BUAT RENUNGAN SEMUA YANG BERGELAR MURID
RESIPI KEK KEJAYAAN
Kek kejayaan rasanya
sungguh enak, lemak dan manis. Sesuai dimakan bersama keluarga dan sahabat
handai di waktu kelapangan. Sungguh sesuai sekali untuk bekalan semasa bercuti
bersama keluarga.Walaupun kek ini sedap dimakan, namun tak semua orang tahu
membuatnya. Maklumlah kerana resipinya telah lama disimpan rapi dan
dirahsiakan.
Kini resipinya
telahpun dapat dikongsi bersama oleh mereka yang telah berjaya membuatnya
secara mencuba sekian lama. Walaupun demikian, perlu banyak bersabar ketika
membuat kek ini dan kenalah mencuba berkali kali sebelum ianya jadi dengan
baik. Apabila kek kejayaan ini berjaya dibuat, rasanya akan terasa enak sekali.
Oleh itu ajarlah cara cara membuat kek ini kepada sesiapa saja supaya mereka
juga dapat menikmati kelazatan dan kenikmatan yang hanya boleh didapati dari
memakan kek kelazatan ini.
Bahan bahan
1 buku Matlamat
1 sudu Visi
1 sudu Keinginan
1 sudu Semangat
1 sudu Usaha
1 sudu Azam
1 sudu Cekal
2 sudu Sabar
secukup rasa Angan
angan
Cara membuat
Campurkan matlamat,
angan angan, keinginan dan visi ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati. Jika
hendak lebih enak lagi, kacau campuran ini sehingga angan angan menjadi ringan.
Gunakan matlamat dari mutu yang baik. Jika matlamat yang digunakan adalah dari
mutu yang kurang baik, maka kek ini tak akan naik dengan sempurna. Setelah
adunan telah sebati, masukkan Azam, Cekal, Usaha, Semangat dan Sabar. Kacau
lagi sehingga sebati. Peramkan sekejap sehingga usaha naik ke atas. Kemudian
masukkan kedalam ketuhar dengan suhu yang tinggi. Bakar sehingga semangat
menjadi keras. Kalau dalam percubaan yang pertama ini tak menjadi, lebihkan
sedikit lagi sabar dan usaha.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment