Tuesday, 5 November 2013

Usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan untuk mengembalikan minat generasi muda terhadap karya-karya sastera.

Karya sastera semakin kurang diminati  akibat arus pembangunan dan pemodenan yang  begitu pesat dalam pelbagai bidang.
Huraikan usaha-usaha yang sewajarnya dilakukan  untuk mengembalikan  minat  generasi muda terhadap karya-karya sastera.

Pendahuluan

  • Dunia semakin pantas berkembang—arus permodenan semakin deras—perubahan corak hidup turut berlaku—masing-masing menumpukan perhatian terhadap sesuatu yang dianggap lebih canggih dan moden—generasi muda mengamalkan gaya hidup moden dan hari demi hari kian melupakan sesuatu yang bersifat tradisional termasuklah tidak menunjukkan minat terhadap karya sastera. Kebanyakan remaja membaca hanya sekadar untuk lulus peperiksaan—sesuatu perlu dilakukan agar karya sastera tidak terus terpinggir. 
 Isi-isi
  • Mengetengahkan kembali hasil sastera— Komponen sastera (KOMSAS) dalam sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu—usaha bijak kerajaan-pelajar didedahkan dengan karya-karya sastera—novel,puisi,prosa tradisional,drama dan cerpen.
  • Memasukkan KOMSAS dalam sukatan sekolah rendah—jika boleh pelajar sekolah rendah didedahkan dengan perkara yang sama—melentur buluh biarlah dari rebungnya.
  • Peranan pihak sekolah—mengadakan Minggu Sastera—mengadakan pertandingan menulis cerpen—mengarang sajak—menghasilkan  skrip dan sebagainya—hadiah-hadiah disediakan untuk menarik minat pelajar—memperbanyak koleksi bahan bacaan sastera di perpustakaan dan menggalakkan pelajar membaca dan meminjamnya.
  • Peranan ibu bapa—segala-galanya bermula dari rumah—ibu bapa mengadakan perpustakaan mini dan membelikan bahan bacaan sastera untuk anak-anak—ibu bapa boleh membacakan atau menceritakan semula cerpen yang dibaca bersesuaian dengan peringkat usia anak-anak—ibu bapa menjadi idola.
  • Peranan pihak kerajaan.Memang tidak dapat dinafikan bahawa, untuk menarik minat masyarakat terhadap kesusasteraan melayu, kerajaan memainkan peranan yang besar. Oleh itu, menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), kerajaan memberikan biaya yang besar untuk memastikan DBP dapat menerbitkan karya sasterawan tempatan. Kemudian, pada waktu yang sama, kita mengharapkan DBP menyebarluaskan karya yang diterbitkan itu untuk memudahkan masyarakat membelinya. Selain itu, kerajaan telah dan terus mengangkar karya yang terbaik untuk diberi anugerah seperti Hadiah Sastera Perdana. Pengiktirafan ini mampu memberi galakan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang lebih hebat. Pada waktu yang sama, karya yang diangkat sebagai penerima anugerah pula akan menjadi buruan pembaca. Karya yang baik sudah pastinya menjadi pilihan kepada pembaca untuk menatapnya. Selain itu, karya yang baik pula diterjemahkan kepada bahasa asing. Manakala karya antarabangsa asing, biasanya dalam bahasa Inggeris diterjemahkan ke bahasa kebangsaan. Menerusi cara ini, pembaca akan dapat berkongsi pengalaman dengan penulis yang berlatar belakang yang berbeza. Karya tempatan yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti Salina karya A.Samad Said, Ranjau sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, dan koleksi puisi Usman Awang
Penutup
  • Karya-karya sastera merupakan khazanah ilmu dan budaya yang sangat bernilai—di dalamnya terhimpun pelbagai peristiwa sejarah dan nilai-nilai murni yang mampu dijadikan teladan—penerapan nilai-nilai murni dalam karya sastera merupakan sesuatu yang amat berharga—generasi muda perlu dibangunkan jiwa dan rohaninya menerusi pembacaan karya sastera.


8 comments: