SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Tuesday, 1 March 2016

TIDUR DAN FAEDAHNYA

Tidur

  • Tidur yg mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia utk melakukan suatu aktiviti dgn cerdas dan cergas
  • Berperanan membantu tubuh kita utk pulih dari sebarang penyakit atau luka
  • Tanpa tidur yg mencukupi, seseorang akan kelihatan lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya.
  • Akibat anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
  • Tidur yg cukup bantu melakukan aktiviti-2 seharian dgn ceria dan bertenaga
  • Definisi dan Konsep Tidur
  • Tidur merupakan satu proses melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.
  • Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.
         Semasa tidur:
  • badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru.
  • Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah.
  • keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah.
  • metabolisme dlm badan rendah
  • otak juga kurang aktif
keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza:
(a) Bayi perlu tidur 16 jam sehari
(b) Remaja memerlukan 7 jam tidur
(c) Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam

Peringkat-peringkat Tidur

Tidur terbahagi kepada dua peringkat
  1. Peringkat bukan REM (Rapid Eye Movement atau pergerakan mata laju);
  2. Peringkat REM - pada permulaan tidur, kita akan menempuhi peringkat bukan REM terlebih dahulu. Peringkat ini terbahagi kepada empat fasa, bergantung kepada tahap kenyenyakan tidur.
    • Dalam peringkat bukan REM, individu yang sedang tidur tidak membuat pergerakan mata yang nyata, anggota badan boleh digerakkan manakala aktiviti otak pula adalah perlahan.
    • Apabila tidur menjadi lebih nyenyak dan mula memasuki peringkat REM, mata akan mula bergerak-gerak, sedangkan otot-otot kecuali jantung akan menjadi lumpuh untuk sementara dan aktiviti otak menjadi aktif. Mimpi biasanya terjadi di dalam peringkat ini.
    • Pusingan peringkat REM dan bukan REM akan berlaku berulang kali, setiap satu hingga dua jam sepanjang tidur seseorang individu yang sihat.
Masalah Tidur:
  • Obstructive Sleep Apnea atau henti nafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat melebihi satu minit): Ia disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersekat sementara. Penyekatan saluran pernafasan ini boleh berlaku berulang-kali semasa tidur walaupun otot-otot yang mengawal pernafasan berusaha keras untuk meneruskan pernafasan.
  • Insomnia iaitu penyakit susah tidur : pesakit biasanya berasa tidak puas dengan kualiti dan tempoh tidur.
Ciri-2 insomnia:
  • susah utk terlena kembali
  • bangun terlalu awal
  • Tidur tak lena
  • Terjaga di tengah malam
  • Susah utk tidur
Cara mengatasi masalah tidur:
  • Harus melatih diri tidur pada waktu tertentu setiap hari walaupun masih belum mengantuk
  • Sediakan persekitaran tidur yg kondusif iaitu bersih, selesa, tidak bising dan mpunyai pengudaraanyg baik
  • Eelakkan merokok, meminum mimuman keras atau kopi sebelum tidur

Keperluan

Tidur yang cukup penting untuk:
  • Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
  • Menghilangkan tekanan.
  • Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain.
Tidur merupakan satu keperluan kerana ia dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang.
Kekurangan tidur, badan anda akan kurang menghasilkan hormone leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar

 KEPENTINGAN TERHADAP GAYA HIDUP SIHAT

  • Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup serta beraktiviti di waktu istirehat dan waktu senggang merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat dan sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita.
  • tidak mendapat cukup tidur dan rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti di waktu istirehat dan senggang, maka kesihatan fizikal dan mental anda akan terjejas.
  • dibiarkan berterusan akan membawa kesan yang lebih buruk pada kesihatan

Individu

  • Rehat dan tidur dapat membantu memulihkan keadaan badan setelah penat bekerja aktiviti di waktu istirehat dan senggang pula dapat menjadikan tubuh kita menjadi sihat dan cergas di samping dapat memenuhi waktu terluang dengan perkara yang berfaedah.
  • Rehat, istirehat, dan tidur juga penting untuk badan seseorang individu itu berfungsi dalam keadaan optimum (Shamsudin et al., 2002).
  • memulihkan fungsi-fungsi biokimia di dalam tubuh dan segala maklumat yang terdapat dalam sistem saraf dapat disusun semula.
  • badan akan menjadi segar dan minda anda akan menjadi tenang.

PENTINGNYA IDOLA DALAM HIDUP

  • IDOLA
    Cara ketiga untuk mengenalpasti kemahuan ialah dengan mengenali idola anda. Siapakah hero dalam hidup anda?
    Idola adalah seseorang yang anda kagumi, sanjungi dan ingin contohi jejak langkahnya. Ia mungkin kerana kejayaan yang diperolehinya, pengorbanan yang dicurahkannya, personalitinya yang unggul atau jasanya terhadap sesuatu perjuangan yang anda anggap penting dan bermakna.
    Ketika kita kecil saya pasti ramai yang meminati ‘superhero’ dalam kartun atau komik yang berjuang menentang kejahatan. Walaupun kita meningkat dewasa kita patut meneruskan semangat dan tradisi semasa kita kecil itu tetapi untuk sesuatu yang lebih realistik dan berpijak di bumi yang nyata. Idola memainkan peranan sebagai ‘superhero’ yang boleh di jadikan model dalam mengenalpasti kemahuan dan matlamat.
    Bagi sesetengah orang , mungkin perkataan idola itu merujuk kepada artis atau ahli sukan pujaan mereka. Tetapi itu mungkin bukan idola yang sebenarnya. Idola lebih dari sekadar meminati seseorang. Ia bermaksud anda mahu mengikuti jejak langkahnya – dia seperti seorang ‘role model’ untuk anda contohi kerana menginginkan pencapaian yang telah dicapainya atau jasa yang telah dicurahkan.
    Orang yang anda pilih sebagai idola boleh memberi satu petunjuk tentang kemahuan anda dan apa yang penting dalam hidup anda. Jika anda pilih seseorang yang berjaya dalam bidang sukan sebagai idola, mungkin anda cenderung untuk mencari dari segi apa yang anda minat dalam bidang sukan. Jika seseorang itu berjaya dalam bidang perniagaan, kemungkinan anda beraspirasi menjadi seorang ahli perniagaan berjaya.
    Idola itu tidak semestinya orang ternama. Dia boleh jadi dari orang kebanyakkan dan tidak begitu terkenal. Dia boleh jadi dari kalangan keluarga anda. Ramai orang mengangkat ibubapa sebagai idola kerana hasil dari usaha dan pengorbanannya, mereka menjadi seorang yang berjaya.
    Jika anda belum mempunyai idola, saya cadangkan anda perlu mengenalpasti seseorang untuk anda ikut jejak langkahnya. Apa jua keinginan anda, saya pasti ada orang dalam dunia ini yang pernah mencapai anda yang anda ingin capai. Anda hanya perlu mencarinya.
    Salah satu cara mudah mencari idola ialah dengan melihat sekeliling anda – corak hidup siapa yang ingin anda lalui? Siapa yang pernah lakukan apa yang ingin anda lakukan?
    Jika anda sudah pun mempunyai idola, langkah seterusnya ialah dengan mengetahui lebih lanjut tentang diri seseorang itu. Ini boleh dilakukan dengan 1) membaca bahan bacaan berunsur sejarah atau biografi (jika dia orang ternama dan ada bahan bacaan mengenai beliau) 2) bertanyakan orang lain yang mengenali beliau dengan rapat, dan 3) mendekatkan diri dengan beliau (jika beliau masih hidup dan boleh didekati) dan ambil tahu tentang dirinya.
    Menerusi pengetahuan tentang kehidupan idola itu, anda akan dapat memahami latar belakang, kesusahan dan cabaran yang dilalui, prinsip dan nilai hidup, corak pemikiran, dan pencapaian-pencapaian mereka.
    Selain dari memberikan inspirasi, ia akan dapat mencorakkan kemahuan anda dan seterusnya membantu anda merangka matlamat anda. Yang penting, ia membantu anda membuat keputusan. Ya membuat keputusan ketika menghadapi situasi yang sukar. Tanya diri anda ‘ Apa yang idola saya akan buat dalam situasi yang sama?’ Di sinilah anda dapat mencungkil kebijaksaan dan pengalaman idola anda dalam membuat pilihan yang sukar.
    Kalau kita lihat ciri-ciri persamaan yang anda dalam mereka yang anda ambil sebagai idola, kita dapati mereka ini sudah tentu mempunyai prinsip, nilai dan sahsiah diri, dan juga corak pemikiran yang berbeza dari yang lain. Jati diri mereka begitu kuat di saat menempuhi pelbagai cabaran. Sebab itulah mereka dapat mencapai apa yang orang lain berjaya mencapainya. Ada sesuatu yang berbeza tentang mereka.
    Menggunakan idola dalam mengenalpasti kemahuan ini berkait rapat dengan siri artikel saya yang sebelumnya, iaitu menyentuh tentang misi (Bahagian 1) dan nilai (Bahagian 2). Idola anda mempunyai misi dan nilai hidup yang jelas. Mereka juga menjalankan hidup mereka selaras dengannya.
    Itulah kemahuan mereka sebenar dan begitu juga kita semua.

Tuesday, 28 October 2014

skema jawapan hingga set 13

3a) Bina ayat :
(i)                   Haru-biru :
-huru-hara, haru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan
      (ii)              tunggang-langgang :
                  -berlari pontang-panting(lintang-pukang),tunggang-tenggang
(iii)             kering-kontang :
                  -kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun
(iv)              keluh-kesah :
                   -kata-kata dsb yang melahirkan rasa sedih (kerana menderitai sesuatu), rintihan
(v)              Bolak-balik :
-ulang-alik, pergi balik, tidak tetap pendirian
      (vi)             Lintang-pukang :
-tidak menentu arahnya

3b) Ayat biasa kepada ayat songsang
(i)            Sungguh meriah sambutan Maal Hijrah di kawasan itu.
(ii)           Pada hari Jumaat tarikh tutup permohonan itu.
(iii)          Tiba di Johor Bahru pada pukul 12.30 tengah hari rombongan pengantin itu.
3c)                   i)          Disamping – di samping                                
          ii)           mempupuk - memupuk
         iii)            negetif – negatif                                             
         iv)           menenang - menenangkan
v)         vandalism -vandalisme         
vi)        menghindari - menghindarkan

3d) Kesalahan kata/ istilah dan tatabahasa :
(i)            Dinikmati oleh kita – kita nikmati
Pemberian – pengorbanan
(ii)           Melukiskan – mencorakkan
Dari gejala – daripada gejala
(iii)          Ialah untuk – adalah untuk
Rasa sayang – perasaan sayang

3e) peribahasa :

(i)            Menara gading
(ii)           Kolar putih
(iii)          Kacang melupakan kulit
SKEMA JAWAPAN SET 2
3a) Bina ayat :
i.              Usaha              - daya upaya untuk mencapai sesuatu
ii.         berusaha          - berusaha dengan giat untuk mencapai sesuatu, berikhtiar, 
                                                 sedaya upaya, mengerjakan sesuatu usaha
            iii.         mengusahakan-  melakukan sesuatu, mengerjakan sesuatu dengan bersungguh- 
    sungguh, menyelenggarakan
-       Mencari jalan untuk menyampaikan maksud
-       Menngurus sesuatu supaya berjalan dengan baik
-       Menghasilkan, membuat, mengarang
            iv.        pengusaha      -     orang yang mengusahakan sesuatu
                                                -     pengurus, pengelola
            v.         pengusahaan  -     perihal mengusahakan, pengerjaan, penyelenggaraan
            vi.        perusahaan     -     pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-
                                                      barang, industri
-        Pekerjaan berniaga secara besar-besaran, pekerjaan yang dilakukan untuk mencari keuntungan

3b) ayat songsang kepada ayat biasa
            (i)         Ayah  memancing ikan semalam.
            (ii)        Kereta mewah itu terbabas ke dalam parit.
(i)           Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal  bulan lalu 


c) kesalahan ejaan / imbuhan
(i)            Lapuran – laporan / dilibatkan – melibatkan
(ii)           Runtuh – keruntuhan / masaalah - masalah
(iii)          Peresmian – perasmian / lawatan - melawat
d) kesalahan kata / istilah dan tatabahasa
(i)            Adakah - apakah / perlawanan – pertandingan
(ii)           Pendapat - pendapatan / dia buat – dibuat olehnya
(iii)          Bila – apabila / digiling - digilis
e) Maksud peribahasa
(i)   sangat dikasihi dan dijaga
(ii)    bekerja apabila disuruh
(iii)   menyuruh  orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap
SKEMA JAWAPAN SET 3
3a) Bina ayat :
(i)            Kira-kira
-lebih kurang
-perhitungan(mengenai kewangan,perangkaan,dll)
-rasanya,agaknya,barangkali,kalau-kalau
-dugaan,agak-agak,sangka-sangka
-bp jangan (tidak) terlalu banyak atau terlampau sangat
-fikiran,akal,angan-angan

(ii)           duduk-duduk
-berehat-rehat (mengambil angin (dsb)

(iii)          Jarang-jarang
-tidak kerap, tidak selalu,tidak sering,tidak lazim
-sejenis  tumbuhan(herba), bayam rusa,menjarang
(iv)        Baik-baik
             -(sebagai pesanan) berjaga-jaga dalam melakukan sesuatu, hati-hati
-dengan rapi (menjaga atau memelihara sesuatu)
-dengan teliti ( melakukan sesuatu )
(v)          Alih-alih
-dengan tidak disangka-sangka, tetapi

(vi)         Hampir-hampir
-akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas

b) Ayat biasa kepada ayat songsang
(iv)         Menyimpan wang di Bank Simpanan Nasional kakak saya.

(v)          Tidak  banyak calon persendirian yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini

(vi)         Mengikuti kursus Ijazah Pengurusan Perniagaan di universiti tersebut kakak Rahimah.


c) kesalahan ejaan/imbuhan
(i)            Perabut-perabot               
menjadikan-dijadikan
     
(ii)           Efisyen –efisien               
pengswastaan-penswastaan

(iii)          Gulita-gelita                      
menandai-menandakan
3d) Kesalahan kata/ istilah dan tatabahasa :
(i)            Menerima semula – menerima pelajar yang telah dibuang sekolah semula
Ketakutan – pengajaran

(ii)           Menerangkan tentang - menerangkan
Penghapusan - pelupusan

(iii)          Paling hebat sekali – paling hebat/ hebat sekali
Peruntukan – hadiah/ ganjaran

3e) peribahasa :

( i )       Bagaimana lebah menghimpun madu
(ii)           -Bagaimana acuan begitulah kuihnya
      - ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
      -Bapa borek anak rintik
(iii)          Elok bahasa, kan bakal hidup ; elok budi, kan bakal mati













SKEMA JAWAPAN SET 4
3a) Bina ayat :

(i)            batas :
-garis pinggir sesuatu bidang[daerah]
-permatang[sawah,tempat menanam]
-had atau paras sesuatu yang paling tinggi,matlamat atau ketentuan.
-hingga, sampai

Perbatasan
-       sempadan (sesuatu kawasan), daerah

(ii)           Bebas :
-tidak terhalang[untuk bergerak,bercakap], tidak terkongkong, tidak terkurung ,lepas.
-lepas daripada kewajipan[tuntutan,ketakutan,cukai,hukuman].
-merdeka[tidak dikuasai oleh negara lain]

Kebebasan
-       Perihal (keadaan bebas), kemerdekaan

(iii)          bubar :
-       cerai-berai(orang ramai yang berkumpul dan lain-lain)
-       habis, selesai, (mesyuarat, sekolah dan lain-lain)
-       selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan dan lain-lain)
pembubaran
- perihal (tindakan membubarkan)               
3b) ayat songsang kepada ayat biasa
(i)            Bandar raya Kuala Lumpur telah terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya.

(ii)           Pekerja itu bekerja dengan cekap dan sempurna sekali kerana diberikan bayaran yang lumayan.

(iii)          Para pekerja di syarikat itu akan melancarkan mogok sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.
3c) kesalahan ejaan /imbuhan
i.              Media masa                      -           media massa
ii.             Perihatin                            -           prihatin
iii.            Bertanggung jawab           -           bertanggungjawab
iv.         Melibatkan                        -           terlibat
iv.           Mendapatkan                    -          mendapat
v.            Menyalahi                         -          menyalahkan
3d) kesalahan kata / istilah dan tatabahasa
(i)            Antara agenda-agenda     –          antara agenda
 menghapuskan                –          melunaskan

(ii)           Padan                                -           layak
Di                                       -           dalam

(iii)          Mengumpul                       –          memperoleh
tertinggi sekali                   –          tertinggi
3e) peribahasa
              (i)       -carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
                        - air dicencang tidak akan putus  
(ii)           Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan

(iii)          Ringan tulang, berat perut












SKEMA JAWAPAN SET 5
a) Bina ayat :
(i)Kekisi :
- Batang daripada kayu atau logam yang dipasang berdiri pada tingkap/jeruji/terali. -palang yang menghubungkan gandar roda pada lingkarannya. 3.celah[pintu]

(ii)Kekabu :
-sesuatu yang lembut dan kelihatan seperti kapas[biasanya digunakan sebagai pengisi bantal,tilam dsbnya]

(iii)Kekacang :
-sejenis tumbuhan yang boleh direbus untuk dimakan/dijadikan ulam-ulaman/sayur-sayuran
-sejenis ikan laut
-sejenis tumbuhan yang terkandung dalam lenggai, legum

(iv)        Jejari :
-bilah besi yang menghubungkan pusat roda dengan rim, terutamanya basikal:
-garis lurus dari pusat ke keliling bulatan;

(v)       Pepatung :
-belalang/ sibur-sibur

(vi)      Sesiku :
- Pangkal atau gagang senapang.
- Alat berbentuk ‘L’ atau ‘T’ untuk mengukur atau melukis sesuatu sudut tepat
b) Ayat biasa kepada ayat songsang
(i)         Sudah kelihatan dari jauh Pusat Sains Negara.
(ii)        Terdapat di kiri dan di kananku pelbagai jenis ikan air tawar.
(iv)         Untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat,kita mestilah saling 
    membantu.






c) kesalahan ejaan/ imbuhan :
(i)          matelamat - matlamat
(ii)          Pemilik - pemilikan
(iii)         professional - profesional
(iv)         benarkan - membenarkan
(v)          lansung - langsung
(vi)         dilaburi – dilaburkan

3d) Kesalahan kata/ istilah dan tatabahasa :
(i)            Kuantiti – kualiti
                  penyajian –perniagaan
(ii)           bahasa Melayu – Bahasa Melayu
melawat Putrajaya – melawat ke Putrajaya
(iii)          minima – minimum
adalah - ialah

3e) peribahasa :

(i)            orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
(ii)           carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(iii)          ringan tulang
















SKEMA JAWAPAN
SET 6
3(a) Bina ayat;

(i)            asak
-       padat, sesak

                  mengasak
-       mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal
-       mendesak, menolak (dan menghimpit)
-       menganjak, memindahkan
-       menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak.

(ii)           bendung
-       bendungan permatang untuk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang

                 membendung
-       menghalang arus air, mengempang;
-       menghalangi, menahan, merintangi

(iii)          sebut
-       menyebut

                  menyebut
-       menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yang tertentu)
-       memanggil, menyeru (nama dll)
-       melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkataan, kalimah, dll)
-       memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu


3(b) Mencerakinkan ayat
    
(i)            Golongan remaja memerlukan perhatian daripada ahli keluarga.
(ii)           Golongan remaja memerlukan kasih sayang daripada ahli keluarga.
(iii)          Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa.
(iv)         Kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.
(v)          Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka.
(vi)         Ibu bapa perlu memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i)            mencadang – bercadang
(ii)           jalanraya – jalan raya
(iii)          percintaan – kecintaan
(iv)         resmi – rasmi
(v)          gotong royong – gotong-royong
(vi)         meningkat – meningkatkan


3(d)  Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

(i)            menyiarkan – memberikan / mengeluarkan
pada – kepada

(ii)           daripada - dari
menukarkan - memindahkan

(iii)          Deretan kedai-kedai – Deretan kedai
putus – pintas


3(e)   Peribahasa

1.    Cantik seperti bidadari

2.    Bagai cincin dengan permata / Bagai pinang dibelah dua

3.    Seperti emas baru disepuh
















SET 7

3(a) Bina ayat

(i)            gambar
-       lukisan, foto;
-       tiruan sesuatu benda yang dibuat dengan menggunakan kamera, foto;
-       sejenis patung

tergambar
-       terbayang, terlukis

                  gambaran
-       gambar, lukisan;
-       kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb

                  penggambar
-       orang yang menggambarkan, pelukis

                  penggambaran
-       perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll)
-       kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb

menggambari
-       memberi bergambar, menghiasi dengan gambar


3(b) Mencerakinkan ayat

(i)            Kesedaran pengguna terhadap keburukan penggunaan polistirena semakin meningkat.
(ii)           Kesedaran pengguna terhadap keburukan penggunaan bahan yang dibuat daripada plastik semakin meningkat.
(iii)          Ramai pengguna membawa bekas makanan untuk membeli sarapan pagi.
(iv)         Mereka membawa bekas makanan untuk membeli lauk-pauk makan tengah hari.
(v)          Secara tidak langsung perbuatan mereka ini akan dapat mengurangkan penggunaan polistirena.
(vi)         Perbuatan mereka ini akan mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar di negara kita.

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i)            masaalah – masalah
mencarikan – mencari
(ii)           kejelasan – penjelasan
selsema – selesema

(iii)          disertakan – disertai
lengkungan – lingkungan


3(d)  Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

(i)            di masa – pada masa
dipunyai – dimiliki

(ii)           seronok – sedap
jika sekiranya – jika / sekiranya

(iii)          oleh kerana – oleh sebab
tugas - peranan

3(e) Peribahasa

1. Bagai bulan di pagar bintang

2. Batu kerikil disangka intan

3.Enggang sama enggang pipit sama pipit





























SET 8

3(a) Bina ayat

Peralihan  - perihal beralih atau bertukar, pergantian, pertukaran
Peraturan- segala yang telah ditentukan dn harus diturut atau aipatuhi
Perjanjian- persetujuan yang dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan
                 -wasiat
Perpindahan- perihal berpindah, peralihan
Persediaan- perbuatan menyediakan, persiapan
Pertuturan- cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan
                                    -apa yang dituturkan, percakapan
    

3(b) Mencerakinkan ayat

(i)            Sebahagian kakitangan kerajaan mulai sedar akan kepentingan teknologi maklumat.
(ii)           Sebahagian kakitangan kerajaan telah berjinak-jinak menggunakan komputer.
(iii)          Mereka mula mengubah sikap.
(iv)         Mereka menganggap penggunaan teknologi maklumat bukan lagi membebankan.
(v)          Mereka menganggap penggunaan teknologi maklumat dapat membantu mereka menghadapi cabaran.
(vi)         Mereka menganggap penggunaan teknologi maklumat dapat membantu mereka menghadapi perubahan.

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i)            pertahanan – ketahanan
lering – lereng
(ii)           meluang – meluangkan
akedemik – akademik
(iii)          pelancung – pelancong
mengunjungi – berkunjung


3(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

(i)            jika sekiranya – jika / sekiranya
makhluk – pihak
(ii)           dipindah milik – diambil alih
daripada – dari
(iii)          bukan – tidak
yang diberikan oleh saya – yang saya berikan

3(e) Peribahasa
(i)            Anak emas
(ii)           Merdu bagai buluh perindu
(iii)          Jinak-jinak merpati

SET 9
3(a) Bina ayat

(i)            Tanam-                perihal tanam  menanam( bertani)
Tanaman-            tumbuh-tumbuhan yang biasa ditanam, sesuatu yang tertanam, pendaman
(ii)           tarik  -                  menghela, mencabut, mengambil,menghunus
tarikan-                sesuatu yang ditarik, hasil menarik,
-daya menarik, perihal menarik
(iii)          terjun-                  melompat dari atas ke bawah, lebih rendah, menceburkan diri   
                            atau menyertai
terjunan-              hasil perbuatan terjun (dari kapal terbang atau tempat yang tinggi)

3(b) Mencerakinkan ayat

(i)            Shahida sedang giat memperhebat keupayaan kakitangannya.
(ii)           Shahida sedang giat memperhebat kepakaran kakitangannya.
(iii)          Shahida tidak mahu bergantung pada kontrak kerajaan sahaja.
(iv)         Pegawai-pegawainya telah dihantar untuk mengikuti kursus kemahiran di luar di luar negara.
(v)          Pegawai-pegawainya telah dihantar untuk mengikuti kursus kejuruteraan lanjutan di luar negara.
(vi)         Kemahiran kakitangannya mendapat keyakinan pelanggan.

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i)            lahirkan - melahirkan
perindusterian – perindustrian
(ii)           unggu – ungu
berhabisan – kehabisan
(iii)          primis – premis
pentaksiran – taksiran

3(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

(i)            menghantar – menyeludup
tetapi – bahkan / malahan
(ii)           cercaan – kritikan
mengambil berat kepada segala kepincangan – mengambil berat segala kepincangan
(iii)          pelajar-pelajar – pelajar
pembelajaran – pelajaran

3(e) Peribahasa
1.    Bagai cincin dengan permata
2.    Alah membeli menang memakai
3.    Hilang di mata di hati jangan


SET 10
3(a) Bina ayat
      
(i)            Lintas langsung –             siaran secara langsung
(ii)           Mudah alih-                      senang dibawa , mudah bergerak
(iii)          Soal jawab-                      tanya jawab, perbahasan, perdebatan, temu ramah, temu      
                                        Bual  .wawancara, temu duga
(iv)         Temu janji-                       pertemuan yang dirancang, perjumpaan
(v)          Tunjuk cara-                    demonstrasi, tunjuk ajar
(vi)         Uji bakat-                        proses pemilihan calon dengan melihat dan menilai    
                                        kebolehan   atau bakat    dalam sesuatu bidang seni

3(b) mencerakinkan ayat

(i)            Nilai-nilai murni wujud dalam sesuatu masyarakat.
(ii)           Nilai-nilai murni itu untuk menyatukan anggota masyarakat.
(iii)          Nilai-nilai murni itu untuk membentuk tamadun manusia.
(iv)         Dalam kehidupan terdapat pelbagai kerenah manusia.
(v)          Kerenah manusia mesti diterima.
(vi)         Kerenah manusia merupakan asam garam hidup bermasyarakat.

3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i)            Dinekmati - dinikmati
pentingkan – mementingkan
(ii)           merojok – merujuk
melanjut – melanjutkan
(iii)          penglupusan – pelupusan
lilihan – lelehan
 3(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa

(i)            mana pihak – mana-mana pihak
meledakkan – mencetuskan / menimbulkan
(ii)           juvana kes – kes juvana
ianya - mereka
(iii)          kerajaan wujudkan – diwujudkan oleh kerajaan
meneliti - memantau
3(e)  Peribahasa
1.    Anak emas
2.    Puteri lilin
3.    Merdu bagai buluh perindu

Set 11
(a)  Bina ayat

(i)            alang-alang
-       sejenis rumput yang tinggi, lalang, setengah-setengah, tidak sungguh-sungguh, setengah hati;
-       sedikit, kurang
(ii)           hidup-hidup
-       benar-benar hidup
(iii)          julung-julung
-       mula-mula, pertama
-       sejenis ikan laut, sejenis ikan darat
-       sejenis tumbuhan, jenjulung
(iv)         lama-lama
-       dengan lama
-       akhirnya, kesudahannya
-       makin lama, makin bertambah
(v)          siang-siang
-       lebih awal daripada sepatutnya,
-       tidak terlambat, cepat atau lekas
(vi)         untung-untung
-       barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau;
-       ada juga baiknya (barangkali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan;

(b)  (i) Subjek – Buku Siti yang telah koyak
    Predikat – perlu diganti dengan yang baru

(ii) Subjek – Kuali itu
     Predikat – tergantung pada dinding

(iii) Subjek – Rumah yang musnah itu
     Predikat – tidak boleh diduduki lagi.

(iv) Subjek - Kuih yang basi itu
      Predikat – telah dibuang oleh emak

(v) Subjek –hujan lebat
     Predikat – mendorong saya berlindung di pondok usang itu.

           (vi)Subjek – Saya
                Predikat – perlu membawa pensel yang tajam semasa peperiksaan.









(c)  Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i)            menghadkan – mengehadkan
jalanraya – jalan raya


(ii)           memaksa – terpaksa
juru bahasa – jurubahasa

(iii)          dipersalurkan – disalurkan
tabong - tabung

(d)  Kesalahan kata / istilah dan kesalahan tatabahasa

(i)            pujuk – pojok
memikirkan – menilai

(ii)           menaik – meningkat
membeli juga barang-barang – membeli barang-barang

(iii)          menggali – cari gali
tabungan – simpanan


(e)  Peribahasa
(i)            Langkah kanan – bernasib baik
(ii)           Lintah darat – orang kaya yang menindas rakyat biasa
(iii)          Membuka pekung di dada – mendedahkan aib diri sendiri  
                                                               










SET 12
Jawapan 3(a)
i.              bengkang-bengkok           -           jalan yang tidak lurus
ii.             compang-camping            -           koyak-rabak pada tepinya (berkenaan pakaian, kain dll)
iii.            haru-biru                            -           huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan,
            kerusuhan
iv.           koyak-rabak                      -           koyak panjang atau besar, cabik-cabik
v.            kusut-masai                      -           bersimpul-simpul dengan tidak berketentuan
            hingga susah dicerai-beraikan (berkenaan rambut,          benang dll), tidak kemas atau bersikat rapi
vi.           licin-licau                           -           licin lagi berkilat
-                habis langsung           
                                               
Jawapan 3(b)
i.              Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
ii.             Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii.            Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
iv.           Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (Fn + FS)
v.            Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
vi.           Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

Jawapan 3(c)
i.              Television              -           televisyen
disiar                      -           disiarkan
ii.             memasakkan        -           memasak
lambok                  -           lambuk           
iii.            pemeriksaan         -           peperiksaan
            kerja sama            -           kerjasama
Jawapan 3(d)
i.              oleh kerana                       -           oleh sebab
            pendapat                           -           pendapatan
ii.             Pihak ibu bapa-ibu bapa   -           Pihak ibu bapa
menunaikan                      -           melaksanakan           
iii.            penghawa dingin               -           pendingin hawa
           pekerja-pekerja                 -           pekerja           
           
Jawapan 3(e)
(i)            Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
(ii)           Patah tumbuh hilang berganti
(iii)          Pandu cermat jiwa selamat








































JAWAPAN SET 13

Jawapan 3(a)
i.              bebenang                    -           garis timbul yang berlilit-lilit di sekeliling
bahagian luar skru atau bahagian dalam nat, ulir
-              sesuatu yang kelihatan seperti benang
ii.             dedaun                        -           pelbagai jenis daun, bak daun
iii.            gegelang                     -           sesuatu yang bentuknya seperti gelang
iv.           jejari                             -           bilah besi yang menghubungkan pusat roda
                                               dengan rim
-             garis lurus dari pusat ke keliling bulatan
v.            lelaki                            -           laki-laki
vi.           rerambut                     -           sesuatu yang halus seperti rambut
-             (Bio) kapilari
Jawapan 3(b)
i.              Puan Hanis menegur cikgu Haris secara tiba-tiba.
ii.             Cikgu Haris bertanya siapa orang yang menegurnya.
iii.            Dengan senyuman Puan Hanis bertanya sama ada cikgu Haris mengenalinya lagi atau tidak.
iv.           Dengan rendah diri, cikgu Haris memohon maaf.
v.            Puan Hanis menyatakan bahawa dia ialah Hanis, bekas pelajar cikgu Haris.
vi.           Cikgu Haris menyatakan bahawa baru dia ingat bahawa Hanis ialah pelajar yang comel dan cemerlang di SMK  Taman Kota Jaya.

Jawapan 3(c)
(i)            kedengaran                 -           mendengar
hingar bingar               -           hingar-bingar
(ii)           berbaring                     -           terbaring
ais krim                       -           aiskrim
(iii)          menemui                     -           menemukan
suami-isteri                  -           suami isteri
Jawapan 3(d)
(i)            mengindahkan            -           mengendahkan
sejak dari                     -           sejak / dari
(ii)           menculik                     -           mencolek
ibu hidangkan              -           dihidangkan oleh ib
(iii)          cucuk                                      -           cocok
banyak perkara-perkara         -           banyak perkara
Jawapan 3(e)
(i)            Takkan pisang berbuah dua kali
(ii)           Sudah terhantuk baru tengadah  / Nasi sudah menjadi bubur
(iii)          Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit



Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.