Langkah 1..Anda perlu rajin mencari beberapa ayat yang mengandungi frasa menarik di bahagian pendahuluan.
Sebagai contoh:
-MUTAKHIR INI
-PADA ALAF INI
-PADA ALAF DIGITAL INI
-DALAM ERA KONTEMPORARI INI
-DALAM ERA MODENISASI INI
-DALAM ERA PASCAMODEN INI
-DALAM ERA GLOBALISASI INI
-MARCAPADA
-DALAM ERA KONTEMPORARI YANG PENUH KONKURENSI SENGIT INI
-PADA ALAF KE-21 INI
-DALAM MENEMPUH PAWANA GLOBALISASI INI
Langkah 2: Anda perlu membina ayat umum yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan dalam soalan.
Mari lihat contoh di bawah:
Soalan: Perkembangan dunia hiburan antarabangsa pada masa ini telah menyebabkan
program
televisysen realiti semakin mendapat tempat di hati masyarakat tidak mengira
peringkat
usia.Bincangkan
kesan negatif program tersebut kepada masyarakat umum.
Isu: : Program Televisyen Realiti
Formula:Ayat Menarik +Ayat Umum
Hasilnya:
PADA ERA KONTEMPORARI INI , PERKEMBANGAN DUNIA HIBURAN ANTARABANGSA PADA
MASA INI TELAH MENYEBABKAN PROGRAM TELEVISYEN REALITI SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI MASYARAKAT TANPA MENGIRA PELBAGAI PERINGKAT USIA.
Langkah 3:Anda perlu membina ayat sokongan berkaitan ayat sebelumnya. Jika anda
menghadapi masalah membina ayat sokongan yang sebenarnya tidak terkira banyaknya melalui kemahiran dan pengetahuan anda. anda boleh memilih ayat-ayat sokongan yang telah disediakan di bawah:
-ISU
INI MENJADI BUALAN HANGAT YANG MENITI DARI BIBIR KE BIBIR
-ISU
INI HEBOH DIPERKATAKAN DI WARUNG-WARUNG KOPI HINGGA KE PERINGKAT PERSIDANGAN
PARLIMEN
-ISU
INI SERING MENGHIASI DADA-DADA AKHBAR
-ISU
INI MENJADI POLEMIK HANGAT YANG SERING DIUAR-UARKAN OLEH PELBAGAI PIHAK
-ISU INI TIDAK SEHARUSNYA DIBIARKAN MENJADI BARAH(GUNAKAN AYAT INI JIKA ISUNYA ANDA FIKIR
NEGATIF)
-ISU
INI TIDAK SEHARUSNYA DIBIARKAN HINGGA MENJADI DURI DALAM DAGING
-ISU
INI TIDAK HARUS DIPANDANG REMEH
Formula:Ayat Menarik+Ayat Umum+Ayat sokongan(satu atau lebih.Biasanya karangan bahagian B lebih daripada satu)
Hasilnya:
Langkah 4:Anda perlu membina ayat arah yang berkaitan dengan kehendak soalan.
Contoh:
Soalan: Perkembangan dunia hiburan antarabangsa pada masa kini telah menyebabkan
program televisysen realiti semakin mendapat tempat di hati masyarakat tidak mengira
peringkat usia. Bincangkan kesan negatif program tersebut kepada masyarakat umum.
Kehendak Soalan:kesan negatif program tersebut(Program Televisyen Realiti)
Formula;:Ayat Menarik+Ayat Umum+Ayat sokongan(satu atau lebih.Biasanya karangan bahagian B lebih
daripada satu)+Ayat Arah.
Hasilnya:
PADA ERA KONTEMPORARI INI, PERKEMBANGAN DUNIA HIBURAN ANTARABANGSA PADA MASA INI TELAH MENYEBABKAN PROGRAM TELEVISYEN REALITI SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI MASYARAKAT TANPA MENGIRA PELBAGAI PERINGKAT USIA.ISU INI SERING MENGHIASI DADA-DADA AKHBAR. ISU INI MENJADI POLEMIK HANGAT YANG SERING DIUAR-UARKAN OLEH PELBAGAI PIHAK. PERSOALANNYA, KEHADIRAN LAMBAKAN PROGRAM TELEVISYEN REALITI TELAH MENDATANGKAN BANYAK KESAN NEGATIF KEPADA MASYARAKAT KHUSUSNYA KEPADA REMAJA. APAKAH KESAN NEGATIF TERSEBUT?MARILAH SAMA-SAMA KITA BINCANGKAN.
MENARIK BUKAN?INGAT! M.U.S.A. Selamat Belajar.
No comments:
Post a Comment