Sunday, 27 October 2013

CONTOH MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A


Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

                                                       MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH

                                                     CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH       

PENCAPAIAN KOKURIKULUM                    MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH      KECEMERLANGAN AKADEMIK

CARA MENJAWAB
1.BINA PENDAHULUAN MENGGUNAKAN TEKNIK MUSA
2.BINA SEKURANG-KURANGNYA 6 SOALAN BAGI SETIAP ISI YANG DIBERIKAN
   UNTUK MENGHASILKAN PERENGGAN
3.SOALAN BERPANDUKAN TEKNIK ANAK  HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.
4.GUNAKAN JUGA TEKNIK PANDANG BELAKANG
5.BINA PENUTUP MENGGUNAKAN TEKNIK RASA CINTA AKU PASTI HILANG
CONTOH:
PENDAHULUAN
AYAT MENARIK: SEJAK AKHIR-AKHIR INI
AYAT UMUM  : PERANAN SEKOLAH MENJADI SEMAKIN VITAL
AYAT SOKONGAN:SEKOLAH MERUPAKAN TEMPAT KITA MENIMBA ILMU
AYAT SOKONGAN: SETIAP PELAJAR PERLU MENYAYANGI SEKOLAH KERANA DI SINILAH MEREKA MEMPEROLEH PELBAGAI DISIPLIN ILMU YANG PENTING UNTUK MASA DEPAN
AYAT ARAH:TERDAPAT BANYAK CARA UNTUK MENYAYANGI SEKOLAH.

HASILNYA:
        Sejak akhir-akhir ini, peranan sekolah menjadi semakin vital.  Sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu . Setiap pelajar perlu menyayangi sekolah kerana di sinilah mereka memperoleh pelbagai disiplin ilmu yang penting untuk masa depan. Terdapat banyak cara untuk menyayangi sekolah
PERENGGAN ISI
CONTOH  PEMBINAAN PERENGGAN ISI:
1.APAKAH CARA-CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN:   Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah.
2. MENGAPAKAH  MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH MERUPAKAN CARA UNTUK     MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN: Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma.
3.APAKAN CONTOH HARTA BENDA SEKOLAH YANG DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR SECARA PERCUMA.
JAWAPAN:Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya.
4.APAKAH KESAN SEKIRANYA KITA MENJAGA KEMUDAHAN SEPERTI KERUSI MEJA DI DALAM KELAS, PAPAN KENYATAAN, KOMPUTER DAN SEBAGAINYA.
JAWAPAN: Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru.
5.APAKAH KESAN SETERUSNYA JIKA KEMUDAHAN ITU DAPAT DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH  YANG LEBIH LAMA?
JAWAPAN: Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.
6.APAKAH  PENEGASAN YANG BOLEH ANDA BUAT TENTANG CARA-CARA MEYAYANGI SEKOLAH?
JAWAPAN: Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi pelajar untuk menyayangi sekolah.
HASILNYA:
     Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah. Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma. Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya. Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru. Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi pelajar untuk meyayangi sekolah.

PENUTUP
CONTOH MEMBINA PENUTUP:
RASA....RUMUSAN: Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi.
CINTA...CADANGAN: Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing.
AKU.....ANCAMAN : Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar.
PASTI  ...PENDAPAT/PERIBAHASA; Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolah
HARAPAN: supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.
HASILNYA:
           Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi. Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing. Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar. Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolah supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.
MENARIK BUKAN  ! JANGAN TAKUT UNTUK MENULIS..............................................ANDA BOLEH

No comments:

Post a Comment