Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan,huraikan latar masa yang dikemukakan oleh pengarang.
Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan lima ialah Kabus Di Perbukitan, karya Mohammad Kholid Hamzah. Pengarang telah mengemukakan beberapa latar masa yang menjadikan novel ini sungguh menarik untuk dibaca..
(penyataan) – PAGI (6.00 PAGI)
1. Rahayu bangun pagi dan teringat tugasan MP 3714
2. Selepas solat subuh, dia berdoa supaya mendapat hidayah
3. Rahayu terasa lehernya sakit dan mempunyai bengkak
4. Dia berfikir bahawa mungkin kesakitan adalah berpunca daripada ulser
5. Beliau tiba di perpustakaan dan berjumpa dengan Azrul untuk mengulangkaji dan seterusnya menuju ke kafateria.
6. Semasa menuju ke bahagian Malaysiana,dia pengsan.
(penyataan) – PETANG
1. Bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub diadakan sidang akhbar.
2. Sidang ditunda sehingga 3.30 petang kerana kelewatan Pegawai JKM Negeri.
3. Tujuan adalah menamatkan operasi mencari dan menyelamat Ops PDK.
4. Segala usaha yang telah dibuat untuk mengesan mangsa termasuklah menggunakan anjing pengesan dan penjejak dari pasukan PGA tetapi menemui kegagalan.
(pernyataan) –MALAM
1. Bacaan surah Yasin diadakan di rumah Salmah pada waktu malam.
2. Orang kampung Parit Tiga mengunjungi rumah Salmah.
3. Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak membaca surah Yasin.
4. Air mata Salmah berlinangan keluar kerana musibah yang menimpa Faridah.
No comments:
Post a Comment