Friday, 1 November 2013

FAKTA DALAM PENULISAN KARANGAN

FAKTA YANG PATUT PELAJAR TAHU
1.Jumlah warga tua iaitu individu berusia 60 tahun ke atas dijangka mencecah 3.2 juta atau 9.5 peratus daripada penduduk negara ini menjelang 2020, berbanding 2.1 juta (7.3 peratus) sekarang
2.Sehingga kini sudah terdapat 22 pusat seumpama itu di seluruh negara bagi memberi kemudahan jagaan harian kepada warga emas terutama individu yang tinggal berseorangan ketika keluarga atau penjaga keluar bekerja
3.Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Noraini Mohd Hashim, berkata pertambahan warga tua itu juga memungkinkan Malaysia mencapai status negara tua, dengan purata 15 peratus jumlah penduduknya berusia 60 tahun ke atas menjelang 2030.  Jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat berdasarkan kajian pada 2009 iaitu 72.6 bagi lelaki; wanita 77.5 berbanding 63.5 (lelaki) dan 67.1 (wanita) pada 1980.
4.Kadar jenayah yang berlaku di Malaysia majoritinya dilakukan oleh penduduk tempatan dan bukannya warga asing, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. kadar jenayah yang dilakukan pendatang asing hanyalah antara kadar 10% hingga 15%.
5. Sebanyak 111,020 kes jenayah indeks direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
6.Pelabur melihat undang-undang sebagai salah satu ciri penting sebelum membuat keputusan melabur di sesuatu negara dan Malaysia menjadi destinasi kegemaran sejak tahun 1970-an.Malaysia menarik pelaburan asing langsung (FDI) sebanyak RM34.8 bilion tahun lalu, tetapi jika pelabur merasakan kadar jenayah tidak terkawal, mereka mungkin akan melabur di negara lain,
7.Secara umumnya warga tua ditakrifkan sebagai golongan yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Aging in 1982” Vienna.
8.Ayat 14 Surah Luqman bermaksud, "kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya".

9.Hari Warga Emas disambut setiap tahun pada 1 haribulan Oktober
10.Setakat 6 Jun 2011, penduduk di Malaysia ialah sebanyak 28,532,246.
11.Utusan Malaysia melaporkan jumlah penduduk Malaysia terkini mencecah 27,565,821 orang berdasarkan maklumat Bancian Penduduk dan Perumahan Tahun 2010. Laporan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 27,565,821 orang.Daripada jumlah itu terdiri daripada 14,112,667 orang lelaki dan 13,453,154 orang perempuan dengan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 sehingga 2010 ialah 2.17 peratus. 
11.Taraf kesihatan rakyat Malaysia kian menurun dan bilangan yang menghidapi penyakit bukan berjangkit semakin tinggi.Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata,dalam tempoh lima tahun yang lalu, bilangan pesakit yang mempunyai masalah kolesterol, obesiti dan diabetes meningkat dengan begitu ketara.Namun begitu, rata-rata jangka hayat penduduk meningkat selepas negara merdeka dengan golongan lelaki dari 56 tahun kepada 74 tahun. Manakala bagi wanita pula, meningkat dari 58 tahun ke 77 tahun .
12.Satu peratus daripada keseluruhan (28.3 juta) penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
13.Seramai 16.8 juta atau 60 peratus daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk golongan kanak-kanak dan jumlah itu menunjukkan peningkatan membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus atau sebanyak 8.4 juta orang mengalami masalah obesiti manakala baki 50 peratus lagi merupakan penduduk melebihi berat badan ideal.
14.Nama-nama kempen:
 Kempen Belilah barangan buatan Malaysia
 Kempen anti-merokok, "Tak Nak" .meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok
 Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 
 Kempen Derma Darah 
 Kempen Anti-dadah
 Kempen Kitar Semula 
Kempen Gaya Hidup Sihat
Kempen Bumi Hijau
Kempen Galakan Membaca
kempen Cintailah Sungai Kita"
Kempen membaca 1 Malaysia
Kempen Hari Tanpa Beg Plastik
Kempen Cintai Alam Sekitar
 KempenKeselamatan Jalan Raya
Kempen Pandu Cermat
Kempen Rumah Selamat Musim Perayaan
KEMPEN RUKUN NEGARA
Pada 27 Januari 2006, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia. dilaksana berikutan timbulnya kepincangan masyarakat di negara ini yang boleh menjejaskan keharmonian dan semangat toleransi antara kaum. Segelintir rakyat negara ini seolah-olah mengetepikan perasaan kaum lain dengan mengeluarkan kata-kata berbau perkauman membabitkan pelbagai kepentingan dan isu. Jika ini tidak dihentikan ia boleh merebak.
Kempen Kami Prihatin
Dilancarkan berdasarkan usaha kerjasama antara KPWKM, Utusan Malaysia, Astro and Karyawan. Majlis akan dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri KPWKM  pada 8 April 2010Bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya lebih menghargai dan menyayangi bayi dan kanak-kanak. Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia
 Kempen Tahun Melawat Malaysia
Kempen Cuti-Cuti Malaysia 
Kempen Pengiklanan Teksi Cuti-Cuti 1Malaysia
Kempen Promosi Kraf Malaysia 
15.Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.
Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.

16.Nama-nama Kemeterian
 Kementerian Pembangunan Sosial, Belia dan Sukan Malaysia adalah kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia. Menteri bagi kementerian tersebut adalah Yang Berhormat Khairy Jamaluddin.
Kementerian Dalam Negeri Malaysia merupakan salah satu kementerian yang menitik beratkan kepentingan dalam negeri. Kementerian ini telah lama ditubuhkan dan masih beroperasi hingga kini. Agensi-agensi yang terlibat di bawah kementerian ini termasuklah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Penapisan Filem Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya. Menteri terkini adalah Ahmad Zahid Hamidi.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (secara ringkasnya KKLW) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya terkini adalah Dato' Sri Mohd Shafie Apdal.
Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang. Kementerian ini diterajui oleh YB Datuk Fadillah Yusof.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaanMalaysia. Menterinya masa kini adalah Dato' Abdul Rahman Dahlan.
Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia. Menteri Kesihatan Malaysia sekarang adalah Dato' Sri S. Subramaniam.
Kementerian Kewangan ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk mengurus pendapatan negara Malaysia dan pertumbuhan ekonomi serta pembahagian kekayaan negara yang saksama antara rakyat. Kementerian ini waujud dua menteri yang bertanggungjawab, iaitu Menteri I Dato' SriMohd Najib Tun Razak dan Menteri II Dato' Sri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah penjenamaan semula Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) berkuatkuasa pada 16 Mei 2013, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak .
Kementerian Luar Negeri Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Dato' Seri Anifah Aman.
Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Menteri I Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri II Dato' Seri Idris Jusoh.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (singkatan Bahasa Inggeris: Motour) adalah kementerian yang berada di bawah kerajaanMalaysia. Menterinya masa kini adalah Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia (singkatan:KPWKM) adalah sebuah kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada Persidangan penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita|penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan Deklarasi Beijing. Menteri yang bertanggungjawab bagi kementerian ini adalah Dato' Seri Rohani Abdul Karim.
Kementerian Pengangkutan Malaysia ialah salah satu kementerian di Malaysia. Jawatan Menteri sejak Mei 2013 dipangku oleh Hishammuddin Hussein dan timbalannya ialah Abd Aziz Kaprawi.[1] Ketua Setiausahanya pula ialah Datuk Seri Long See Wool
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dahulunya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunanperdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNKK yang terkini ialah Dato' Haji Hassan Malek
Kementerian Sumber Manusia Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang menguruskan dan membangunkan sumber tenaga pekerja. Menterinya kini adalah Datuk Richard Riot Jaem dan timbalannya Dato' Ismail Abd Muttalib
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia adalah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini ialah Senator Datuk Seri G. Palanivel dan dibantu timbalannya, Dato' Dr James Dawos Mamit.
17. Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun 2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan. Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009
18. Akta Alam Sekitar 1971 dan Akta kilang 1974 bagi mengatasi masalah kebersihan awam
19.  Kompaun maksimum sehingga RM1,000 selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) 2011 dikuatkuasakan sepenuhnya, pada masa depan

20. Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai bahawa merokok di tempat-tempat yang ditegah merokok adalah satu kesalahan di bawah Perintah Tembakau 2005 dan Peraturan-peraturannya 2007.Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda kompaun atau didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi BND1000.

3 comments: