SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Tuesday 5 November 2013

Peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.

Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.
Pendahuluan :
Semua pihak telah sedia maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi. Hingga hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar kita dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anggotanya.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah – menanamkan asas berjimat cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk dapur sendiri – cermat tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-perkara asas
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana – merancang perbelanjaan mengikut kemampuan – tidak terlalu boros semata-mata tunduk kepada kehendak nafsu (peribahasa: air perabung akan menitis melalui cucur atap = perangai tidak baik ibu bapa ditiru oleh anak-anak)
Isi 3 : Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung – strategi bertindak sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa: ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis)-membua akaun bank
Isi 4 : Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga – sistem bajet yang yang dipatuhi – keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting dahulu (peribahasa: hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)
Isi 5 : Bijak menggunakan fikiran dan akal daripada dikuasai nafsu – memiliki daya pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda – keputusan tidak dibuat berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu – mengelakkan sikap suka berlumba-lumba (peribahasa: gajah berak besar pelanduk pun nak berak besar juga)

Kesimpulan :
Tuntasnya, dalam urusan berjimat cermat kita wajar berpegang kepada falsafah bahawa, “Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada jumlah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?”. Oleh itu, berjimat cermatlah sebelum kita berhadapan dengan bankrap
.

FAEDAH-FAEDAH KOMPUTER


          Dewasa ini, komputer merupakan  alat penting  yang  digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer acapkali digunakan oleh guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan computer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.


            Antara faedah belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar  dapat berkongsi  maklumat   bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.

        Di samping itu, belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti  pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh, program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan tugasan secara langsung  atas  talian. Sudah terang lagi bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan lebih ceria.
 
              Semenelahan itu pula, faedah belajar menggunakan komputer adalah dapat menjimatkan masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya  bahan-bahan pembelajaran  akan disediakan  terlebih dahulu oleh guru atau pelajar.  Selain itu, tugasan  atau latihan  pelajar juga dapat dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata peribahasa, masa itu emas.  Oleh itu, faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

          Selain itu, belajar menggunakan komputer  boleh meningkatkan prestasi akademik seseorang  pelajar  di sekolah.  Hal ini demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan sumber ilmu.  Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu.  Jika ini dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha Tangga Kejayaan.  Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar berjaya dalam pelajaran.
 
        Kesimpulannya, semua pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran.  Namun begitu, perlu diingat jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah, maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-baiknya supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.

Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia

Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.

Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga yang bahagia.

Pendahuluan :
 Tragedi-tragedi pelik seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami membunuh isteri di tempat tidur, anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam keluarga bagaikan menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak sehingga keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan kemurungan, halunisasi, dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah menanganinya harus diambil dengan seberapa segera.
Isi-isi
Isi 1 : Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum anak-anak mengharungi alam berumah tangga – anak-anak sudah mempunyai persediaan yang cukup – dapat menangani segala masalah dengan tenang

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga adalah suatu amanah dan ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera

Isi 3 : Memperlengkap ahli keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu dunia sebagai alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan kedamaian batiniah

Isi 4 : Menjalinkan perasaan mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan perkara-perkara negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati kehidupan berkeluarga ibarat syurga

Isi 5 : Memilih pihak ketiga sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya masalah terlalu rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing – menerima hakikat bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian

Kesimpulan

Fenomena semasa yang semakin mencabar secara tidak langsung boleh mempengaruhi emosi seseorang. Oleh itu, jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru padahnya terlalu besar. Jangan dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

SEKOLAH IDAMAN SAYA



Pendahulan
·     Sekolah merupakan intitusi formal  yang  menyediakan tempat untuk setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan. Sekolah ibarat rumah ke dua  kepada pelajar kerana di sinilah sebahagian  besar  masa  pelajar digunakan  untuk belajar. Sebagai rumah ke dua ,sewajarnya sekolah  mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada para penghuninya.

 Isi-isi
·     Untuk memastikan setiap pelajar memperoleh ilmu pengetahuan yang sewajarnya, mereka  memerlukan warga guru yang bertanggungjawab dan komited terhadap tugas menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru-guru juga perlu menyemaikan perasaan kasih sayang kepada anak didiknya supaya  mereka akan sentiasa dihormati dan bukan ditakuti.
·     Sekolah idaman saya juga merupakan sebuah sekolah yang mempunyai murid-murid yang berdisiplin. Hal ini demikian kerana disiplin yang baik menjadi asas kepada  suasana sekolah yang  tenteram dan harmoni. Jika keadaan sekolah tidak terkawal kerana masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar sudah pasti akan menganggu proses penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar.
·     Selain itu, sekolah idaman saya haruslah memiliki kemudahan fizikal yang lengkap. Kemudahan fizikal yang lengkap akan membolehkan  pelajar  belajar dengan selesa  dan  para guru dapat mengaplikasikan pengunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dilengkapi dengan perpustakaan, makmal komputer dan pusat akses.
·     Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Oleh  itu, persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik akan memberikan ketenangan dan ketenteraman kepada  setiap warga di sekolah.
Penutup

·      Sekolah ibarat sebuah rumah. Kita memerlukan sebuah rumah yang cantik, selesa dan tenteram unuk didiami. Begitu juga halnya dengan  sekolah tempat setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan.
 Karya-karya sastera merupakan medan terbaik untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan ke dalam jiwa generasi  muda.   
                     
        Huraikan nilai-nilai kemanusiaan  dalam novel yang pernah anda  baca. 
   Pendahuluan
·         Karya sastera merupakan medan yang digunakan oleh penulis untuk mendidik masyarakat-menerusi karya sastera pelbagai nilai murni diterapkan.
·         Nilai kemanusiaan ialah perasaan kasih sayang terutama kepada orang yang lebih tua, perasaan nasihat-menasihati, tolong-menolong , dan memberi tunjuk ajar. Semangat juang yang tinggi  dan gigih berusaha juga  terangkum dalam aspek ini.

Isi-isi
·      Novel Perlumbaan Kedua  mengisahkan kebijaksanaan dan kematangan Tuk Kura yang  dapat mengalahkan Arnab Putih yang jauh lebih muda daripadanya—mesejnya di sini ialah  Tuk Kura menyusun strategi untuk menghadapi  perlumbaan dengan Arnab Putih. Sebelum itu Tuk Kura dicemuh-cemuh oleh kaumnya sendiri—cemuhan itulah yang  menguatkan tekad dan azam  Tuk Kura sehingga akhirnya menang. Di sebalik kejayaan mutlak tersebut, Tuk Kura menasihati cucunya supaya  hidup berdikari.
·   Novel Di Hadapan Pulau pula mengungkapkan  kesengsaraan dan penderitaan hidup penduduk semasa pendudukan Jepun. Penderitaan tersebut menyebabkan Rosiah mengabaikan nilai moral untuk meneruskan hidup. Secara tersiratnya  novel mengandungi pengajaran. Contohnya, Syed Fikri sentiasa menasihati  Aziz dan rakan-rakanya agar  bersembahyang memanjatkan doa kepada Ilahi ketika menempuh kesengsaraan  pada zaman Jepun.  Semangat tolong-menolong  juga dapat dilihat  apabila Dorani dan Zubir menolong Mak Ketong membina ‘shelter’
·     Novel Bukit Kepong bertemakan perjuangan mempertahankan tanah air. Pengajarannya di sini ialah semangat juang yang tinggi dan  bekerjasama mempertahankan tanah air daripada serangan komunis. Semangat  yang begitu kuat dan kerjasama yang terjalin antara penduduk kampung mempertahankan balai  polis yang menghadapi serangan yang begitu hebat.
·    Dalam Novel Putera Gunung Tahan pula, Ishak Haji Muhammad membangkitkan tema nasionalisme. Nilai kemanusiaannya disini ialah  kegigihan Ratu Bongsu mempertahankan  Gunung Tahan daripada diambil oleh Inggeris. Kegigihan tersebut sepatutnya menjadi  contoh kepada generasi kini yang sepatutnya insaf untuk terus menjaga keamanan dan kedaulatan negara
·      Nilai jati diri-Novel Kabus di Perbukitan karya mohamad Kholid Hamzah-watak utama Faridah biarpun telah 25 tahun tinggal di New Zealand dan berkhawin dengan Soleh Johnson tetap mengekalkan jati dirinya sebagai orang Melayu yang beragama Islam-kembali ke Malaysia-hujan emas di negeri orag hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.


        Penutup

  • Nilai-nilai kemanusiaan yang diterapkan dalam  novel mampu memupuk nilai murni dalam kalangan generasi muda. Jiwa murni yang dipupuk melalui karya dapat melahirkan insan yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab.

LATIHAN TATABAHASA

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri dalam kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah dalam kalangan pelajar.

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,
1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3. Julia menjahit baju kurung itu.
4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.


Jawapan:
Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalamnya. Norasyikinmeminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingintahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya.Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.
Jawapan:
1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia.
2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera,  pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar
Jawapan:
1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.

6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.

Usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan untuk mengembalikan minat generasi muda terhadap karya-karya sastera.

Karya sastera semakin kurang diminati  akibat arus pembangunan dan pemodenan yang  begitu pesat dalam pelbagai bidang.
Huraikan usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan  untuk mengembalikan  minat  generasi muda terhadap karya-karya sastera.

Pendahuluan

  • Dunia semakin pantas berkembang—arus permodenan semakin deras—perubahan corak hidup turut berlaku—masing-masing menumpukan perhatian terhadap sesuatu yang dianggap lebih canggih dan moden—generasi muda mengamalkan gaya hidup moden dan hari demi hari kian melupakan sesuatu yang bersifat tradisional termasuklah tidak menunjukkan minat terhadap karya sastera. Kebanyakan remaja membaca hanya sekadar untuk lulus peperiksaan—sesuatu perlu dilakukan agar karya sastera tidak terus terpinggir. 
 Isi-isi
  • Mengetengahkan kembali hasil sastera— Komponen sastera (KOMSAS) dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu—usaha bijak kerajaan-pelajar didedahkan dengan karya-karya sastera—novel,puisi,prosa tradisional,drama dan cerpen.
  • Memasukkan KOMSAS dalam sukatan sekolah rendah—jika boleh pelajar sekolah rendah didedahkan dengan perkara yang sama—melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • Peranan pihak sekolah—mengadakan Minggu Sastera—mengadakan pertandingan menulis cerpen—mengarang sajak—menghasilkan  skrip dan sebagainya—hadiah-hadiah disediakan untuk menarik minat pelajar—memperbanyak koleksi bahan bacaan sastera di perpustakaan dan menggalakkan pelajar membaca dan meminjamnya.
  • Peranan ibu bapa—segala-galanya bermula dari rumah—ibu bapa mengadakan perpustakaan mini dan membelikan bahan bacaan sastera untuk anak-anak—ibu bapa boleh membacakan atau menceritakan semula cerpen yang dibaca bersesuaian dengan peringkat usia anak-anak—ibu bapa menjadi idola.
  • Peranan pihak kerajaan.Memang tidak dapat dinafikan bahawa, untuk menarik minat masyarakat terhadap kesusasteraan melayu, kerajaan memainkan peranan yang besar. Oleh itu, menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), kerajaan memberikan biaya yang besar untuk memastikan DBP dapat menerbitkan karya sasterawan tempatan. Kemudian, pada waktu yang sama, kita mengharapkan DBP menyebarluaskan karya yang diterbitkan itu untuk memudahkan masyarakat membelinya. Selain itu, kerajaan telah dan terus mengangkar karya yang terbaik untuk diberi anugerah seperti Hadiah Sastera Perdana. Pengiktirafan ini mampu memberi galakan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang lebih hebat. Pada waktu yang sama, karya yang diangkat sebagai penerima anugerah pula akan menjadi buruan pembaca. Karya yang baik sudah pastinya menjadi pilihan kepada pembaca untuk menatapnya. Selain itu, karya yang baik pula diterjemahkan kepada bahasa asing. Manakala karya antarabangsa asing, biasanya dalam bahasa Inggeris diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Menerusi cara ini, pembaca akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis yang berlatar belakang yang berbeza. Karya tempatan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti Salina karya A.Samad Said, Ranjau sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, dan koleksi puisi Usman Awang
Penutup
  • Karya-karya sastera merupakan khazanah ilmu dan budaya yang sangat bernilai—di dalamnya terhimpun pelbagai peristiwa sejarah dan nilai-nilai murni yang mampu dijadikan teladan—penerapan nilai-nilai murni dalam karya sastera merupakan sesuatu yang amat berharga—generasi muda perlu dibangunkan jiwa dan rohaninya menerusi pembacaan karya sastera.


PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHORMATI WARGA TUA

Isi-isi: 
  • Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak - perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap orang tua kepada anak-anak mereka -dengan didikan yang sempurna, anak-anak akan menghormati dan menyayangi warga tua.-memberitahu anak-anak bahawa Allah meyayangi orang yang penyayang dan mengasihi orang tua.
  • Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan - bukan sahaja pada hari raya - menunjukkan contoh kepada anak-anak bahawa ibu bapa mestilah diutamakan-dapat mengeratkan hubungan antara remaja dan warga tua - warga tua akan berasa terhibur apabila anak dan cucu mereka pulang menziarahi mereka - remaja akan sedar/belajar memahami kepayahan serta kesunyian warga tua.
  • Mengalakkan anak-anak menyertai kempen menghargai warga tua- untuk menyemai kesedaran generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. Kempen "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi"-1 Oktober setiap tahun - sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan - akan timbul perasaan simpati, kasih sayang dan hormat golongan tua.
  • Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam jiwa generasi muda - mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua sebaliknya bersifat empati dan mendengar rintihan warga tua - mereka dapat mengasihi dan menjaga keperluan warga tua dengan baik.-mengajak anak-anak mengunjungi rumah warga tua yang dipinggirkan-menggalakkan amalan bersedekah-memberi hadiah.
  • Ibu bapa mengadakan Hari Keluarga - mengundang ibu bapa yang merupakan Datuk dan Nenek kepada anak-anak untuk sama-sama bermesra pada Hari tersebut -anak-anak dapat belajar bagaimana untuk memenangi hati dan menghormati warga tua - secara tidak langsung, mereka akan mengamalkan sikap begini apabila mereka sudah dewasa.-menggalakkan anak-anak mereikan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa - remaja menghargai dan meraikan ibu bapa dengan membawa mereka berjalan/beri hadiah.

Penutup:
Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya - kita tidak seharusnya melupakan jasa mereka kepada keluarga dan negara - kita perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan menjadi tua seperti mereka. Peranan ibu bapa sangat penting kerana mereka merupakan uswah hasanah kepada anak-anak.

PERANAN PELBAGAI PIHAK

NOTA;GUNAKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN PERANAN PELBAGAI PIHAK/TANGGUNGJAWAB BERSAMA
PENDAHULUAN
Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak satu dasawarsa dahulu, negara kita telah ........................................... dalam usaha menuju ke Wawasan 2020 yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah .............................................. telah berakar umbi di negara ini serta menjadi semakin kronik belakangan ini bagai bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru  lagi. Masalah ............................. tidak seharusnya dipandang enteng. ........................................................ sekitar hendaklah dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi kesejahteraan hidup sejagat.. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang proaktif dan efektif harus diberikan penekanan dalam usaha ..................................Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
PIHAK KERAJAAN MENGADAKAN KEMPEN
Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara .............................................................., faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu.

IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan .............................................Ibu bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri kanak-kanak sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan adanya didikan agama yang teguh, insan yang .............................................................................. dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik dalam aspek ............................................... tanpa mengira di mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi teladan dan ikutan anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu bapa .......................................................................... Dengan ini, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa mereka dan akan dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah bisa tegal biasa. . Ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka ............................................................... yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang ........................................sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya bapa borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan ..............................dalam jiwa remaja kita itu. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan ...............................................
GURU
Selain itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk ................ dalam sanubari para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama yang menekankan pembentukan insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan ........................................... Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek .................. di dalam kelas di samping menekankan kepentingan ........ Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda kita tentang ..............................
MEDIA MASSA
Peranan media massa juga tidak dapat diketepikan memandangkan media massa seperti radio, televisyen dan suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam dalam kehidupan sehari-hari. Rancangan dan program yang dapat menyemaikan sikap ........................................ harus disiarkan melalui saluran media bercetak dan media elektronik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya ............................................... Kempen-kempen  seperti................. patut digiatkan dan diharapkan dapat membangkitkan kesedaran................................ dijalankan oleh pihak media massa seharusnya tidak bersifat  hangat-hangat tahi ayam. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk ......................................... Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat sedar akan ................................... 
DIRI SENDIRI
Remaja dan belia pada masa ini banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa .Zaman remaja merupakan masa untuk mencari identiti dan jati diri. Pada masa inilah berlakunya anjakan dari zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dan menghiburkan, kepada zaman penuh kekeliruan dan pembinaan ego diri seorang manusia.
Remaja merupakan golongan berusia 13 hingga 19 tahun. Ada pihak yang mendefinisikan remaja sebagai satu golongan manusia yang berada di zon peralihan, iaitu antara usia sebaik sahaja akil baligh dengan usia mencapai kematangan. Usia remaja selalu dikaitkan dengan zaman persekolahan, kerana lazimnya di negara maju atau membangun, usia remaja adalah usia seseorang individu itu dalam proses mendapat pendidikan primer yang formal.

  • Melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan - Setiap agama menggariskan penganutnya - mendekati kebaikan - menjauhi kejahatan - remaja perlu bertindak bijak untuk tahu apa yang dilarang dan dibenarkan dalam agama - apabila mempunyai pegangan agama yang kukuh - secara automatik remaja tahu membataskan diri dalam pergaulan dan gaya hidup.
  • Memperkukuh jati diri - remaja akan lebih menghargai diri sendiri - hindarkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif [nyatakan beberapa contoh]
  • Memilih rakan sebaya yang baik - remaja lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya - perlu bijak memilih kawan - aktiviti dan tindakan rakan-rakan akan mempengaruhi remaja - sekiranya pilih teman yang suka melepak - tidak mustahil remaja akan terlibat sama
  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah - didik diri menghargai masa - lakukan aktiviti/pilih hobi yang mendatangkan manfaat seperti membaca, bercucuk tanam, menghadiri kelas-kelas kemahiran seperti komputer/jahitan - isi masa dengan perkara yang berfaedah - tidak akan terfikir langsung untuk menghabiskan masa dengan sia-sia
  • Sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa dan guru - orang yang lebih tua  lebih dahulu makan garam - mereka lebih berpengalaman - dengar nasihat dan teguran mereka - pada usia remaja - gagal fikir dengan baik - sentiasa berfikiran positif menerima teguran dan bimbingan
  • Mendisiplinkan diri serta mematuhi peraturan yang ditetapkan - remaja memang penuh dengan naluri ingin mencuba - jiwa remaja juga cepat memberontak jika dikongkong - perlu disiplinkan diri dan belajar mematuhi setiap peraturan dan larangan (peraturan di sekolah, di asrama atau di rumah) - membentuk diri supaya menjadi insan yang lebih baik
-          remaja yang harus bertanggungjawab atas diri sendiri - Tepuk dada tanya selera - perlu bijak berfikir untuk masa depan - bukan sekadar keseronokan sementara semata-mata

KESIMPULAN

Natijahnya, semua pihak berwajib perlulah memikul dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil, seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara berterusan, bukan bersifat hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk ..........................akan menjadi sia-sia seperti mencurahkan air ke daun keladi. Oleh itu, setiap .............................perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk ............................................. Sesungguhnya, kita mampu untuk melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka, sebelum nasi menjadi bubur, marilah sama-sama kita mempraktikkan.................................

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA


Pendahuluan:
•Keluarga merupakan  institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
•Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang
•Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya.
•Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang tidak terucap.
•Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan.
•Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang.
•Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.
•Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan dapat diwujudkan.
Persoalannya………………..

Isi

1. Sebagai suri teladan kepada anak-anak
- Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak.
-Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek, anak rintik.
-Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka daripada kedua-dua orang tua mereka.

2.Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
-Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka.
-Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang penuh dengan sinar kebahagiaan.

3.Memberikan perhatian dan kasih sayang/meluangkan masa
-Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka.
- Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan
.
4. Memberikan didikan agama dan moral
- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah.
- Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.

5.Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak
- Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi

6.setiap ahli keluarga saling menghormati antara satu sama lain.
-Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertelingkahan terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.Ramai orang mengatakan bahawa keluarga yang bahagia ialah keluarga yang harmoni,aman dan damai.Sebagai ahli keluarga yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga,mereka haruslah mewujudkan situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita  dihormati oleh masyarakat luar dan tidak dipandang serong serta dipandang hina.Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek Matematik,haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah.Kita haruslah mengamalkan sikap "berat sama dipikul ringan sama dijinjing"dan "ke gunung sama didaki,ke lurah sama dituruni".Tegasnya,setiap ahli keluarga bahagia di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu menjadi keluarga

Penutup
- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama


CERPEN ISRAK


Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitan sahaja. Israk mencebik.
“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.
Dengan spontan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.
“Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!’
Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir.
“Abang, kalau tanpa Wah, pa tidak hadir ke dunia. Sekaligus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti sekarang.”
“Teori pembiakan manusia itu abang sudah tahu. Tak perlu diajar lagi!”
“Ini peluang bagi abang …. Rebutlah. Jangan pula abang menyesal kemudian hari.”
“Kurang faham!”
“Abang terlalu mengikut hati. Atma, perasaan, jiwa, kalbu, garisah, naluri, dan sebagainya termasuk nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!”

(Dipetik daripada cerpen Israk
Oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.)


(i)                 Terangkan maksud cacing kepanasan dalam petikan  di atas.                 [2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, mengapakah kita wajar menghormati orang yang lebih tua daripada kita?
Kemukakan tiga pendapat anda.                                                           [3 markah]

(iii)             Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                                [4 markah]


Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk. Dia menjodong. Mujur gitar yang dibeli di Buenos Aires dibawa bersama. Penghibur ketika waktu bosan. Siti Hawa yang memerhatikan tingkah anak bujangnya itu hanya menggeleng. Geleng ibu bukan sebarang geleng. Ishak yang dibesarkan di Perth itu langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Wah. Inilah pertama kali dia melihat Wah dari dekat. Hidup Wah Nampak berbeza daripada hidupnya. Baginya, pengajiannya dalam bidang korporat itu tidak akan menjadikan hidupnya seperti Wah. Temperamen mengatasi segalanya.
            “Adam, bawalah anak bini kamu ke dapur. Tadi, mak pungut buah-buahan tu. Makanlah,” kata Wah dengan tenang sekali.
            Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik yang bergerak ditampar angin desa. Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai berkumandang. Wah orang alim kerana lahir dalam kalangan orang alim.
            “Wow, lawanya!” Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.

(Dipetik daripada cerpen Israk
Oleh Erda Roslan Khairi antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)



(i)                 Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk.
Mengapakah Israk berkeadaan demikian.
                                                                                                              [2 markah]


(ii)               Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kita?
Berikan tiga tindakan.
                                                                                                              [3 markah]


(iii)             Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam cerpen.                                                                                       [4 markah]


Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


      “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
     “Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
      “Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil ikhtibar daripanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”  
   Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
           “Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
       Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membatu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.


                                                                   ( Dipetik daripada cerpen Israk
 oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja      
                                                           Dewan Bahasa dan Pustaka.)


(i)                 Nyatakan dua keadaan yang menyebabkan Adam berasa bersyukur dalam hidupnya.
                                                                                                                    [2 markah]

(ii)               Sekiranya anda Adam, apakah yang anda boleh lakukan untuk menyedarkan Israk supaya lebih menghormati Wah?                                                                                                                                                                                                                          [3 markah]

(iii)             Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

                                                                                                                 [4 markah]


(i)                 Maksud rangkai kata cacing kepanasan adalah:

-          Menjadi tidak tentu arah.
-          Menjadi gelisah/ tidak selesa/ terseksa
[2 markah]

(ii)               Kita wajar menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana:

-          Orang tua banyak mempunyai pengalaman/ berkemampuan untuk memberi nasihat atau panduan kepada kita.
-          Orang tua seperti ibu bapa banyak jasanya kepada kita terutama dalam memberikan pendidikan dan menjaga keselamatan diri kita.
-          Golongan muda perlu menjadi orang yang bersopan/ berbudi bahasa sesuai dengan budaya Timur/ nilai Islam.
-          Menjadi tuntutan agama dan adat agar yang muda menghormati orang yang lebih tua.
[3 markah]


(iii)             Satu latar masyarakat dalam petikan:

-          Masyarakat yang suka memberi nasihat. Contohnya Mikraj tanpa jemu memberikan nasihat kepada Israk tentang tanggungjawabnya kepada nenek mereka/ menghormati nenek.

Satu latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen.

-          Masyarakat yang penyayang. Contohnya Mikraj sayang akan neneknya Wah.
-          Masyarakat yang dibesarkan dan mendapat pendidikan di luar negara. Contohnya Israk dibesarkan di Perth dan mendapat pendidikan dalam bidang korporat.
-          Masyarakat desa yang banyak mengusahakan kebun buah-buahan. Contohnya Wah mengusahakan kebuh buah-buahan dan membesarkan Adam sehingga berjaya dengan hasil tanaman.
[4 markah]


(i)                 Israk berkeadaan demikian kerana:

-          Israk dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza iaitu di luar negara (Perth).
-          Itulah kali pertama Israk ke rumah Wah.
[2 markah]


(ii)               Antara tindakan yang boleh saya lakukan untuk mengembirakan hati orang tua adalah:

-          Menjaga kebajikannya dan sentiasa membawa orang tua bersiar-siar.
-          Sentiasa menjaga hati mereka dan tidak mengecilkan hati mereka.
-          Cuba memenuhi permintaan mereka.
-          Beri mereka hadiah pada hari istimewa mereka.
-          Selalu berada di samping mereka.
[3 markah]


(iii)             Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan:

-          Kita mestilah ingat asal usul kita – Tindakan Israk yang lupa akan asal usulnya iaitu tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup di kampong tidak disenangi oleh ahli keluarganya terutamanya adiknya Mikraj.

Satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:

-          Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga kita – Wah begitu menyayangi anak cucunya. Dia memungut durian dan membawanya ke rumah untuk dimakan oleh anak dan cucunya.
-          Kita perlu tabah menghadapi dugaan – Wah membesarkan anaknya dengan tabah setelah kematian suaminya.
-          Setiap orang hendaklah melaksanakan tanggungjawab masing-masing – Adam dan keluarganya tetap menziarahi emaknya di kampong kerana dia sedar akan tanggungjawab terhadap ibunya.
[4 markah]


(i)                 Dua keadaan yang menyebabkan Adam bersyukur dalam hidupnya:

-          Dulu buah dari kebun Wahlah yang menghantar Pa menjadi seorang insan yang dominan.
-          Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki.
[2 markah]


(ii)               Sekiranya saya Adam, perkara yang boleh dilakukan untuk menyedarkan Israk supaya lebih menghormati Wah:

-          Berikan didikan agama
-          Memperlihatkan teladan yang baik.
-          Menegur kesilapan Israk.
-          Kerap menziarahi Wah agar hubungan lebih rapat.
-          Israk tinggal bersama-sama Wah.                                                   [3 markah]


(iii)             Satu nilai dalam petikan:

-          Bersyukur. Adam bersyukur kerana dapat melanjutkan  pelajaran atas kegigihan Wah menyaranya dengan hasil tanaman.

Satu nilai dalam keseluruhan cerpen:

-          Ketabahan. Wah tabah dan cekal menghadapi kematian suami ketika sedang mengandung dan membesarkan Adam tanpa suami.
-          Kasih sayang. Rasa kecintaan yang mendalam ditunjukkan oleh Wah terhadap kedua-dua orang cucunya.
-          Sabar. Wah sentiasa bersabar walaupun Israk sering menyakiti hatinya.
-          Kebersihan fizikal dan mental. Wah rajin mengerjakan amal ibadat dan tidak pernah berdendam dengan Israk walaupun Israk banyak menyakiti hatinya   [4 markah]

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.