akan mencemarkan udara.
Soalan:Apakah implikasi daripada perbuatan mencemarkan udara?
Jawpan:
Sekiranya udara tercemar, maka situasi ini akan membahayakan kesihatan.
Soalan:Mengapakah boleh membahayakan kesihatan?
Jawapan:
Kesihatan seseorang itu akan terjejas kerana menyedut udara yang kotor
Soalan:Apakah penegasan yang boleh dibuat tentang langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar?
Jawapan:Tegasnya, langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui peranan ibu bapa yang mendidik anak-anak sejak kecil lagi.

SETELAH SELESAI GABUNGKAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.(Sila ikuti penerangan teknik ini selanjutnya...)


Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.