Tuesday, 5 November 2013

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan  perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

                                                                                                                                                                                 [ 8 markah ]

SOALAN INI MEMERLUKAN CALON MENGEMUKAKAN SATU PERWATAKAN BAGI KEDUA-DUA NOVEL. MAKSUDNYA SATU PERWATAKAN BAGI SETIAP NOVEL.ADA DUA WATAK YA.

                      Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah di tingkatan 5. Berdasarkan dua buah novel tersebut terdapat beberapa perwatakan watak sampingan yang dikemukakan oleh pengarang.

      Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah watak Cikgu Farhana. Cikgu Farhana mempunyai perwatakan seorang guru yang gigih mendidik anak muridnya. Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun..Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pengarang telah memaparkan watak  Cikgu Farhana, seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya  dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk membantu anak-anak muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
           Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, antara watak yang dipaparkan oleh pengarang ialah watak Buyung. Perwatakan Buyung seperti yang digambarkan dalam novel tersebut ialah seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Buyung yang menjadi rakan kepada Mejar (B) Kamarudin dalam ATM dahulu dan kini bertugas dengan Perhilitan di Kuala Kubu Bharu telah menolong menjejaki Faridah seorang pekerja sukarela JKM dan kanak-kanak OKU iaitu Muhamad Iqbal bin Abdullah yang hilang setelah Ops PDK ditamatkan. Faridah dan Iqbal yang terlibat dalam kemalangan ketika menuruni Bukit Fraser tidak berjaya ditemui setelah dua minggu operasi menyelamatkan mereka dijalankan. Buyung telah membantu sahabat yang pernah sama-sama bertugas dengannya kira-kira 15 tahun dahulu mencari anaknya yang dipercayai ada di Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudim dan Buyung akhirnya berjaya menemui mereka bersua di sebuah perkampungan masyarakat orang Asli Temuan.

        Kedua-dua buah novel sememangnya telah memaparkan beberapa perwatakan watak sampingan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

No comments:

Post a Comment