NOTA: PELAJAR BOLEH MENGEMBANGKAN ISI MENGGUNAKAN TEKNIK PANDANG BELAKANG.
LANGKAH-LANGKAHNYA:
1. GUNAKAN KATA TANYA 5W 1H.PILIH YANG SESUAI. BIASANYA SOALAN PERTAMA MESTILAH 'APAKAH'. BUAT SATU SOALAN YANG ADA KAITAN DENGAN TUGASAN SOALAN.
2.TULIS JAWAPANNYA DAN BAHAGIAN AKHIR JAWAPAN DIGUNAKAN PULA UNTUK MEMBINA SOALAN YANG SETERUSNYA.
3.ULANGI LANGKAH YANG SAMA. BUAT PERMULAAN GUNAKAN APAKAH (1)MENGAPAKAH(2)APAKAH CONTOH(3) APAKAH KESAN JANGKA PENDEK DARIPADA CONTOH(4)APAKAH KESAN SETERUSNYA DARIPADA CONTOH(5) DAN APAKAH PENEGASAN YANG BOLEH DIBUAT(6)
CONTOH:
TEKNIK
PANDANG BELAKANG
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Soalan:
Apakah langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam
sekitar?
Jawapan:
Sebagai orang terdekat dengan
anak-anak sepatutnya ibu bapa mendidik
anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil
lagi.
Soalan: Bagaimanakah ibu bapa
boleh mendidik anak-anak mereka untuk
menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.
Jawapan:
Ibu
bapa boleh mendidik anak-anak dengan mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar terkini yang sering berlaku.
Soalan:
Apakah isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini yang sering berlaku?
Jawapan:
Sebagai
contoh isu-isu pencemaran
terkini yang kerap menjadi paparan media ialah isu pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara.
Soalan: Apakah kesannya jika isu seperti pembakaran terbuka yang
mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak?
Jawapan:
Jika isu
seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada
anak-anak,
maka anak-anak akan menyedari bahawa mereka tidak boleh melakukan pembakaran
sesuka hati.
Soalan:Mengapakah mereka tidak boleh melakukan pembakaran
sesuka hati?
Jawapan:
Hal ini
kerana perbuatan tersebut akan mencemarkan udara.
Soalan:Apakah implikasi daripada perbuatan mencemarkan udara?
Jawpan:
Sekiranya
udara tercemar, maka
situasi ini akan membahayakan kesihatan.
Soalan:Mengapakah boleh membahayakan kesihatan?
Jawapan:
Kesihatan
seseorang
itu akan terjejas kerana menyedut udara
yang kotor
Soalan:Apakah penegasan yang boleh
dibuat tentang langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar?
Jawapan:Tegasnya, langkah-langkah
memgatasi pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui peranan ibu bapa yang
mendidik anak-anak sejak kecil lagi.
SETELAH SELESAI GABUNGKAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.(Sila ikuti penerangan teknik ini selanjutnya...)
terima kasih.. Sangat membantu untuk anak saya..
ReplyDeletemaaf lambat reply..ok tk
Delete