SOALAN
KARANGAN PERCUBAAN SPM 2013
1.Khidmat
bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah
peribadi, akademik dan kerjaya.
Huraikan
faedah-faedah yang anda peroleh melalui khidmat bimbingan dan kaunseling.
• Masalah peribadi/ keluarga
pelajar dapat ditangani.
• Masalah akademik pelajar dapat
diatasi.
• Masalah pergaulan antara rakan
sebaya dapat diatasi.
• Pembangunan personaliti pelajar
dapat dibina melalui bimbingan kaunseling.
• Maklumat kerjaya dalam bidang
pendidikan terutamanya pascasekolah dapat membantu
pelajar.
• Motivasi kendiri pelajar dapat
ditingkatkan.
• Pengurusan masa yang lebih teratur.
2.Selaku
Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk
'Amalan
Baik dalam Penjagaan Kesihatan' sempena Hari Kesihatan Sedunia kepada
masyarakat
setempat.
Sediakan
teks ceramah anda selengkapnya.
• Mengamalkan pemakanan yang
seimbang.
• Menjaga kebersihan tempat
tinggal.
• Pemeriksaan kesihatan yang
konsisten/berkala.
• Amalan riadah/ bersenam.
• .Amalan gaya hidup sihat.
• Mengamalkan ajaran agama..
3.Guru memainkan peranan penting
dalam melahirkan generasi berilmu.
Ulaskan pemyataan tersebut.
• Guru menyuburkan budaya intelek/ ilmu
pengetahuan
-menggalakkan pemikiran inovatifl analitis dalam usaha pencarian ilmu
yang berterusan
dalam kalangan pelajar
-usaha melalui pelbagai program yang menajamkan minda pelajar
• Guru mengembangkan nilai kerohanian pelajar
• Guru memperkemas/ memantapkan perkembangan
emosi pelajar
bersedia menghadapi cabaran dan menggalas tanggungjawab menuntut ilmu/tidak
jemu menuntut ilmu dan tahu mengaplikasi ilmu dalam kehidupan
• Guru pencetus/ pemangkin untuk
pelajar melibatkan diri dalam proses membina negara bangsa
• Meningkatkan pemahaman pelajar tentang
aspirasi negara
• Guru menggalakkan perkembangan/ penguasaan
ICT dalam kalangan pelajar
• Guru
memupuk kemahiran insaniah - kemahiran komunikasi, pengucapan awam.
4.adat sezaman
ditinggal jauh
adat agama dipandang remeh
adat kuning menjadi ikutan
Rangkap di atas merupakan sebahagian
daripada Sajak 'Adat Sezaman' yang membawa maksud sikap masyarakat yang semakin
melupakan adat resam, memandang remeh ajaran agama dan mengamalkan budaya
kuning.
Huraikan peranan masyarakat untuk membentuk sahsiah
terpuji dalam kalangan remaja.
• Ibu bapa/keluarga - menjadi
suri teladan
• Guru / sekolah - menerapkan
nilai-nilai mumi di dalam kelas/di luar kelas
• Masyarakat - bersikap peka/
tegur-menegur
• Masyarakat - mengimarahkan
program-program di masjid
• Media - menyiarkan program-program
yang bersesuaian/ Peranan Lembaga Penapis Filem
• Kerajaan - menyekat kemasukan
budaya kuning seperti konsert artis luar.
• Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- mendekati golongan remaja dengan program yang
dianjurkan. ABIM (Angkatan Belia Islam), AWAM (All Women's Action
Society), Raudhatus
Sakinah.
5.Anda telah berpeluang bercuti bersama-sama dengan keluarga di tempat
pelancongan yang terkenal di
Malaysia.
Huraikan
langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk menjadikan tempat pelancongan di
Malaysia
lebih menarik.
Langkah-langkah:
- mengekalkan keindahan semula jadi
- meningkatkan prasarana/kemudahan asas
- meluaskan promosi oleh kerajaan/swasta ke
peringkat antarabangsa
- sikap pekerja yang lebih mesra
-menjaga kebesihan
6. Kenaikan harga barangan keperluan harian
telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai usaha
untuk
menjimatkan perbelanjaan.
Huraikan
usaha-usaha tersebut.
- menabung
- anak-anak membawa bekal ke sekolah
- menjimatkan penggunaan air dan elektrik di
rumah
- menggunakan peralatan komunikasi ketika
perlu sahaja.
- membeli barang keperluan sahaja
-amalan kitar semula
7.Guru ibarat lilin
yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah
ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini.
Huraikan peranan anda untuk membalas jasa guru.
Belajar dengan bersungguh-sungguh
Sentiasa menghormati guru
Mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka
Melawat dan menziarahi guru
Mengadakan sambutan
Hari Guru
8.Budaya membaca
wadah berkesan dalam era pendidikan masa ini. Jelaskan usaha-usaha ibu bapa
bagi membudayakan amalan membaca kepada anak-anak.
Membeli bahan
bacaan secara berkala.
Menyediakan suatu
ruangan sebagai perpustakaan mini di rumah
Membawa anak-anak
mereka ke ekspo atau pameran buku.
Menggalakkan
anak-anak menyertai pertandingan kebahasaan.
Membaca bersama
dengan anak-anak
9.Sebagai seorang
pegawai di Jabatan Penerangan Daerah, anda telah diundang untuk menyampaikan
ceramah kepada warga sekolah di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah “Semangat
Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera.” Tulis ceramah anda itu selengkapnya.
Kerjasama dan bantu- membantu antara jiran
Perpaduan antara jiran
Sikap toleransi antara jiran
Budaya ziarah dapat dijalankan
Kebersihan kawasan
dapat ditingkatkan
10.Warisan puisi
Melayu lama seperti pantun, syair, gurindam dan seloka semakin terpinggir dalam
kalangan generasi muda hari ini. Ulaskan pendapat anda tentang cara-cara yang
dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memartabatkan puisi Melayu lama ini.
Ibu bapa memperkenalkan dan mempopularkan pantun kepada
anak-anak mereka
Pembelajaran dan pengajaran pantun di sekolah haruslah diperluas
Mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional.
Program pertukaran pelajar dengan negara luar
Persembahan atau
pertandingan puisi Melayu lama
11.Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi
negara. Anda ingin menulis rencana
berkaitan peranan pelbagai
pihak untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana tersebut
selengkapnya
Kerajaan
mengadakan promosi
- Promosi diadakan secara berterusan
- Mengadakan Tahun Melawat Malaysia dan Cuti-cuti Malaysia
- Promosi diadakan secara
menyeluruh di serata pelusok dunia
Kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
- Perlu diberi perhatian yang sewajarnya
- Menjadi cerminan utama kepada pelancong untuk memilih negara yang ada
kemudahan infrastruktur yang
lengkap
- Infrastruktur yang bertaraf dunia dan setanding dengan negara-negara
maju
Masyarakat
menyambut pelancong dengan bersopan
- Peranan masyarakat mesti diberi
tumpuan
- Masyarakat yang peramah, sopan
santun dan menjaga tatasusila
- Menunjukkan adat dan budaya
ketimuran yang baik
Masyarakat
menjaga kebersihan alam sekitar
- Sentiasa prihatin dan peka akan isu alam sekitar
- Menjaga alam sekitar dan
keindahan alam yang menjadi tumpuan pelancong khususnya dengan sebaik
mungkin
Agensi
pelancongan mengadakan pakej pelancongan yang menarik
- Menawarkan harga yang berpatutan
- Memberi potongan harga sempena sesuatu
peristiwa
- Mengadakan
pelbagai jenis aktiviti dalam pakej pelancongan
12.Setiap
murid perlu menghormati dan menghargai jasa guru di sekolah.
Huraikan pendapat anda dalam usaha
menghargai jasa guru di sekolah.
- mengucapkan salam,
- belajar bersungguh-sungguh,
- menyiapkan, kerja sekolah
- berdisiplin semasa di sekolah,
-
memberi hadiah kepada guru
13.Ibu
bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan
dan
kebersihan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan
anak-anak menjaga
keindahan
dan kebersihan alam sekitar.
- ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
- ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
- ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
- ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut
kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
- ibu bapa dan anak-anak menanam pokok
bunga/membuat landskap di rumah
14.Peribahasa
Melayu ada menyebut seperti melukut di tepi gantang. Peribahasa ini member
gambaran bahawa
keadaan hidup seseorang yang tidak
dipedulikan.
Huraikan persediaan yang perlu dilakukan
agar anda dihargai oleh masyarakat.
- melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
- memupuk semangat bermasyarakat
- mematuhi undang-undang negara
- sentiasa menghormati ibu bapa dan guru
- mengamalkan nilai-nilai murni
- melengkapkan diri dengan ilmu agama dan
moral
camne nak baca kalau ade burung biru terbang ni cikgu susah laa....
ReplyDeletecamne nak baca kalau ade burung biru terbang ni cikgu susah laa....
ReplyDelete