Friday, 1 November 2013

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah seketika berperang maka rakyat Raja Bahrum Dewa pun pecahlah perangnya , banyak tertangkap. Ada yang lari masuk ke dalam kota kerana tiada tertahan lagi tangkap empat jin orang itu. Maka titah Raja Bahrum Dewa , “ Sudahkah engkau tangkap? Apa mati laki-laki itu?” Maka sembah segala hulubalang yang lari itu. “Ya tuanku, tiadalah mati laki-laki itu. Maka hulubalang tuanku dua ratus yang lari, dua puluh hulubalang yang tertangkap orang itu. Patik hairan melihat hal laki-laki itu. Maka patik dengar suaranya seorang juga maka segala rakyat beribu-ribu sekalian itu pun dilawannya juga.”
Setelah baginda mendengar sembah segala hulubalang itu maka Raja Bahrum Dewa pun marah menyuruh memalu gendang mengumpulkan segala rakyat sekalian. Setelah sudah berkampung segala rakyat dan menteri hulubalang sekalian , maka titah Raja Bahrum Dewa, “Segeralah pergi tangkapkan beta laki-laki itu.” Maka raja-raja dan menteri hulubalang pun berjalanlah ke luar kota pergi mengepung Raja Indera Bumaya itu.

            Setelah datang ke mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi maka segala isi mahligai itu pun gemparlah. Sekaliannya datang memeluk kaki tuan puteri dan Raja Indera Bumaya seraya menangis katanya, “Wahai tuanku, apalah jadi kita ini kerana orang mengepung banyak pula datang!  

 (Dipetik daripada
‘Hikayat Langlang Buana’
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i)         Apakah maksud menyuruh memalu?                                                                                                                                                                  [2 markah]

(ii)        Apakah yang terjadi kepada hulubalang-hulubalang Raja Bahrum Dewa dalam perperangan itu?
                                                                                                               [3 markah]     

(iii)       Jika anda Raja Indera Bumaya, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk mengelakkan peperangan daripada terus berlaku?                                                                                                                                                                                                                                                                          [3 markah] 

         Jawapan:
(i)                 Maksud menyuruh memalu:
-          memerintah memukul
-          mengarahkan memukul


(ii)               Hulubalang-hulubalang Raja Bahrum Dewa dalam perperangan itu:
-          telah berpecah / kalah
-          lari masuk ke dalam kota
-          dua ratus yang lari
-          dua puluh hulubalang yang tertangkap


(iii)              Jika saya Raja Indera Bumaya, tindakan-tindakan yang dapat saya lakukan untuk mengelakkan peperangan daripada terus berlaku ialah:
-          Meminta Raja Bahrum Dewa menyerah kalah.
-          Mencadangkan supaya kedua-dua pihak berdamai.
-          Melantik orang tengah menyelesaikan perbalahan antara mereka

No comments:

Post a Comment