Sunday, 27 October 2013

CONTOH MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A


Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

                                                       MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH

                                                     CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH       

PENCAPAIAN KOKURIKULUM                    MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH      KECEMERLANGAN AKADEMIK

CARA MENJAWAB
1.BINA PENDAHULUAN MENGGUNAKAN TEKNIK MUSA
2.BINA SEKURANG-KURANGNYA 6 SOALAN BAGI SETIAP ISI YANG DIBERIKAN
   UNTUK MENGHASILKAN PERENGGAN
3.SOALAN BERPANDUKAN TEKNIK ANAK  HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.
4.GUNAKAN JUGA TEKNIK PANDANG BELAKANG
5.BINA PENUTUP MENGGUNAKAN TEKNIK RASA CINTA AKU PASTI HILANG
CONTOH:
PENDAHULUAN
AYAT MENARIK: SEJAK AKHIR-AKHIR INI
AYAT UMUM  : PERANAN SEKOLAH MENJADI SEMAKIN VITAL
AYAT SOKONGAN:SEKOLAH MERUPAKAN TEMPAT KITA MENIMBA ILMU
AYAT SOKONGAN: SETIAP PELAJAR PERLU MENYAYANGI SEKOLAH KERANA DI SINILAH MEREKA MEMPEROLEH PELBAGAI DISIPLIN ILMU YANG PENTING UNTUK MASA DEPAN
AYAT ARAH:TERDAPAT BANYAK CARA UNTUK MENYAYANGI SEKOLAH.

HASILNYA:
        Sejak akhir-akhir ini, peranan sekolah menjadi semakin vital.  Sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu . Setiap pelajar perlu menyayangi sekolah kerana di sinilah mereka memperoleh pelbagai disiplin ilmu yang penting untuk masa depan. Terdapat banyak cara untuk menyayangi sekolah
PERENGGAN ISI
CONTOH  PEMBINAAN PERENGGAN ISI:
1.APAKAH CARA-CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN:   Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah.
2. MENGAPAKAH  MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH MERUPAKAN CARA UNTUK     MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN: Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma.
3.APAKAN CONTOH HARTA BENDA SEKOLAH YANG DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR SECARA PERCUMA.
JAWAPAN:Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya.
4.APAKAH KESAN SEKIRANYA KITA MENJAGA KEMUDAHAN SEPERTI KERUSI MEJA DI DALAM KELAS, PAPAN KENYATAAN, KOMPUTER DAN SEBAGAINYA.
JAWAPAN: Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru.
5.APAKAH KESAN SETERUSNYA JIKA KEMUDAHAN ITU DAPAT DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH  YANG LEBIH LAMA?
JAWAPAN: Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.
6.APAKAH  PENEGASAN YANG BOLEH ANDA BUAT TENTANG CARA-CARA MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN: Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi pelajar untuk menyayangi sekolah.
HASILNYA:
     Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah. Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma. Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya. Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru. Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi pelajar untuk meyayangi sekolah.

PENUTUP
CONTOH MEMBINA PENUTUP:
RASA....RUMUSAN: Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi.
CINTA...CADANGAN: Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing.
AKU.....ANCAMAN : Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar.
PASTI  ...PENDAPAT/PERIBAHASA; Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolah
HARAPAN: supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.
HASILNYA:
           Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi. Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing. Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar. Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolah supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.
MENARIK BUKAN  ! JANGAN TAKUT UNTUK MENULIS..............................................ANDA BOLEH

CADANGAN ISI SOALAN KARANGAN PERCUBAAAN SPM 2013

SOALAN KARANGAN PERCUBAAN SPM 2013

1.Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, akademik dan kerjaya.

Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.

• Masalah peribadi/ keluarga pelajar dapat ditangani.
• Masalah akademik pelajar dapat diatasi.
• Masalah pergaulan antara rakan sebaya dapat diatasi.
• Pembangunan personaliti pelajar dapat dibina melalui bimbingan kaunseling.
• Maklumat kerjaya dalam bidang pendidikan terutamanya pascasekolah dapat membantu
  pelajar.
• Motivasi kendiri pelajar dapat ditingkatkan.
• Pengurusan masa yang lebih teratur.

2.Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
'Amalan Baik dalam Penjagaan Kesihatan' sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada masyarakat
setempat.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
• Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
• Menjaga kebersihan tempat tinggal.
• Pemeriksaan kesihatan yang konsisten/berkala.
• Amalan riadah/ bersenam.
• .Amalan gaya hidup sihat.
• Mengamalkan ajaran agama..
3.Guru memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pemyataan tersebut.
 • Guru menyuburkan budaya intelek/ ilmu pengetahuan
  -menggalakkan pemikiran inovatifl analitis dalam usaha pencarian ilmu yang berterusan
  dalam kalangan pelajar
  -usaha melalui pelbagai program yang menajamkan minda pelajar
 • Guru mengembangkan nilai kerohanian pelajar
 • Guru memperkemas/ memantapkan perkembangan emosi pelajar
   bersedia menghadapi cabaran dan menggalas tanggungjawab menuntut ilmu/tidak
   jemu menuntut ilmu dan tahu mengaplikasi ilmu dalam kehidupan
 • Guru pencetus/ pemangkin untuk pelajar melibatkan diri dalam proses membina negara bangsa
 • Meningkatkan pemahaman pelajar tentang aspirasi negara
 • Guru menggalakkan perkembangan/ penguasaan ICT dalam kalangan pelajar
 • Guru memupuk kemahiran insaniah - kemahiran komunikasi, pengucapan awam.
4.adat sezaman ditinggal jauh
  adat agama dipandang remeh
  adat kuning menjadi ikutan

Rangkap di atas merupakan sebahagian daripada Sajak 'Adat Sezaman' yang membawa maksud sikap masyarakat yang semakin melupakan adat resam, memandang remeh ajaran agama dan mengamalkan budaya kuning.
Huraikan peranan masyarakat untuk membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan remaja.
• Ibu bapa/keluarga - menjadi suri teladan
• Guru / sekolah - menerapkan nilai-nilai mumi di dalam kelas/di luar kelas
• Masyarakat - bersikap peka/ tegur-menegur
• Masyarakat - mengimarahkan program-program di masjid
• Media - menyiarkan program-program yang bersesuaian/ Peranan Lembaga Penapis Filem
• Kerajaan - menyekat kemasukan budaya kuning seperti konsert artis luar.
• Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) - mendekati golongan remaja dengan program yang
  dianjurkan. ABIM (Angkatan Belia Islam), AWAM (All Women's Action Society), Raudhatus
  Sakinah.

5.Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga di tempat pelancongan yang terkenal di   
    Malaysia.
   Huraikan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di    
   Malaysia lebih menarik.

   Langkah-langkah:
 - mengekalkan keindahan semula jadi
 - meningkatkan prasarana/kemudahan asas
 - meluaskan promosi oleh kerajaan/swasta ke peringkat antarabangsa
 - sikap pekerja yang lebih mesra
  -menjaga kebesihan
6. Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga  melakukan pelbagai usaha
    untuk menjimatkan perbelanjaan.
    Huraikan usaha-usaha tersebut.

 - menabung
 - anak-anak membawa bekal ke sekolah
 - menjimatkan penggunaan air dan elektrik di rumah
 - menggunakan peralatan komunikasi ketika perlu sahaja.
 - membeli barang keperluan sahaja
 -amalan kitar semula
7.Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini. Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.

 Belajar dengan bersungguh-sungguh
 Sentiasa menghormati guru
 Mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka
 Melawat dan menziarahi guru
 Mengadakan sambutan Hari Guru

8.Budaya membaca wadah berkesan dalam era pendidikan masa ini. Jelaskan usaha-usaha ibu bapa bagi membudayakan amalan membaca kepada anak-anak.

 Membeli bahan bacaan secara berkala.
 Menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini di rumah
 Membawa anak-anak mereka ke ekspo atau pameran buku.
 Menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan kebahasaan.
 Membaca bersama dengan anak-anak

9.Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada warga sekolah di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.” Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

 Kerjasama dan bantu- membantu antara jiran
 Perpaduan antara jiran
 Sikap toleransi antara jiran
 Budaya ziarah dapat dijalankan
 Kebersihan kawasan dapat ditingkatkan

10.Warisan puisi Melayu lama seperti pantun, syair, gurindam dan seloka semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda hari ini. Ulaskan pendapat anda tentang cara-cara yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memartabatkan puisi Melayu lama ini.

 Ibu bapa memperkenalkan dan mempopularkan pantun kepada anak-anak mereka
 Pembelajaran dan pengajaran pantun di sekolah haruslah diperluas
 Mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional.
 Program pertukaran pelajar dengan negara luar
 Persembahan atau pertandingan puisi Melayu lama

11.Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana   
     berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
    Tulis rencana tersebut selengkapnya

     Kerajaan mengadakan promosi
   - Promosi diadakan secara berterusan
   - Mengadakan Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia
   - Promosi diadakan secara menyeluruh di serata pelusok dunia

     Kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
   - Perlu diberi perhatian yang sewajarnya
   - Menjadi cerminan utama kepada pelancong untuk memilih negara yang ada kemudahan infrastruktur yang  
     lengkap
   - Infrastruktur yang bertaraf dunia dan setanding dengan negara-negara maju
    Masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
    - Peranan masyarakat mesti diberi tumpuan
    - Masyarakat yang peramah, sopan santun dan menjaga tatasusila
    - Menunjukkan adat dan budaya ketimuran yang baik

    Masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar
   - Sentiasa prihatin dan peka akan isu alam sekitar
   - Menjaga alam sekitar dan keindahan alam yang menjadi tumpuan pelancong khususnya dengan sebaik   
      mungkin

   Agensi pelancongan mengadakan pakej pelancongan yang menarik
   - Menawarkan harga yang berpatutan
   - Memberi potongan harga sempena sesuatu peristiwa
   - Mengadakan pelbagai jenis aktiviti dalam pakej pelancongan

12.Setiap murid perlu menghormati dan menghargai jasa guru di sekolah.
     Huraikan pendapat anda dalam usaha menghargai jasa guru di sekolah.

- mengucapkan salam,
- belajar bersungguh-sungguh,
- menyiapkan, kerja sekolah
- berdisiplin semasa di sekolah,
- memberi hadiah kepada guru

13.Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan   
    dan kebersihan alam sekitar.
    Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga    
    keindahan dan kebersihan alam sekitar.

   - ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
   - ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
   - ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
   - ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
   - ibu bapa dan anak-anak menanam pokok bunga/membuat landskap di rumah

14.Peribahasa Melayu ada menyebut seperti melukut di tepi gantang. Peribahasa ini member gambaran bahawa   
     keadaan hidup seseorang yang tidak dipedulikan.
     Huraikan persediaan yang perlu dilakukan agar anda dihargai oleh masyarakat.

    - melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
    - memupuk semangat bermasyarakat
    - mematuhi undang-undang negara
    - sentiasa menghormati ibu bapa dan guru
    - mengamalkan nilai-nilai murni

    - melengkapkan diri dengan ilmu agama dan moral

Saturday, 26 October 2013

ANALISIS SOALAN KOMSAS.



ANALISIS KEKERAPAN
SOALAN KOMSAS DALAM KERTAS 2 BMSPM - TEKS BAHARU
(Nov 2011 - JUN 2013)

CERPEN
N11
J12
N12
J13

Tingkatan 4:




1
Ibu dan Ceper




2
Memori Seorang Tua




3
Israk




4
Pemain Catur




5
Mellisa




6
Biarkan Samudera





Tingkatan 5:
N11
J12
N12
J13
1
Pahlawan Buntung




2
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

X


3
Idola




4
Penanggungan 




5
Hutan Rimba


X

6
Tanggar Amanat





DRAMA
N11
J12
N12
J13

Tingkatan 4:




1
Gelanggang Tuk Wali




2
Forum Remaja 2020




3
Cempaka Berdarah
X




Tingkatan 5:




1
Tiang Cengal Dinding Sayung




2
1400




3
Dato' Onn



X

PROSA KLASIK
N11
J12
N12
J13

Tingkatan 4:




1
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa




2
Merah Silu


X

3
Hikayat Indera Nata




4
Hikayat Khoja Maimun
X

Tingkatan 5:




1
Hikayat Langlang Buana




2
Hikayat Siak

X


3
Dua Geliga Hikmat
X



4
Hikayat Opu Daeng Menambun





PUISI TRADISONAL
N11
J12
N12
J13

Tingkatan 4:




1
Pantun Empat Kerat (Budi)




2
Pantun Empat Kerat (Jenaka & Sindiran)




3
Syair Definisi Orang Berakal



X
4
Syair Siti Sianah
5
Gurindam 12 Fasal yang Keenam




6
Seloka Emak Si Randang





Tingkatan 5:




1
Pantun Enam Kerat
X



2
Pantun Lapan Kerat




3
Syair Makna Riak




4
Syair Pemberontakan Patani




5
Gurindam Tonggak Dua Belas




6
Seloka Si Luncai





SAJAK
N11
J12
N12
J13

Tingkatan 4:




1
Harga Remaja




2
Di Perpustakaan




3
Mengintai Ruang Insaf




4
Mahsuri




5
Adat Sezaman

X


6
Tiba Waktunya





Tingkatan 5:




1
Dirgahayu Bahasaku




2
Kecek - (V)
3
Bangkitlah
X

4
Pasar Perasaan
5
Di Bawah Langit yang Sama
6
Arkitek Kota
: