Tuesday, 14 February 2012

Teknik Plot Novel Kabus di Perbukitan

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 2 peristiwa yang menggunakan teknik kejutan.
Teks Kajian Novel Tingkatan 5

Novel yang telah saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah Kabus di Perbukitan, karya Mohamad Kholid Hamzah.Pengarang telah menggunakan teknik kejutan dalam novel ini.
Teknik kejutan digunakan untuk menyampaikan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan tanpa diduga oleh pembaca. Dalam novel Kabus di Perbukitan, antara peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik kejutan adalah seperti yang berikut.

Kejutan berlaku apabila Faridah berjaya ditemui. Hanya Kamaruddin dan Buyung berdua sahaja sudah cukup untuk berjaya menemui Faridah sedangkan pihak polis, Jabatan Perhilitan, Pasukan Bomba dan Penyelamat gagal malahan penggunaan khidmat penjejak Senoi Praak dan bantuan helikopter Tentera Udara turut menemui jalan buntu. Sementara itu, sesiapa pun tidak dapat menduga bahawa penemuan Faridah sebenarnya dibantu oleh Rahayu yang sering mengigau tentang Faridah. 

Pembaca tentu tidak menduga bahawa beberapa watak yang muncul dalam hidup Faridah dimatikan satu per satu secara berturut-turut. Mula-mula, adik kembarnya Rahayu meninggal dunia di sisinya serentak dengan dia tersedar daripada koma yang panjang. Dua tahun kemudian, ibunya Salmah meninggal dunia. Tidak lama selepas kematian ibunya, Ghazali suami kesayangan Faridah pula meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Keadaan ini sesungguhnya membuatkan pembaca berasa gelisah dan bingung melihat nasib malang yang menimpa Faridah secara bertubi-tubi. 

Kesimpulannya, saya dapat mengkaji teknik kejutan dalam novel ini.

No comments:

Post a Comment