Monday, 27 October 2014

ULANG KAJI KOMSAS SPM 2014

DRAMA
PERSOALAN
LATAR MASYARAKAT

NILAI
PERWATAKAN
GELANGGANG TUK WALI

Persoalan sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu
-Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
-Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan.
Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
-Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya.
Persoalan perasaan dengki dan khianat.
-Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.
Persoalan dendam yang berpanjangan.
-Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan bekas tunangnya
Persoalan keprihatinan  dalam kalangan masyarakat.   
-Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah
Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
-Tok Wali  mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.
Masyarakat yang beradab.
-Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya.
Masyarakat yang saling menghormati
-Ripin menghormati Tok Wali  kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
Masyarakat yang hipokrit
Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
Masyarakat yang tidak berakhlak.
-Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
Masyarakat yang taat perintah agama.
-Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Nilai ketegasan
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
Nilai taat akan perintah agama
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut.
Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali dan Siak.
Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.





Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.
Dia  seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.
1400

Persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
Persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
Persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa penyakit
Persoalan penindasan kepada golongan yang lemah
Persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi mengumpul harta kekayaan.
Masyarakat yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan yang dimiliki .
Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
Masyarakat yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja Dollah  yang susah dengan mengajar anak-anak mereka.


Nilai kesabaran
Contoh:
Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
Nilai tolong-menolong
Contoh:
Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

Nilai menghargai barangan tempatan
Contoh:
Dollah yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
Nilai kasih sayang
-antara suami isteri
Contoh:
Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
Nilai ketaatan
Contoh:
Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.
Nilai kesedaran/keinsafan-Dollah sedar akan kesilapannya

DOLLAH
Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
Seorang yang sombong apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak walaupun dia mempunyai harta yang banyak
FORUM REMAJA

Persoalan remaja  sebagai  pemimpin negara pada  masa hadapan.
Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.
Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai  keagamaan dalam kehidupan.
Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.
Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020.
Masyarakat  kampus - Salmah, Chandran dan Chong.
Masyarakat  dari planet Utopia -  Makhluk Utopia 1 dan 2.
Masyarakat  yang bijak berhujah -  Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.
Masyarakat  remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong   menunjukkan cintanya kepada tanah air.

























Nilai keberanian -  Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.
Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang.
Nilai baik hati -  Makhluk Utopia   baik hati dengan menasihati  dan  memberi teguran kepada penduduk bumi
SALMAH
Berfikiran positif  dan terbuka ,
 berani  dan petah ketika berbicara
mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan
TIANG CENGAL DINDING SAYUNG

Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
Persoalan kejujuran dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Masyarakat penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan.

Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.


Nilai kasih sayang
-kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.
Nilai kesetiaan
-seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti  suaminya yang hilang.
Nilai hormat-menghormati
- Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.
Nilai nasihat-menasihati. 
-Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya.
Nilai tanggungjawab
-anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

JIMAH
Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.

Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.

PELAYARAN PENUH PERISTIWA

                  Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi  dengan memberi alasan bahawa  dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.
                  Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak  berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora. Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.
                    Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang  Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa bertukar menjadi air manis.
                     Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan dengan  menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
                 Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan  wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung.  Setelah dijamu makan dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu  kembali ke bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam seekor ayam.  Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri.
                 Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji  ayam lawan sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.






OPU DAENG MENAMBUN
Bab III

                Kisah bermula dengan pelayaran Opu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.

Bab IV
                Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Opu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung Opu Daeng dan lima bersaudara sampai  ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman Opu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu Daeng berlima telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Opu Daeng berlima.

Bab V
                Opu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng berlima bersetuju dengan syarat  apabila  menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Opu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

Bab VI
                Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut untuk Opu Daeng. Opu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis.  Raja Kedah yang baru mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan  dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.


Bab VII
                Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas Opu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi  bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.


Bab VIII
                Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan  anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX
                Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan.  Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

Harga Remaja

MAKSUD:
Rangkap 1                
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi nilainya dalam meniti kehidupan.

Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.

Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih menuntut ilmu.

Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang berguna.

Persoalan tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Persoalan jati diri remaja.
Persoalan keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
Persoalan hala tuju hidup dalam diri remaja..Zaman remaja dapat diisi dengan sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.

Nilai keberanian. Remaja perlu berani untuk menghadapi cabaran
Nilai kegigihan. Remaja mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
Nilai kebijaksanaan. Remaja perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.

Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Kita mestilah rajin berusaha dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
Kita hendaklah berani menempuh dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian, remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
Di Perpustakaan

Rangkap 1
Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Rangkap 2
Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu yang ada di dunia.
Rangkap 3
Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.
Persoalan pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
Persoalan tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
Persoalan cinta akan ilmu pengetahun
Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.
Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu pengetahuan.
Nilai bertanggungjawab  contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan
Kita hendaklah tekun semasa menuntut ilmu.
Kita hendaklah meneliti minat untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
Kita hendaklah memiliki kegigihan dalam usaha mengejar ilmu.
Kita hendaklah rajin mengunjungi perpustakaan.










Mahsuri

MAKSUD
Rangkap 1
Sajak ini  mengisahkan tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi. Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya. Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.

Rangkap 2
Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan kesusasteraan tanah air tercinta.
Persoalan fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi putih.

Persoalan sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.

Persoalan sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi hasil sastera yang bernilai.

Persoalan mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan nama Langkawi diserata dunia.













Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai warisan negara yang bernilai tinggi.
Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang sangat setia kepada suaminya.
Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.

Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.
Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.
Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang pembangunan negara.

Pantun Empat Kerat (Budi)

Rangkap 1
Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.
Rangkap 2
 Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia.
Rangkap 3
Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.
Rangkap 4
Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat.
Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
 Persoalan ketinggian nilai budi.
Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan
Nilai menghargai budi.
Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada.
Nilai keikhlasan.
Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain.
Kita haruslah  berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat.
Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera.
Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.

Pantun Empat Kerat (Jenaka)

Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu  cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan.
Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang
Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang  yang melakukan sesuatu di luar  kemampuan.
Rangkap 5
Perasaan hairan yang timbul apabila  orang bawahan  berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.
Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga.
Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa .
Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.

Nilai bertanggungjawab
Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
Nilai kegigihan
Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Nilai rasional
Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara.

Kita haruslah  bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni.
Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
Kita haruslah berfikir dan bertindak  secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain
Syair Siti Sianah

Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat  mereka untuk membuatkan  lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui  Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.
Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
Persoalan ketaaatan kepada  Allah. 
Persoalan kesan buruk perjudian. 
Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 
Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Seseorang wanita  haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat

Gurindam 12 Fasal Keenam

Rangkap 1
Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap 2
Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan.
Rangkap 3
Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap 4
Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru .
Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia

Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
Nilai ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami.
Nilai keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.

Kita haruslah  mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
Seseorang suami  haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan.

Seloka Emak Si Randang

Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan  makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu  pergi, Emak Si Randang  terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.

Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan
Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan .
Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.

Nilai kebijaksanaan. - Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran  dalam melakukan sesuatu tindakan
Nilai bertanggungjawab - Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
Nilai berbudi - Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..

Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni.
Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.
Kita hendaklah melayan  tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

No comments:

Post a Comment