Tuesday, 14 February 2012

Latihan & Jawapan Novel Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan” yang telah anda kaji, huraikan perwatakan watak utama. (7m)

         Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan” hasil karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya kaji, saya ingin membincangkan perwatakan watak utama. Watak utama dalam novel ini ialah Faridah.

Pernyataan: - Faridah merupakan seorang yang penyayang.
  1. Faridah menunjukkan kasih sayang kepada kedua-dua anak perempuannya, iaitu Anne dan Melina.Dia berusaha memastikan perkahwinan mereka berjaya.
  2. Faridah berusaha untuk memberi pendidikan yang secukupnya kepada anak-anaknya.
  3. Faridah sanggup menghantar anak-anaknya pergi belajar di sekolah agama Islam yang terletak di Rosewood, New Zealand di mana jarak perjalanan dari rumahnya mengambil masa kira-kira 30 minit.
  4. Faridah juga menunjukkan sikap penyayang kepada ibunya, Salmah.
  5. Faridah sanggup menjaga ibunya sejak ditinggalkan oleh ayahnya yang bernama Mejar (B) Kamarudin. Dia tidak memilih untuk pergi bersama suaminya yang pertama, Encik Ghazali ke Klang kerana ingin menjaga ibunya yang semakin tua dan sakit.
  6. Faridah menunjukkan kasih sayang kepada kakaknya yang lama terpisah, Rahayu. Semasa berada dalam keadaan koma akibat kemalangan di Bukit Fraser, Faridah selalu bermimpi dia didatangi oleh Rahayu.

Pernyataan: - Faridah mempunyai jati diri yang kukuh.
  1. Selepas kematian ibu dan suaminya, Encik Ghazali, Faridah telah mendapat tawaran Jabatan Kementerian Malaysia (JKM) untuk mengikuti kursus Community Service for Disable Person selama 6 bulan di New Zealand dan dia telah menerimanya.
  2. Faridah kemudian berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris yang Samuel Kirkby Johnsons atau nama Islamnya, Soleh Johnsons. Dia telah menetap di New Zealand hamper 25 tahun.
  3. Walaupun merantau jauh ke New Zealand, Faridah tidak melupakan asal usul dirinya sebagai seorang umat Islam.
  4. Faridah memegang kuat pada agamanya. Dia juga mendidik agama kepada anak-anaknya iaitu Anne dan Melina.
  5. Faridah mendaftarkan anak-anaknya untuk belajar di sebuah sekolah agama Islam yang terletak di Rosewood, New Zealand sejak enam tahun lagi.
  6. Faridah telah bersetuju dengan suaminya untuk membuka sebuah pusat penyembelihan hijrah di Rosewood dengan tujuan untuk menyembelih secara halal.
  7. Faridah sering menasihati anak-anaknya untuk mengamalkan ibadat sebagai seorang umat Islam. Dia sering merindui masakan Melayu seperti kari.
  8. Faridah berhasrat untuk pulang ke tanah airnya, Malaysia. Apabila berpeluang untuk pulang ke rumah ibunya yang terletak di Kampung Parit 3, Sungai Besar, dia berasa bersyukur dan telah menitiskan air mata dalam kegembiraan.

No comments:

Post a Comment