Wednesday, 30 May 2012

TINGKATKAN KEMAMPUAN ANDA MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN.

PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN:

Anda telah pun didedahkan dengan contoh-contoh jenis pendahuluan sebelum ini. Kali ini cuba ikuti pembelajaran menulis pendahuluan jenis gabungan.

Langkah 1:Pilih jenis pendahuluan yang anda fikir sesuai dengan isu yang ditanyakan dalam arahan soalan. Pastikan pendahuluan karangan anda masih lagi mempunyai ciri-ciri M.U.S.A

Lihat contoh di bawah:

Soalan: Sekolah merupakan institusi formal yang memainkan peranan penting untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada seseorang.. Setiap individu pastinya mahukan sebuah sekolah yang terbaik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
Sebagai seorang pelajar, huraikan ciri-ciri sekolah idaman anda.

Jenis Situasi:Setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan:

Jenis Peribahasa: Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Jenis Pendapat: Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif  memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka.

Jenis definisi: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid.

Jenis Persoalan: Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?

Langkah 2: Gabungkan ayat-ayat tersebut menggunakan teknik M.U.S.A
Hasilnya:

          Dalam era modenisasi yang sarat dengan konkurensi sengit ini, ilmu pengetahuan menjadi satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Lantaran itu,  setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung. Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif  memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka. Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid. Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?

Nah inilah hasilnya>Seronok bukan!


3 comments:

  1. sesiapa yang masih tiak faham dan mahukan penjelasan sila huungi saya

    ReplyDelete
  2. cikgu saya nak tanya cikgu. harap cikgu dpt membalas secepat mungkin memandangkan peperiksaan penggal akan dtg. saya baru masuk ting.4. saya ingin bertanya ini karangan untuk bahagian mana ye cikgu?Terima kasih,cikgu Tuminah jika membalas.

    ReplyDelete