Pengenalan
Konsep
Kajian tindakan merupakan suatu kajian
yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam
situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui
tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau
meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman
mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Kajian
tindakan melibatkan proses merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.
Rasional
Budaya penyelidikan dalam
kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek kajian tindakan merupakan satu
kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan yang
berterusan dalam suasana kerja yang kolaboratif.
Pelancaran
PIPP 2006 – 2010 pada 16 Januari 2007
yang mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuh sistem pendidikan
negara melalui terasnya yang ke- 5 iaitu “Memartabatkan Profesion Keguruan” ada
kaitan dengan kajian tindakan. Teras 5 ini memberi fokus untuk menghasilkan
guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti
di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan
intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru. PIPP menyarankan “guru
perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam
melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan
kualiti pendidikan.”
Tujuan
Menyedari
peri pentingnya meningkatkan kualiti
dalam amalan pengajaran dan pembelajaran warga pendidik di Sekolah Tinggi Muar, dan
menyahut saranan Pengarah Pelajaran Johor iaitu Satu Guru Satu Kajian Tindakan,
maka pihak pengurusan sekolah telah mengambil inisiatif memberikan pendedahan
tentang aspek kajian tindakan kepada
warga pendidik pada 10 Januari 2009 dengan mengundang pensyarah dari Institut Perguruan Tun Hussein
Onn Batu Pahat, Johor.
Implikasi Kursus
Hasil daripada pendedahan yang diberikan
guru-guru Sekolah Tinggi Muar telah mengorak langkah menghasilkan kajian
tindakan mengikut bidang pengajaran masing-masing. Seramai 46 orang guru telah berjaya
menghasilkan kajian tindakan mereka dan dua daripada kajian tindakan tersebut
telah terpilih mewakili Daerah Muar dalam Seminar Kajian Tindakan Peringkat
Daerah Muar yang diadakan di Hotel Straits Meridian Melaka. Guru yang terpilh ialah Puan Tuminah Binti
Baharom (Mata Pelajaran Bahasa Melayu) dan Puan Siti Haiyu Binti Ismail (Mata
Pelajaran Kimia). Projek Kajian Tindakan ‘Meningkatkan Kemahiran Mengesan Isi
Tersurat Dalam Penulisan Rumusan Bagi Pelajar Tingkatan 5 Jauhari Dengan
Menggunakan Kaedah KKPW’ (Mata Pelajaran Bahasa Melayu) telah mendapat Naib
Johan dan Pembentang Terbaik di seminar tersebut dan telah mewakili Daerah Muar
ke peringkat negeri.
Kesimpulan
Konklusinya, untuk meningkatkan peranan
guru di dalam bilik darjah, guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian pengajaran
mereka. Secara umumnya, guru boleh menjadi efektif dalam penyampaiannya dengan
membuat adaptasi terhadap situasi setempat. Hal ini demikian kerana pendekatan bagi satu kumpulan pelajar
yang baik mungkin tidak boleh digunakan bagi satu kumpulan pelajaran yang
lemah. Bagi membolehkan guru efektif, maka mereka perlu sentiasa memikirkan
pendekatan baru dan menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak pelajar.
Penggunaan kaedah kajian tindakan boleh menjadi satu platform bagi guru menuju
ke arah penambahbaikan keberkesanan.
Pihak pengurusan sekolah amat mengharapkan
warga pendidik di Sekolah Tinggi Muar terus menyuburkan budaya kajian tindakan
bagi meningkatkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah pada
masa-masa akan datang. Sehubungan dengan itu, guru-guru diminta menghasilkan
kaiian tindakan masing-masing dan berkongsi ilmu. Pihak pengurusan sekolah juga
mengharapkan hasil kajian dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan di bilik darjah
demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.
To
improve is to change….To change people is to educate them….
No comments:
Post a Comment