Sunday, 8 September 2013

TEKNIK MEMBINA PERENGGAN ISI DALAM KARANGAN

NOTA: PELAJAR BOLEH MENGEMBANGKAN ISI MENGGUNAKAN TEKNIK PANDANG BELAKANG. 

LANGKAH-LANGKAHNYA:
1. GUNAKAN KATA TANYA 5W 1H.PILIH YANG SESUAI. BIASANYA SOALAN PERTAMA MESTILAH 'APAKAH'. BUAT SATU SOALAN YANG ADA KAITAN DENGAN TUGASAN SOALAN.
2.TULIS JAWAPANNYA DAN BAHAGIAN AKHIR JAWAPAN DIGUNAKAN PULA UNTUK MEMBINA SOALAN YANG SETERUSNYA.
3.ULANGI LANGKAH YANG SAMA. BUAT PERMULAAN GUNAKAN APAKAH (1)MENGAPAKAH(2)APAKAH CONTOH(3) APAKAH KESAN JANGKA PENDEK DARIPADA CONTOH(4)APAKAH KESAN SETERUSNYA DARIPADA CONTOH(5) DAN APAKAH PENEGASAN YANG BOLEH DIBUAT(6)

CONTOH:
TEKNIK PANDANG BELAKANG
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Soalan: Apakah langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar?
Jawapan:
Sebagai orang terdekat dengan anak-anak sepatutnya ibu bapa mendidik anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
Soalan: Bagaimanakah ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
Jawapan:
 Ibu bapa boleh mendidik anak-anak dengan mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar  terkini yang sering berlaku.
Soalan: Apakah isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini yang sering berlaku?
Jawapan:
Sebagai contoh isu-isu pencemaran terkini yang kerap menjadi paparan media ialah isu pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara. 
Soalan: Apakah kesannya jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak?
Jawapan:
Jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak, maka anak-anak akan menyedari bahawa mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati.
Soalan:Mengapakah mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati?
Jawapan:
Hal ini kerana perbuatan tersebut akan mencemarkan udara.
Soalan:Apakah implikasi daripada perbuatan mencemarkan udara?
Jawpan:
Sekiranya udara tercemar, maka situasi ini akan membahayakan kesihatan.
Soalan:Mengapakah boleh membahayakan kesihatan?
Jawapan:
Kesihatan seseorang itu akan terjejas kerana menyedut udara yang kotor
Soalan:Apakah penegasan yang boleh dibuat tentang langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar?
Jawapan:Tegasnya, langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui peranan ibu bapa yang mendidik anak-anak sejak kecil lagi.

SETELAH SELESAI GABUNGKAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.(Sila ikuti penerangan teknik ini selanjutnya...)


2 comments: