Tuesday, 14 February 2012

Pengenalan Novel

  1. Ringkasan cerita lebih kurang 100 -150 patah perkataan.
  2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.
  1. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung (eksplisit) atau tidak langsung (implisit).
  2. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada hubungannya dengan tema sesuatu karya.
  1. Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
  2. Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
  3. Pelukisan   watak   itu   boleh   dilakukan   secara langsung   atau    secara    tidak    langsung   olen pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.
  4. Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.
  5. Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
  6. Watak pipih  lazimnya tidak kompleks,  tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.
  7. Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.
  8. Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.
  9. Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.
  10. Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.
  11. Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin   diktator,   koruptor,   penjenayah,   dan sebagainya. Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.
  12. Walaupun begitu, untuk kajian komsas, hanya watak utama dan watak sampingan yang diberikan tumpuan.

Binaan plot:
1.     Plot     ialah    sesuatu    yang     menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.
2.     Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.
3.     Susunan   cerita  bergantung   pada   fantasi   dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.  Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.
4.     Teknik  penyusunan  plot  yang   menarik   ialah penyusunan  peristiwa  secara   tidak  kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.
5.     Permulaan   plot   ialah   peringkat   permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.
6.     Perkembangan plot mengakibatkan konflik.
7.     Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan (komplikasi).
8.     Perumitan   menuju   kepada   puncak   (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.
9.     Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang  puncak dijadikan  pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
 http://bmspm.net/plot2.JPG


Teknik Plot:
  1. Teknik   plot   ialah   cara   pengarang   mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.
  2. Antara   teknik   plot   termasuklah   seperti   yang berikut:
(a)    Imbas kembali
1.      Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.
2.      Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman
(b)    Imbas muka
1.      Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan  awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2.      Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.
(c)    Saspens
1.      Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
(d)    Konflik
1.      Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.
2.      Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar.
3.      Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?
(e)   Kejutan
1.      Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
2.      Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.
 (f)   Dialog
1.      Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
2.      Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau   fikiran   yang berkaitan dengan tema.
Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.
           Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 (a)  Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.
 (b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.
 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.
 (e)   Latar peralatan cerita dan watak
Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.


Sudut Pandangan (Aspek pilihan sahaja)
Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
 Teknik sudut pandangan:
 (a)   Sudut pandangan orang pertama
Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan.  Sudut pandangan ini  disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.
(b)    Sudut   pandangan   orang   ketiga   tidak terbatas (serba tahu)
Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
 (c)   Sudut pandangan orang ketiga terbatas
Pengarang    tidak    menceritakan    semua peristiwa atau  watak tetapi  hanya  akan memilih      watak-watak      tertentu      dan penceritaannya  tertumpu  kepada  mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.
 (d)   Sudut pandangan objektif
Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.



Jenis Gaya Bahasa
Huraiannya
(a)  Diksi
  • Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
  • Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
(b) Ayat
  • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat panjang
(c)   Personifikasi
  • Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan
  • Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada darisegi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
  • Contohnya:    ...matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan
(d) Simile
  • Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)
  • Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran
(e)   Metafora
  • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya
  • Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f)   Hiperbola
  • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secaraberlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya
  • Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
(g)   Sinkope
  • Bermaksud penyingkatan perkataan
  • Contohnya: "Apa dah jadi ni?"
(h) Rima
  • Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada dua baris daiam puisi
  • Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir
(i)   Asonansi
  • Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
  • Contohnya:  pengulangan  vokal “u”   dalam   baris  Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
(j)   Aliterasi
  • Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
  • Contohnya: pengulangan konsonan dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
(k)  Pengulangan
  • Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
  • anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya: Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
  • epifora - pengulangan kata pada akhir baris. Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku
  • repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga
(l)   Perlambangan
  • merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
  • contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
Antara contoh nilai ialah:
  1. Baik hati
  2. Berdikari
  3. Hemah tinggi
  4. Hormat-menghormati
  5. Kasih sayang
  6. Keadilan
  7. Kebebasan
  8. Keberanian
  9. Kebersihan mental dan fizikal
  10. Kejujuran
  11. Kerajinan
  12. Kerjasama
  13. Kesederhanaan
  14. Kesyukuran
  15. Rasional
  16. Semangat bermasyarakat dan nilai-nilai lain yang bersesuaian.



Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.
Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.
Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita hendaklah ……..
-     Kita seharusnya…….
        Jika  nilai negatif, mulakan ayat jawapan anda dengan
-     Kita jangan….
-     Kita tidak boleh….    
  …diikuti dengan contoh dalam teks.   

No comments:

Post a Comment