Tuesday, 5 November 2013

WATAK SAMPINGAN


Huraikan dua perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

                                                                                                                                                                                 [ 8 markah ]
SOALAN INI MEMERLUKAN CALON MENGEMUKAKAN 2 PERWATAKAN WATAK SAMPINGAN  DARIPADA SEBUAH NOVEL YANG DIKAJI.

CARA MENJAWAB:
         Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, pengarang telah mengemukakan beberapa watak sampingan untuk menjadikan jalan cerita novel yang ditulis lebih menarik. Watak sampingan yang dipaparkan juga diberikan perwatakan yang tertentu.

        Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut watak Cikgu Farhana. Cikgu Farhana mempunyai perwatakan seorang guru yang gigih mendidik anak muridnya. Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun..Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pengarang telah memaparkan watak  Cikgu Farhana, seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya  dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk membantu anak-anak muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

      Selain itu, Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia segera pulang sebaik sahaja mendapat tahu ibunya sakit pada waktu tengah hari. Ketika di sekolah.  Dia pulang menaiki bas ke Kuantan dan sanggup tidur di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit lelah. Dia berasa cemas dengan keadaan ibunya yang tercungap-cungap ketika berbual dengan Fuad. Dia melarang ibunya daripada banyak bercakap. Dia juga menyuapkan bihun sup yang dibelinya ke mulut ibunya.


     Berdasarkan ke dua-dua contoh tersebut, jelas menunjukkan pengarang telah memaparkan beberapa perwatakan watak sampingan untuk menjadikan jalan cerita novel lebih menarik.

No comments:

Post a Comment