Monday, 4 November 2013

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT
Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari.

                                                                                                                        [ 8 markah ]
SOALAN INI MEMERLUKAN CALON MENGEMUKAKAN 2 LATAR MASYARAKAT DARIPADA SEBUAH NOVEL YANG DIKAJI.

CARA MENJAWAB:
         Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, pengarang telah menggunakan pelbagai latar masyarakat  bagi menjadikan jalan cerita novel yang ditulis lebih menarik.
        Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah latar masyarakat guru yang gigih mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, pengarang telah memaparkan watak  Cikgu Farhana, seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya  dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk membantu anak-anak muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Fuad juga telah menunjukkan sikap masyarakat guru yang  gigih apabila beliau memberikan kelas tambahan sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran.(3m)
      Selain itu, latar masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain juga dipaparkan oleh pengarang dalam novel ini. Sebagai contoh, latar masyarakat ini ditunjukkan oleh watak utama novel iaitu Fuad atau Abdul Halim.  Sebagai masyarakat kampung yang tinnggal di kampung Danau Seberang, Fuad telah membantu Borhan dan Masnah. Sebaik sahaja Fuad mendapati Borhan tidak datang solat berjemaah di surau, beliau telah ke rumah Borhan dan bertindak membantu Muhammad Alif anak Borhan yang demam ke Klinik Ihsan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dengan menyewa kereta sewa Pak Omar. Sebagai masyarakat yang prihatin dengan kesusahan orang lain, Fuad juga telah membayar bil rawatan anak Borhan.(3m)

      Berdasrkan ke dua-dua contoh tersebut, jelas menunjukkan pengarang telah menggunakan beberapa latar masyarakat untuk menjadikan jalan cerita novel lebih menarik

No comments:

Post a Comment