DRAMA
|
PERSOALAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
NILAI
|
PERWATAKAN
|
|
GELANGGANG
TUK WALI
|
Persoalan
sikap hormat –menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang
berilmu
-Ripin
amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
Persoalan
budaya warisan bangsa yang diremehkan.
-Ada
sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam
majlis perkahwinan.
Persoalan
masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
-Piee
yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau
oleh ibu bapanya.
Persoalan
perasaan dengki dan khianat.
-Ada
pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan
di rumah Haji Kodri.
Persoalan
dendam yang berpanjangan.
-Siak
masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin
dengan bekas tunangnya
Persoalan
keprihatinan dalam kalangan
masyarakat.
-Tok
Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa
meminta sebarang upah
|
Masyarakat
yang mempertahankan warisan bangsa.
-Tok
Wali mengajarkan ilmu silat supaya
dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.
Masyarakat
yang beradab.
-Tok
Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis
kenduri di rumahnya.
Masyarakat
yang saling menghormati
-Ripin
menghormati Tok Wali kerana memiliki
ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali dengan sopan.
Masyarakat
yang hipokrit
Siak
menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
Masyarakat
yang tidak berakhlak.
-Piee
menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
Masyarakat
yang taat perintah agama.
-Tok
Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.
|
Nilai
ketegasan
Tok
Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji
Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah.
Nilai
keberanian
Tok
Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
Nilai
taat akan perintah agama
Tok
Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan
solat sunat.
Nilai
hormat-menghormati
Ripin
menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
Nilai
bertanggungjawab
Tok
Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat
kepada anak-anak muda kampung tersebut.
Nilai
tolong-menolong
Ripin
membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok
Wali dan Siak.
Nilai
keprihatinan
Tok
Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti
menggali kubur dan memandikan jenazah.
|
Dia
seorang yang tegas dengan pendirian
Tok
Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun
dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam.
Dia seorang yang berani.
Tok
Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
Dia
seorang yang pantas bertindak
Tok
Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
Dia
seorang yang taat akan perintah agama.
Tok
Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan
solat sunat.
Dia
seorang yang suka membantu orang lain
Tok
Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa
meminta upah.
|
|
1400
|
Persoalan
kepincangan masyarakat memilih kepada orang yang berharta
Persoalan
keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
Persoalan
pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna dan membawa
penyakit
Persoalan
penindasan kepada golongan yang lemah
Persoalan
penipuan kepada orang yang kurang berilmu
|
Masyarakat
yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampung demi
mengumpul harta kekayaan.
Masyarakat
yang sombong dengan kekayaan / kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan
kekayaan yang dimiliki .
Masyarakat
yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya
menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
Masyarakat
yang mementingkan diri . Dollah tidak membenarkan isterinya Intan Siti
Rahimah membantu bergaul dengan orang susah.
Masyarakat
yang saling membantu. Intan Siti Rahimah ingin membantu keluarga pekerja
Dollah yang susah dengan mengajar
anak-anak mereka.
|
Nilai
kesabaran
Contoh:
Soud
meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.
Nilai
tolong-menolong
Contoh:
Intan
Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.
Nilai
menghargai barangan tempatan
Contoh:
Dollah
yang tidak menggunakan batu mamar dari Langkawi untuk membuat rumah
sebaliknya memilih batu mamar dari Itali.
Nilai
kasih sayang
-antara suami isteri
Contoh:
Tuan
Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.
Nilai
ketaatan
Contoh:
Intan
Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya iaitu Dollah semasa mengandung.
Nilai
kesedaran/keinsafan-Dollah sedar akan kesilapannya
|
DOLLAH
Seorang
yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan. Dollah sudah tidak mengambil
berat tentang solat setelah dia menjadi kaya.
Seorang
yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu
orang-orang kampung mengajar anak-anak jirannya yang susah..
Seorang yang sombong
apabila mempunyai kekayaan. Dollah marah apabila semua pinangannya ditolak
walaupun dia mempunyai harta yang banyak
|
|
FORUM
REMAJA
|
Persoalan remaja
sebagai pemimpin negara
pada masa hadapan.
Persoalan tentang
kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.
Persoalan tentang
kepentingan penghayatan nilai
keagamaan dalam kehidupan.
Persoalan
semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.
Persoalan tentang
jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk
merealisasikan Wawasan 2020.
|
Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong.
Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.
Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk
Utopia.
Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah
Chong menunjukkan cintanya kepada
tanah air.
|
Nilai keberanian
- Tiga sahabat berani berhujah dengan
makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara.
Nilai cinta akan
tanah air - Tiga sahabat
menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan
datang.
Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan
memberi teguran kepada penduduk bumi
|
SALMAH
Berfikiran positif
dan terbuka ,
berani dan petah ketika berbicara
mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong
yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan
|
|
TIANG
CENGAL DINDING SAYUNG
|
Persoalan
kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
Persoalan
sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
Persoalan
simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
Persoalan
kejujuran dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
Persoalan
sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup.
Persoalan
kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
|
Masyarakat
penyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang
tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.
Masyarakat
yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi
keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
Masyarakat
yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya
masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul
sebagai akauntan.
Masyarakat
yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur
setelah tamat cutinya.
|
Nilai
kasih sayang
-kepada suami. Jimah menangisi kehilangan
suaminya berterusan.
Nilai
kesetiaan
-seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah
tetap setia menanti suaminya yang
hilang.
Nilai
hormat-menghormati
- Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah
walaupun kerap dimarahinya.
Nilai
nasihat-menasihati.
-Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak
menghina Sani anak angkat emaknya.
Nilai
tanggungjawab
-anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan
Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.
|
JIMAH
Seorang
yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai
menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.
Sabar
dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan
sejak kejadian suaminya hilang di laut.
|
|
PELAYARAN
PENUH PERISTIWA
|
Kisah
bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
dengan menaiki geliung (kapal) menuju dari Negeri Bandar Mengkalih menuju ke
Negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan semua anak kapal mabuk-mabuk dan
muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si Kembang Cina, dan Awang Sulung
Merah Muda yang menyamar sebagai budak comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa meminta Si Kembang Cina memanggil Awang Sulung menggantikannya
sebagai jurumudi dengan memberi alasan
bahawa dia sudah keletihan. Pada
mulanya Awang Sulung tidak bersetuju tetapi setelah dipujuk dengan lembut
akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas sebagai jurumudi. Anehnya, Awang
Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya menyeru geliung itu supaya belayar
mengikut tiupan angin.
Setelah tiga hari belayar,
geliung itu hendak berlabuh di Pulau
Tapai untuk mengambil kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora.
Sekali lagi Awang Sulung menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang
pelanduk putih menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh
barulah penghuni geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi
menikam seekor ayam dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua
dan menyatakan bahawa dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada
serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata
jurumudi kerana sewaktu kejadian baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh
selama tiga hari tiga malam di Pulau Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji
akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang berjaya membawa geliung itu selamat
sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda iaituTuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Jurumudi menunjukkan rasa
tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
sebaliknya dia dimarahi oleh tuan puteri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba
menguji kehebatan Awang Sulung dengan menyuruhnya mengambil air dan mencari
kayu. Perkara pelik dilakukan oleh Awang Sulung kerana dia mengambil air di
tengah laut di tempat arus yang deras. Awang Sulung tidak mengambil kayu
bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh tuan puteri, sebaliknya
mengambil batang nipah. Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi
kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang
Sulung sebaliknya Tuan Puteri memerintahkan Si Kembang Cina menyiapkan
hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan apabila air
masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung suasa
bertukar menjadi air manis.
Semasa hendak meneruskan
pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak kapal memaklumkan bahawa
mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang banyak lanun. Tuanku
Nakhoda berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda dan puterinya
daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah mengambil kesempatan
dengan menonjolkan diri bahawa dia
yang akan melawan lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah
Nama, lanun menyerang. Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan
diri. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun
tetapi Awang Sulung membuat helah mengatakan beliau tidak layak kerana kaki
dan tangannya sakit. Apabila mendengar alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan limau selimpat pagar dan sabun wangi
untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi dan memakai persalinan pakaian pusaka
tua warisan bonda dan menyisip keris serta menyarung pedang sakti,
terserlahlah ketampanan Awang Sulung.
Semasa lanun-lanun cuba
menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama ketua lanun dan menyindir
mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Mendengar suara Awang
Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali Awang Sulung dan
berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk Batin Alam dan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan wang batu dan wang emas. Setelah
menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung berhasrat untuk pulang ke Bandar
Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sedih dan mengambil
tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat dihalang oleh hulubalang yang ada
di situ. Tuan puteri pengsan tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung
berpantun dengan Si Kembang Cina lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan
Awang Sulung. Setelah dijamu makan dan
minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke bahtera masing-masing. Selepas
lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali lagi dengan mengaku
dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan lanun kepada
Tuanku Nakhoda. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah selepas dia menikam
seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua
percaya penipuan jurumudi dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan
puterinya dengan jurumudi itu. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram
dengan tindakan ayahandanya yang tidak usul periksa. Apabila mengetahui
perkara sebenar Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf kepada Awang Sulung yang juga
berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan tuan puteri.
Beberapa hari selepas mereka
berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi beberapa pulau sehinggalah
sampai ke Negeri Pati Talak Terangganu. Awang Sulung dijemput naik ke darat
oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat Awang Sulung ditemani oleh
jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang Sulung yang
bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak
menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran
dan seluruh isi alam berbunyi . Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja
untuk menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir
tewas tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung ayam itu berjaya menaji ayam lawan sehingga terputus kepala.
Selesai menyabung ayam barulah Awang Sulung naik ke balairung seri, disambut
oleh pembesar dan rakyat negeri itu.
|
||||
OPU
DAENG MENAMBUN
|
Bab III
Kisah bermula dengan pelayaran
Opu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu Daeng disertai juga Sultan
Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda
dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah
berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan
Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun
bersetuju.
Bab IV
Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri
Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin bertitah kepada Opu Daeng dan lima
bersaudara menyerang Panembahan Agung Opu Daeng dan lima bersaudara
sampai ke pengkalan negeri Matan.
Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu
Panembahan Agung, Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.
Mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka menghunus keris
untuk bertikaman Opu Deang Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj
Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz berasa
serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu Daeng berlima
daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan
Hj Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu Daeng berlima
telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah
dibawa mengadap Sultan Muhamad Zainudin oleh Opu Daeng berlima.
Bab V
Opu Daeng berlima telah
berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta
pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja
Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng
berlima bersetuju dengan syarat
apabila menjadi Yang Amtuan
Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda.
Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis. Yang Amtuan Raja Kecil
terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan
terima kasih kepada Opu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan
Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng
Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak
dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.
Bab VI
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya
berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara.
Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk
mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas
bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di
negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah
perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk
mengumpul orang tersebut untuk Opu Daeng. Opu Daeng berjaya mengumpulkan
pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang
Dipertuan Raja Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara
bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yam Amtuan negeri Kedah. Namun
begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda
ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga tiga hari tiga malam
dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak kepada
orang Bugis. Raja Kedah yang baru
mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang
dijanjikan kepada mereka.
Bab VII
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh
Raja Sambas dan ingin menjodohkan antara mereka dengan adik perempuannya yang
bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas
Opu Daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas
bersama-sama Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh
Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah kampung.
Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk
berjumpa Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan
salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun
mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan sultan
Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi
Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.
Bab VIII
Setelah sekian lama di negeri
Sambas, Opu Daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini
menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan yang hebat
untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin
mengumpulkan anak-anaknya serta
saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan
penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang
yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk
Matan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan
Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.
Bab IX
Khabar berita telah sampai ke
Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.
Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan
dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh
hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah
bersama-sama hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu
membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka
berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.
|
||||
Harga
Remaja
|
MAKSUD:
Rangkap
1
Pengajak menerangkan tentang kepentingan usia remaja yang tinggi
nilainya dalam meniti kehidupan.
Rangkap 2
Penyajak mencetuskan persoalan tentang pengisian kehidupan
remaja sama ada dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut ilmu.
Rangkap 3
Usia remaja amat bernilai dan tidak boleh dibeli dengan
perjanjian. Remaja perlu teguh pendirian, berani menghadapi cabaran dan gigih
menuntut ilmu.
Rangkap 4
Remaja perlu mempunyai matlamat hidup untuk menjadi insan yang
berguna.
|
Persoalan
tentang kehidupan remaja yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Persoalan
jati diri remaja.
Persoalan
keberanian remaja dalam menempuh liku-liku kehidupan.Tanpa keberanian, remaja
susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
Persoalan
hala tuju hidup dalam diri remaja..Zaman remaja dapat diisi dengan
sebaik-baiknya dengan adanya hala tuju dan matlamat hidup.
|
Nilai keberanian. Remaja perlu
berani untuk menghadapi cabaran
Nilai kegigihan. Remaja
mestilah berusaha untuk menuntut ilmu.
Nilai kebijaksanaan. Remaja
perlu bijak menentukan hala tuju diri dalam hidup mereka.
|
Kita hendaklah mengisi masa
remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
Kita mestilah rajin berusaha
dan menuntut ilmu demi masa depan yang cerah.
Kita hendaklah berani menempuh
dugaan hidup.Remaja mestilah mempunyai keberanian kerana tanpa keberanian,
remaja susah menghadapi zaman remaja yang penuh masalah dan pengaruh.
Kita perlu mempunyai pendirian
yang tetap dan yakin akan diri sendiri.
|
|
Di
Perpustakaan
|
Rangkap
1
Penyajak menggambarkan suasana di dalam perpustakaan sangat
berbeza daripada tempat-tempat lain. Perpustakaan amat kaya dengan pelbagai
ilmu. Para pengunjungnya pula tekun menelaah.
Rangkap
2
Penyajak berasakan bahawa dirinya terlalu kerdil apabila berada
di rak buku yang mengandungi pelbagai jenis buku. Penyajak berasakan ilmu
yang dimilikinya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu yang
terdapat di perpustakaan dan dirinya tidak mugkin dapat menguasai semua ilmu
yang ada di dunia.
Rangkap
3
Penyajak berusaha mencari ilmu pengetahuan walaupun dia
mengetahui ilmu yang ada tidak akan habis diterokainya.
|
Persoalan
pelbagai khazanah ilmu yang terdapat di perpustakaan dan perlu dimanfaatkan.
Persoalan
tentang pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas bidangnya.
Persoalan cinta akan ilmu pengetahun
|
Nilai kerajinan, contohnya rajin menuntut ilmu.
Nilai ketekunan, contohnya tekun dalam mempelajari ilmu
pengetahuan.
Nilai bertanggungjawab
contohnya berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan
|
Kita hendaklah tekun semasa
menuntut ilmu.
Kita hendaklah meneliti minat
untuk mendalami sesuatu bidang ilmu.
Kita hendaklah memiliki
kegigihan dalam usaha mengejar ilmu.
Kita hendaklah rajin
mengunjungi perpustakaan.
|
|
Mahsuri
|
MAKSUD
Rangkap 1
Sajak ini mengisahkan
tentang diri Mahsuri dan sumpahannya yang menjadi lagenda di Pulau Langkawi.
Mahsuri digambarkan sebagai lambing wanita yang setia tetapi telah difitnah
akibat hasad dengki dan dendamnya terhadap orang yang menzalimi dirinya.
Sumpahan dan darah suci Mahsuri yang mengalir berwarna putih ketika dia
dibunuh telah menjadi lagenda. Setelah tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri tujuh
keturunan, kini langkawi telah membangun dengan pesat dan maju.
Rangkap
2
Penyajak menzahirkan pertikaian beberapa pendapat tentang
kewujudan Mahsuri kerana ada yang mengatakan kisah Mahsuri hanyalah khayalan
seorang seniman.Namun realitinya kisah Mahsuri itu benar dan keunikan Mahsuri
itu telah digarapkan dalam karya sastera dan akhirnya menjadikan lagenda itu
lebih mahsyur. Lagenda inilah yang menjadi batu loncatan kepada kemajuan
Langkawi. Hasil karya sastera telah memperkasa dan memartabatkan
kesusasteraan tanah air tercinta.
|
Persoalan
fitnah dalam kalangan masyarakat. Mahsuri dihukum bunuh kesan fitnah yang
menimpa dirinya. Disebabkan itu warna darahnya yang mengalir telah menjadi
putih.
Persoalan
sumpah dan dendam. Kezaliman yang berlaku ke atas dirinya telah menimbulkan
dendam sehingga terzahirnya sumpah Mahsuri tujuh keturunan.
Persoalan
sastera dan sejarah. Sejarah menjadi bukti sahih yang digarapkan menjadi
hasil sastera yang bernilai.
Persoalan
mengharumkan nama Negara di persada dunia. Lagenda Mahsuri telah memahsyurkan
nama Langkawi diserata dunia.
|
Nilai menghargai. Sejarah dan sastera perlu dihargai sebagai
warisan negara yang bernilai tinggi.
Nilai kesetiaan. Mahsuri digambarkan sebagai seorang isteri yang
sangat setia kepada suaminya.
Nilai patriotisme. Perasaan cinta akan sejarah dan sastera
penting dalam pembinaan negara bangsa yang berjaya.
|
Kita hendaklah menghargai sejarah dan sastera kerana
kedua-duanya mempunyai kebaikannya kepada pembangunan negara.
Janganlah kita suka menfitnah seseorang tanpa usul periksa.
Kita hendaklah berfikiran kreatif dalam usaha merancang
pembangunan negara.
|
|
Pantun
Empat Kerat (Budi)
|
Rangkap
1
Seseorang
yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.
Rangkap
2
Seseorang yang berbudi akan terus menjadi
sebutan walaupun telah meninggal dunia.
Rangkap
3
Walaupun
hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang.
Rangkap
4
Perasaan
kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka
berterusan ke akhir hayat.
|
Persoalan
budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia.
Persoalan ketinggian nilai budi.
Persoalan kasih
sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan
|
Nilai menghargai budi.
Budi yang ditabur oleh seseorang akan
dikenang walaupun orang itu telah tiada.
Nilai keikhlasan.
Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan
lain.
|
Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung
oleh masyarakat.
Kita mestilah ikhlas menabur budi agar
kehidupan lebih sejahtera.
Kita hendaklah menghargai budi yang
dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan.
|
|
Pantun
Empat Kerat (Jenaka)
|
Rangkap 1
Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun
memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur.
Rangkap 2
Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti
dia akan ditertawakan.
Rangkap 3
Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa
setelah kuasanya telah hilang
Rangkap 4
Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar kemampuan.
Rangkap 5
Perasaan hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada
seseorang pemimpin yang berpengaruh.
|
Persoalan tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan
rumah tangga.
Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan.
Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa.
Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar
biasa .
Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian.
|
Nilai
bertanggungjawab
Seseorang isteri
bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik.
Nilai kegigihan
Seseorang yang
gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya.
Nilai rasional
Seseorang yang
rasional dalam melakukan sesuatu perkara.
|
Kita
haruslah bertanggungjawab menguruskan
rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni.
Kita mestilah
gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah.
Kita haruslah berfikir dan
bertindak secara rasional agar tidak
mendatangkan masalah kepada orang lain
|
|
Syair
Siti Sianah
|
Rangkap 1
Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika
berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka
juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.
Rangkap 2
Terdapat segelintir wanita yang ketawa
mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya
supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.
Rangkap 3
Ada sesetengah wanita yang suka bersolek
dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat
wajah mereka.
Rangkap 4
Terdapat segelintir wanita yang tidak
begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung
seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.
Rangkap 5
Ada sesetengah wanita yang berperangai
buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan
ada yang sanggup memakai rambut palsu.
Rangkap 6
Ada juga yang melumuri bedak di kaki,
tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang
yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.
Rangkap 7
Terdapat segelintir wanita yang suka
dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk
menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8
Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan
tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.
Rangkap 9
Kita hendaklah memohon perlindungan
daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan
dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.
Rangkap 10
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga
tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.
Rangkap 11
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga
mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.
|
Persoalan
sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
Persoalan
ketaaatan kepada Allah.
Persoalan
kesan buruk perjudian.
Persoalan
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
|
Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak
ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai.
Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam
penampilan diri.
Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh
seseorang harus berlandaskan agama.
Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan
menerima kekurangan diri.
|
Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar
dihormati oleh orang lain..
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam
penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak
menimbulkan fitnah.
Kita tidak harus terlibat dengan sebarang
aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.
Seseorang wanita haruslah menjaga batas
pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat
|
|
Gurindam
12 Fasal Keenam
|
Rangkap
1
Saranan
supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap
2
Saranan
agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat
menyelesaikan setiap kemusykilan.
Rangkap
3
Saranan
supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap
4
Saranan
agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
|
Persoalan
kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
Persoalan
kebijaksanaan dalam memilih guru .
Persoalan
kepentingan mempunyai isteri yang setia
|
Nilai kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat,
guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
Nilai ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia kepada
suami.
Nilai keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam
menjalinkan perhubungan.
|
Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan
bersama-sama ketika susah dan senang.
Kita mestilah berguru dengan orang yang
benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita.
Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia
agar perhubungan mereka berkekalan.
|
|
Seloka
Emak Si Randang
|
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang
baik hati. Dia rela memasakkan makanan
untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup
berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah
jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya
sendiri. Setelah orang dagang itu
pergi, Emak Si Randang terpaksa
menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak
menjadi.
|
Persoalan
rasional ketika melakukan sebarang tindakan
Persoalan
pembaziran yang perlu dielakkan .
Persoalan
tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga.
|
Nilai kebijaksanaan. -
Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan
Nilai bertanggungjawab - Seseorang
ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak.
Nilai berbudi - Kita
disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada..
|
Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar
dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih
harmoni.
Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang
rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk.
Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak
berlakunya pembaziran.
|
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.
Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris
Monday, 27 October 2014
ULANG KAJI KOMSAS SPM 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laman Guru Cemerlang
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:
Kecekapan berkomunikasi
Kecekapan berhujah dan membidas
Kecekapan berbincang dan mengulas
Kecekapan menyoal
Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
Kecekapan membina ayat
Kecekapan menulis
Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa
5 Seminar Bahasa Melayu 2011
Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.
Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran
6 Seminar Bahasa Melayu 2011
dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
No comments:
Post a Comment