Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan,huraikan nilai-nilai murni yang dikemukakan oleh pengarang.
Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan lima ialah Kabus Di Perbukitan, karya Mohammad Kholid Hamzah. Pengarang telah mengemukakan beberapa nilai murni yang menjadikan novel ini sungguh menarik danbermalna.
(Penyataan) – Pengarang telah mengemukakan nilai kasih sayang.
1. Kasih sayang yang ditunjukkan ialah kasih sayang antara bapa dengan anak.Mejar (B)Kamarudin sayang akan anak perempuannya,Faridah.
2. Dia telah mendaki Bukit Kutu bersama Buyung yang bertugas di Perhilitan Kuala Kubu Bahru untuk mencari Faridah.
3. Operasi menyelamat Faridah dan Iqbal telah ditamatkan setelah dua minggu.
4. Dia sanggup berbuat demikian walaupun sudah lama bersara dari dunia ketenteraan.
5. Berkat usaha Mejar(B)Kamarudin,Faridah akhirnya dapat ditemui di sebuah perkampungan Orang asli di Sungai Dua.
(Penyataan) – Kasih sayang antara adik-beradik,Rahayu sayang akan kakak kembarnya,Faridah.
1. Rahayu yang menghidapi penyakit kanser paru-paru telah menyuruh Mejar(B)Kamarudin agar mencari Faridah yang hilang dalam satu kemalangan jalan raya.
2. Rahayu mempunyai hubungan telepati dan dapat berkomunikasi secara bawah sedar dengan Faridah.
3. Rahayu dapat melihat Faridah sedang mandi di sebatang sungai berhampiran perkampungan Orang asli dalam mimpinya.
4. Mengikut Doktor Susan, mungkin wujud hubungan bawah sedar antara Faridah dan Rahayu melalui hubungan telepati.
5. Dalam pertemuan mereka yang terakhir,Rahayu memberitahu Faridah bahawa hayatnya hampir tamat dan memesan Faridah agar menjaga diri dan ibu bapa mereka dengan baik
6. Rahayu meninggal dunia di samping Faridah di HUKM.
(Tambahan)
1. Selain itu,pengarang juga mengemukakan nilai bertanggungjawab.
2. Faridah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan menjaga ibunya,Salmah dengan baik.
3. Faridah peka akan keperluan dan kehendak Salmah dan sanggup berkongsi suka duka ibunya.
4. Faridah telah menyuapkan ibunya makanan apabila ibunya sakit.
5. Faridah masih tinggal bersama dengan ibunya walaupun sudah berkahwin dengan Ghazali.
No comments:
Post a Comment