Friday, 1 June 2012

RUMUSAN KARANGAN

MENULIS ISI TERSURAT:
1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama.
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Jumlah markah isi tersurat dan tersirat ialah 16 markah
4. Isi tersurat  boleh lebih enam tetapi markah maksimum yang dikira hanya 12 markah sahaja
5. ika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi. Manalah tahu ada isi 

    yang salah.
6. Jangan asingkan isi yang ada kata hubung. Anggap sahaja sebagai satu isi.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. Jika tiada tidak salah.
8. G
unakan kunci kata dan penanda  wacana(KKPW) dalam soalan sebagai panduan 

9. Isi yang dipilih dan tepat tidak perlu diubah


Contoh:



Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian  buat satu rumusan  tentang usaha-usaha menangani gejala buli dan kepentingannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi  120 patah  perkataan.

Isi Tersurat:usaha-usaha menangani gejala buli
                    -anda perlu mengesan isi yang ada kaitan dengan usaha-usaha menangani gejala 
                     buli  yang ada dalam petikan.

         Isu membuli di sekolah kembali mendapat tempat dalam media massa selepas video membuli pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Sarawak disiarkan dalam Youtube. Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.
       Sehubungan dengan itu, penyelidik-penyelidik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  telah membangunkan indeks bagi mengukur perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.   Usaha ini adalah baik kerana membolehkan masyarakat melihat isu membuli ini secara rasional dan sistematik. Kementerian Pelajaran sewajarnya memanfaatkan kepakaran ini untuk membantu menangani kes-kes buli; sama ada yang dilaporkan dalam media massa atau sebaliknya.
           Berdasarkan kajian yang dibuat, seseorang menjadi pembuli kerana marahkan sesuatu, pernah dibuli, mempunyai keyakinan diri yang rendah, ingin berasa hebat dengan mengawal orang lain dan pelbagai faktor lagi. Mangsa buli pula mempunyai ciri-ciri seperti malu, sensitif atau tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam kes-kes tertentu, mereka menjadi mangsa disebabkan fizikal seperti gemuk, berbadan kecil atau kecacatan fizikal.  Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal.
         Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.Oleh itu,bagi mengelakkan gejala buli di sekolah, para pendidik perlu mengenal pasti potensi-potensi yang mewujudkan perilaku buli di sekolah pada peringkat awal. Walau apa pun kaedah membuli dan siapa yang menjadi mangsa buli, gejala ini memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada pelajar. Atas sebab itulah maka gejala membuli ini harus ditangani dengan bijak oleh ibu bapa dan pendidik. Sementara hukuman keras boleh dipertimbangkan sebagai kaedah menangani buli, tetapi tindakan ini  tidak semestinya merupakan satu instrumen yang efektif.
         Lantaran itulah, maka ibu bapa dan pendidik disarankan untuk melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik.   Selain itu, pelajar juga harus dilibatkan dengan gaya hidup positif di dalam dan di luar persekitaran sekolah. Dengan cara ini, mereka akan terdedah kepada kehidupan yang lebih luas dan ini dapat membantu mematangkan pelajar. Pengurusan isu membuli ini haruslah dilihat dari perspektif yang betul.  Buli bukanlah sesuatu yang berlaku secara bermusim, dan pelajar yang terlibat tidak wajar dilihat sebagai gangster yang harus dijatuhkan hukuman bunuh. Seperti juga lain-lain salah laku pelajar, sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh kasih-sayang dan bertujuan mendidik.     
          Kita harus memahami bahawa buli ialah satu fenomena global. Buli bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi juga di sekolah-sekolah di luar negara. Secara ringkasnya, buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse) yang perlu ditangani segera

Isi Tersurat:
1.Penyelidik-penyelidik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  telah membangunkan indeks bagi mengukur perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.  
2.Para pendidik perlu mengenal pasti potensi-potensi yang mewujudkan perilaku buli di sekolah pada peringkat awal
3. Ibu bapa dan pendidik disarankan untuk melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik.   
4. Hukuman keras boleh dipertimbangkan sebagai kaedah menangani buli,
5. Ibu bapa dan pendidik disarankan untuk melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik.
6. Sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh kasih-sayang 
   dan bertujuan mendidik.

Nota: Anda boleh menggunakan teknik KKPW.(KK-Kata Kunci dan PW-Penanda Wacana yang ada dalam petikan sebagai panduan mengesan isi tersurat.

Tema
Kata Kunci/PW
Faktor-faktor
Faktor,  Faktor lain, Pada hakikatnya, Selebihnya, Kebelakangan ini pula , Keadaan menjadi bertambah buruk, Selain itu, Begitu juga,disebabkan,menyebabkan
Cara-cara
di samping, antara tindakan penting, Sehubungan dengan itu, Langkah-langkah lain, juga, dapat, 
Kesan-kesan
Telah, pula, kesan, Di samping itu, Malahan, boleh, bukan sahaja, turut
Langkah-langkah
Seharusnya, Pada masa yang sama, juga, perlu, Selaras dengan itu, pula

No comments:

Post a Comment