Friday, 1 June 2012

KERTAS :RUMUSAN KARANGAN


RUMUSAN KARANGAN

  • Soalan rumusan karangan merupakan soalan yang ditanyakan dalam Kertas 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
  • Soalan ini merupakan soalan 1
·         Markah penuh : 30 markah (Isi=20 dan Bahasa=10)
·         2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat.
·         Markah bahasa diberi separuh daripada markah isi
·         Jumlah perkataan-tidak melebihi 120 perkataan.
·         Dicadangkan 4 perenggan (pengenalan, isi tersurat, tersirat dan kesimpulan)dengan selang sebaris antara perenggan. Rasionalnya supaya pemerika dan calon lebih mudah menyemak isi dan jawapan.
·         Tuliskan jumlah patah perkataan di bahagian bawah sebelah kanan jawapan rumusan anda. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan tepat. Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Tulisan perlu kemas dan mudah dibaca.

Contoh soalan rumusan karangan:
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti., kemudian  buat satu rumusan  tentang sebab-sebab berlakunya keracunan makanan dan langkah-langkah pencegahan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi  120 patah  perkataan.

    Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan oleh pihak media
sejak akhir-akhir ini.  Isu ini bukanlah suatu perkara yang baharu, tetapi telah menjadi suatu isu lapuk yang telah lama diperbincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat.  Keracunan makanan bukan sahaja berlaku di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja apabila berlaku pencemaran makanan terhadap makanan yang dimakan.
      Keracunan makanan berlaku apabila seseorang individu mengambil makanan atau minuman yang telah tercemar oleh bakteria, virus dan organisma berbahaya.  Malah penggunaan bahan kimia dan bahan beracun yang semakin berleluasa terhadap sayuran bagi pencegahan serangga perosak juga antara penyebab keracunan makanan.  Antara bakteria yang sering menyebabkan keracunan makanan adalah seperti Staphylococcus aureus,  Salmonella, Escherichia coli, Clostridium perfringens, Bacillus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan Camphylobacter.  Bakteria dan virus yang memasuki tubuh akan menghasilkan toksin serta meningkatkan bilangannya di bahagian usus manusia.  Toksin memberikan kesan langsung pada lapisan usus, menyebabkan peradangan dan seterusnya menimbulkan gejala keracunan makanan.
   Gaya hidup masyarakat kini mendorong budaya makan di luar menjadi suatu fenomena biasa. Situasi ini meningkatkan risiko keracunan makanan berbanding dengan mengamalkan amalan makan di rumah. Pengabaian aspek kebersihan diri oleh pengendali makanan dengan kuku yang kotor dan panjang, rambut tidak terurus dan tidak memakai pakaian yang sesuai menggalakkan keracunan makanan terjadi.  Malahan, ada pula premis makanan yang kotor dan pengusahanya tidak membuang sampah dengan sempurna.  Makanan yang dijual pula terdedah tanpa ditutup dan ini mengundang kehadiran lalat dan bakteria.  Makanan yang tercemar dapat dikenal pasti melalui beberapa cara seperti rupa dengan adanya tompok-tompok kulat. Warna makanan bertukar kehijau-hijauan, seperti pada daging atau ayam.  Tekstur dan bau sesuatu makanan juga menjadi kurang enak.
      Sikap pengendali makanan yang sering menyentuh makanan  yang telah siap dimasak secara langsung semasa menghidangkan makanan juga akan menyebabklan keracunan terjadi. Perbuatan menghisap rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan makanan atau mengendalikan makanan turut menjadi penyebab keracunan makanan. Sementara itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna akan menyebabkan berlakunya pembiakan mikroorganisma berbahaya terutamanya pada bahan makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur, dan hasil tenusu.
    Seseorang yang mengalami keracunan makanan akan menunjukkan beberapa gejala dan gejala ini akan dialami oleh pesakit bermula beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar.  Gejala yang terjadi berbeza mengikut individu bergantung pada ketahanan seseorang, jenis toksin yang terdapat dalam makanan dan jumlah makanan yang diambil.  Keracunan makanan mudah menyerang bayi, kanak-kanak, warga tua dan individu yang mempunyai imuniti  ang rendah terhadap penyakit.
    Kesimpulannya,isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak terutamanya pengendali makanan memainkan peranan yang sewajarnya. Utamakanlah kebersihan dan mencegah itu lebih baik daripada mengubatinya.                                                
                                            ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Keracunan  
                                                                         Makanan,” Dewan Siswa, Oktober, 2007)

  MEMBINA PENDAHULUAN RUMUSAN

  Menulis ayat pendahuluan

         Pendahuluan rumusan perlu mengandungi pernyataan isi tersurat yang merupakan isu yang dibincangkan dalam petikan yang diberi.

Kaedah menulis bahagian pendahuluan rumusan

  1. Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian  kesan bahagian isi tersurat.
  1. Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi tersurat.
  2. Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya. 
  3. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’    dalam pengenalan.
e.    Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:

* faktor = punca = sebab
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan =usaha
=pendekatan / strategi
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif =akibat
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan
* faedah=kebaikan=kelebihan=keistimewaan= faedah/manfaat / kebaikan / kepentingan
 * peranan=tanggungjawab= fungsi / tugas.


Contoh soalan dan arahan  :

Baca  petikan  di bawah  dengan  teliti  kemudian  buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia  dan  langkah-langkah  membanterasnya.   Panjang rumusan hendaklah  tidak  melebihi 120 patah perkataan

Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah    menjadi musuh utama manusia 

Gantikan perkataan faktor-faktor dengan perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .
    
  Kemudian, tulis  pendahuluan rumusan.

Petikan membincangkan/tentang punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia  ..................(dalam kalangan/ di.......)

Latihan 1
1.. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan
bandar dan  implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.

Pengenalan rumusan :

Petikan membincangkan ……………………….. yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar.

2. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :

…………………………………. membincangkan -------------------------------yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang.


3. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan

 :
…………………………………………………………………………………………..membincangkan

……………………………………………………………………………………………………………..

4. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan
 :
………………………………………………………………………………………………………
Latihan 2

  1. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kesan  kelemahan institusi keluarga dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang       rumusan  hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

       Lengkapkan ayat pendahuluan       


       Petikan tentang……………………………………………………………………………..

                         
  1. Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab khidmat sistem pesanan ringkas amat diperlukan pengguna dan langkah-langkah menjimatkan penggunaannya.  Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
          

      Petikan tentang……………………………………………………………………………..

  1.  Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang          
kepentingan   hutan   bakau   kepada   negara  ini  dan  langkah-langkah            memuliharanya.  Panjang  rumusan  anda  hendaklah   tidak  melebihi 120 patah   perkataan.  
             

      Petikan tentang……………………………………………………………………………..

4.   Baca  petikan  di bawah  dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi keghairahan orang ramai mengunjungi  pusat beli-belah dan ciri-ciri pusat beli-belah yang selamat.  Panjang rumusan  anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
  
      Petikan tentang……………………………………………………………………………..


...............................................SELAMAT MENCUBA...............................................................

No comments:

Post a Comment