Tuesday, 5 November 2013

LATIHAN TATABAHASA

Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin: Sebenarnya ibu Syikin sakit.

Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga. Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia. Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri dalam kalangan pelajar. Program ini menerapkan sahsiah dalam kalangan pelajar.

Tukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif,
1. Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2. Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3. Julia menjahit baju kurung itu.
4. Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5. Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6. Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.


Jawapan:
Norhayati ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalamnya. Norasyikinmeminta maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati ingintahu sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan kepadanya.Norhayati menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang sakit.
Jawapan:
1. Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia.
2. Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3. Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin ala-tentera,  pembinaan diri dan menerapkan sahsiah di kalangan pelajar
Jawapan:
1. Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2. Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3. Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4. Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5. Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.

6. Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.

No comments:

Post a Comment