Thursday, 3 April 2014

  PERSOALAN


1. PERSOALAN TENTANG KETABAHAN DAN KEGIGIHAN¢ Fuad tabah berhadapan dengan cemuhan orang-orang kampung Danau Seberang kerana peristiwa melarikan Sofea anak angkat Mak Salmah dan Pak Ismail
¢ Fuad tabah dan memujuk Farhana agar menerima kenyataan bahawa mereka ialah adik beradik berlainan bapa.
¢ Fuad sanggup ke Lembah Klau bersama-sama pak Said semata-mata mahu mencari Pak Ngah Lias bagi mengesan ibu dan saudara sebelah ibunya agar segala persoalan tentang dirinya dan ibunya yang terbuku dalam hati terlerai.


2. PERSOALAN TENTANG KASIH SAYANG
KASIH SAYANG IBU SEPANJANG HAYAT¢ Mariana sentiasa mengingati Abdul Halim (Fuad) anaknya yang dilarikan oleh ahli keluarga Robert Lim.
¢ Dia membuat laporan polis tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketegangan kaum sedang memuncak pada ketika itu.
KASIH SAYANG ANTARA ADIK BERADIK¢ Fuad sayang akan adik-adiknya terutama Farhana dan berjanji akan memastikan Farhana berkahwin terlebih dahulu bagi menjaga hati Farhana .
             3.PERSOALAN: TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab terhadap anak bangsa¢ Cikgu Abas amat bertanggungjawab dngan tugasnya sebagai Guru Penolong Kanan SMK Seri Setia.
¢ Dia berusaha memujuk Fuad agar menerima tawaran sebagai guru sandaran Bahsa Inggeris demi para pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki SPM tetapi masih lemah penguasaan Bahsa Inggerisnya
Tanggungjawab terhadap keluarga¢ Fakrudin seorang suami yang sangat bertanggungjawab
¢ Dia membeli sebuah rumah untuk isterinya Mariana dan anak-anaknya .

              4.PERSOALAN KAHWIN CAMPUR YANG MASIH TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH MASYARAKAT¢ Perkahwinan Mariana dan Robert Lim mendapat tentangan hebat keluarga Robert Lim
¢ Mereka hanya bersama-sama selama tiga bulan sebelum Robert Lim menghilangkan diri
               5.PERSOALAN : KETAATAN PADA AJARAN AGAMA
Kuat berpegang pada ajaran agama
¢ Fuad sangat taat mengerjakan ibadat.
¢ Soalat berjemaah Maghrib dan isyak di surau
¢ Rajin belajar megaji Al-Quran dengan pak Ismail
¢ Sembahyang zohor di Kemaman dalam perjalanan pulang ke Lembah Klau
              6.PERSOALAN : AMANAH TERHADAP TUGASPendidik memikul amanah mendidik anak bangsa dengan penuh komitmen
¢ Fuad amat komited dengan tugasnya walaupun hanya seorang guru sandaran. Dia sanggup pulang lewat untuk membimbing pelajar selepas waktu persekolahan semata-mata mahu melihat para pelajarnya berjaya dalam subjek Bahasa Inggeris.
¢ Cikgu Zamani seorang guru lama di SMK Seri Setia tidak menunaikan amanahnya dengan penuh rasa tanggungjawab. Dia tidak masuk ke kelas tambahan bagi Geografi sehingga menimbulkan kemarahan Cikgu Abas (GPK 1)

No comments:

Post a Comment