Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti
masalah kewangan, masalah anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu
sendiri. Keadaan ini menimbulkan stres kepada setiap ahli keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh setiap
ahli keluarga dalam menghadapi tekanan atau stres ke arah melahirkan keluarga
yang bahagia.
Pendahuluan
:
Tragedi-tragedi pelik
seperti bapa mencurah asid ke muka anak, suami membunuh isteri di tempat tidur,
anak membunuh ahli keluarga dan pelbagai kerenah dalam keluarga bagaikan
menjadi suatu fenomena dalam masyarakat moden. Masyarakat yang kononnya semakin
bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar
batasan. Pelbagai krisis yang melanda keluarga telah menjadi anasir peledak
sehingga keharmonian dalam rumah tangga bertukar menjadi neraka kehidupan.
Pelbagai tekanan emosi mula melanda keluarga sehingga boleh menimbulkan kesan
kemurungan, halunisasi, dan gila. Memandangkan fenomena ini boleh mengancam
kesejahteraan institusi tertua di dunia itu, pelbagai langkah menanganinya
harus diambil dengan seberapa segera.
Isi-isi
Isi 1 : Ibu bapa hendaklah
mendidik anak-anak dengan ilmu dan kemahiran yang mencukupi sebelum anak-anak
mengharungi alam berumah tangga – anak-anak sudah mempunyai persediaan
yang cukup – dapat menangani segala masalah dengan tenang
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah
sedar bahawa tanggungjawab membahagiakan rumah tangga adalah suatu amanah dan
ibadah – menjadi motivasi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni
dan sejahtera
Isi 3 : Memperlengkap ahli
keluarga dengan imu pengetahuan dunia dan akhirat – ilmu dunia sebagai
alat untuk kesenangan hidup sementara ilmu agama sebagai pengimbang dan
kedamaian batiniah
Isi 4 : Menjalinkan perasaan
mesra dan seronok sesama ahli keluarga – mengetepikan perkara-perkara
negatif yang boleh mencetuskan perasaan marah – menikmati kehidupan berkeluarga
ibarat syurga
Isi 5 : Memilih pihak ketiga
sebagai pendamai – langkah penyelesaian terakhir sekiranya masalah terlalu
rumit – semua pihak hendaklan mengetepikan ego masing-masing – menerima hakikat
bahawa bukan semua masalah harus diselesaikan bersendirian
Kesimpulan :
Fenomena semasa yang semakin
mencabar secara tidak langsung boleh mempengaruhi emosi seseorang. Oleh itu,
jikalau darah sudah mengalir ke mata, justeru padahnya terlalu besar. Jangan
dibiarkan dendam yang membara, sebaliknya setiap masalah hendaklah diselesaikan
dengan hemah dan pemikiran yang positif. Tiada masalah yang tidak boleh
diselesaikan ibarat, hendak seribu daya tak nak seribu dalih.
No comments:
Post a Comment