Tuesday, 5 November 2013

PERSAMAAN LATAR MASYARAKAT DALAM DUA BUAH BUAH NOVEL

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,  huraikan persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]
SOALAN INI MEMERLUKAN CALON MENYATAKAN PERSAMAAN LATAR MASYARAKAT BAGI KEDUA-DUA NOVEL.

         Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah dan novel Kabus di perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah di tingkatan 5. Berdasarkan dua buah novel tersebut, terdapat persamaan latar masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang.
        Antara pesamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut ialah latar masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjayaDalam novel Melunas Rindu, Farhana, Fuad, Cikgu Abas, Cikgu Zamani bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Setia. Cikgu Farhana, seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya  dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk membantu anak-anak muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Fuad juga telah menunjukkan sikap masyarakat guru yang  gigih apabila beliau memberikan kelas tambahan sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran.Selain itu, pengarang juga memaparkan masyarakat yang berkerja sebagai ahli perniagaan. sebagai contoh. Robert Lim  bapa kandung Fuad ialah seorang ahli perniagaan yang mengalami masalah seperti masyarakat peniaga yang lain dan Peter Lim adik Robert Lim pula bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah. Dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, Azrul ialah seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan sehingga mendapat anugerah gelaran Datuk, Kamarudin pupa merupakan bekas tentera yang berpangkat Mejar yang pernah bekerja sebagai Pegawai Atase di Pontianak.

      Selain itu, terdapat juga persamaan latar masyarakat yang lain iaitu latar masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Dalam novel Melunas Rindu, latar masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain ditunjukkan oleh watak utama novel iaitu Fuad atau Abdul Halim.  Sebagai masyarakat kampung yang tinggal di kampung Danau Seberang, Fuad telah membantu Borhan dan Masnah. Sebaik sahaja Fuad mendapati Borhan tidak datang solat berjemaah di surau, beliau telah ke rumah Borhan dan bertindak membantu Muhammad Alif anak Borhan yang demam ke Klinik Ihsan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dengan menyewa kereta sewa Pak Omar. Sebagai masyarakat yang prihatin dengan kesusahan orang lain, Fuad juga telah membayar bil rawatan anak Borhan. Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, Buyung yang menjadi rakan kepada Mejar (B) Kamarudin dalam ATM dahulu dan kini bertugas dengan Perhilitan di Kuala Kubu Bharu telah menolong menjejaki Faridah yang hilang setelah Ops PDK ditamatkan. Buyung telah membantu sahabat yang pernah sama-sama bertugas dengannya kira-kira 15 tahun dahulu mencari anaknya yang dipercayai ada diBukit Kutu.
      Berdasarkan ke dua-dua contoh tersebut, jelas menunjukkan terdapat beberapa persamaan latar masyarakat dalam ke dua-dua buah novel.

No comments:

Post a Comment