Saturday, 26 October 2013

ANALOGI DALAM PENULISAN KARANGAN

ANALOGI DALAM PENULISAN KARANGAN
·   anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus 
·      bagai menatang minyak yang penuh
·   mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh 
biarlah dari rebungnya
·      ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat
·      menjadi duri dalam daging 
·         mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
·         perbuatan menuding jari menyalahkan pihak lain umpama ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri 
·         remaja yang baru berumur setahun jagung darah setampuk pinang
·         Nilai-nilai murni dapat menjadi benteng ampuh dan utuh sekukuh Tembok Besar China 
·         membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget.
·         jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik.
·         bagaimana acuan begitulah kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih.
·         yang mana intan, yang mana kaca.
·         anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun Yahudi.
·         Nasihat yang sia-sia umpama mencurah garam ke laut
·         layang-layang terputus talinya
·         Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting
·         agama adalah perisai yang kuat
·         iman yang nipis senipis kulit bawang
·         Si buta keilangan tongkat
·         Kapal kehilangan nahkoda
·         Sangat berharga umpama permata
·         Angan-angan tinggi melangit
·         Mengejar fatamorgana
·         Mengejar oasis di padang pasir
·         Masa ibarat pedang
·         Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang tapi tak berbuah
·         Umpama tin kosong
·         Pengaruh Barat umpama landaan ombak Tsunami
 Pepatah Arab-jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya
·         Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang setia kawan.
·         bersatu padu bagai aur dengan tebing 
·         bagaikan bangkai gajah tidak dapat ditutupi nyirunya
·         ibu bapa merupakan guru yang terbaik dan terdekat kepada anak-anak. 
·         amalan membazir itu sebahagian daripada amalan syaitan.
·         Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim
·         Agama dan moral menjadi akar tunjang
·         Tidak lengkap umpama "makan nasi tidak berlauk".
·         Melupakan jasa bagai kacang lupakan kulit".
·         mesti berusaha dengan penuh kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi di siang hari
·         seperti katak di bawah tempurung.
·         Ibu bapa sebagai kemudi dalam keluarga
·         “sebelum padi di tangan menjadi lalang” dan “ayam ditambat disambar helang”
       Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu—sabda Rasululah S.A.W

No comments:

Post a Comment