Saturday, 26 October 2013

MAKSUD RANGKAI KATA KLASIK

KEPADA ANAK MURIDKU, JIKA INGIN MENJAWAB MAKSUD RANGKAI KATA BAGI PERKATAAN KLASIK GUNAKANLAH AYAT: RANGKAI KATA BERMAKSUD................
JANGAN GUNA MAKSUD RANGKAI KATA IALAH ATAU ADALAH....NANTI TERSALAH GUNA KATA PEMERI..

MAKSUD RANGKAI KATA KLASIK
HIKAYAT PELAYARAN PENUH PERISTIWA
1.       Geliung panjang-kapal besar
2.       Bagai pucuk dilancarkan-sangat laju
3.       Bagai kumbang putus tali-sangat laju
4.       Menyampaikan cakap-memberitahu kata-kata
5.       Setelah santap-selesai makan
6.       Anak geliungnya berhimpun-anak kapal berkumpul
7.       Bajak laut-lanun
8.       Mulai gementar-telah takut
9.       Tubuh yang gementar-badan yang menggigil
10.   Tidak sedarkan diri-pengsan
11.   Bermohon kembali ke bahtera-meminta izin pulang ke kapal
12.   Tua orang tua, berakal makin tua berminyak-kian lanjut umur kian berpengalaman
13.   Tua cendawan makin tua makin busuk-kian lanjut umur kian tidak berguna
14.   Wajahnya berseri bagai purnama empat belas hari bulan-parasnya bercahaya-cahaya
15.   Nyahkan dia-usirnya
16.   Memeliharakan geliung-menyelamatkan kapal panjang
17.   Enau mencari sigai lesung mendapatkan antan-perempuan mendapatkan lelaki
18.   Memelihara geliung ini seisi-isinya-menjaga semua anak kapal panjang
19.   Melihatkan kesampaian geliung-terpandang kapal panjang tiba
20.   Masuk tangan-mencampuri urusan
21.   Termakan cakap-percaya akan kata-kata
22.   Pucuk dicita ulam pun tiba-mendapatkan sesuatu yang diharapkan secara tiba-tiba
23.   Menurunkan pertaruhannya.-meletakkan cagaran/wang

HIKAYAT INDERA NATA
1.       Terlalu sukacitanya-sangat gembira
2.       Sekalian mergastua-semua binantang
3.       Memberi bahaya-mendatangkan petaka
4.       Segerlah pergi-cepat berlalu
5.       Terlalu suka hatinya-sangat gembira perasaannya
6.       Terlalu elok parasnya-sangat sempurna wajahnya
7.       Betapa pekerjaan tuan hamba-tujuan anda
8.       Apakah pekerjaan tuan diam-mengapa membisu
9.       Demikianlah hal-begitulah keadaannya
10.   Kabullah akan perkataan-tertunailah permintaan
11.   Lagi pun sangat ia pandai berkata-kata-tambahan pula terlalu bijak bertutur
12.   Hampirlah ia datang-hendak tiba
13.   Alamat-tanda
14.   Betapa bicara-apakah pendapat
15.   Kalau didapati-sekiranya ditemui
16.   Lekas besar-cepat bertambah saiznya
17.   Mencari kehendakmu-mendapatkan keinginan
18.   Jika ada kasih-sekiranya wujud kasih sayang
19.   Segala perkakasan-semua peralatan
20.   Sekalian itu pun tiadalah-semuanya telah hilang
21.   Terlalu amarahnya-tidak dapat menahan nafsu
22.   Menangislah bercintakan dirinya-meratapi nasibnya
23.   Mencita gemala hikmat-menyeru batu sakti
24.   Datanglah bersegera-tiba dengan pantas
25.   Sahaja engakau datang menolong-kebetulan tiba membantu
26.   Sangat aku bercintakan –terlalu merindui
27.   Bercetrakan hal ehwalnya-menceritakan/memberitahu perkara yang berlaku
Tiadalah beroleh tidur- sukar tidur

No comments:

Post a Comment