RUMUSAN KARANGAN
- Soalan rumusan karangan merupakan soalan yang ditanyakan dalam
Kertas 2 Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
- Soalan ini merupakan soalan 1
·
Markah penuh :
30 markah (Isi=20 dan Bahasa=10)
·
2 markah diberi bagi setiap isi yang tepat.
·
Markah bahasa diberi separuh daripada markah
isi
·
Jumlah perkataan-tidak
melebihi 120 perkataan.
·
Dicadangkan 4 perenggan (pengenalan, isi
tersurat, tersirat dan kesimpulan)dengan selang sebaris antara perenggan.
Rasionalnya supaya pemerika dan calon lebih mudah menyemak isi dan jawapan.
·
Tuliskan jumlah patah perkataan di bahagian
bawah sebelah kanan jawapan rumusan anda. Gunakan bahasa yang mudah, padat dan
tepat. Elakkan daripada melakukan sebarang kesalahan tatabahasa. Tulisan perlu
kemas dan mudah dibaca.
Contoh
soalan rumusan karangan:
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti., kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab berlakunya keracunan makanan dan
langkah-langkah pencegahan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kes keracunan makanan terutamanya di
sekolah semakin kerap disiarkan oleh pihak media
sejak
akhir-akhir ini. Isu ini bukanlah suatu
perkara yang baharu, tetapi telah menjadi suatu isu lapuk yang telah lama diperbincangkan oleh pihak-pihak yang
terlibat. Keracunan makanan bukan sahaja
berlaku di sekolah, tetapi di mana-mana sahaja apabila berlaku pencemaran
makanan terhadap makanan yang dimakan.
Keracunan makanan berlaku apabila
seseorang individu mengambil makanan atau minuman yang telah tercemar oleh
bakteria, virus dan organisma berbahaya.
Malah penggunaan bahan kimia dan bahan beracun yang semakin berleluasa
terhadap sayuran bagi pencegahan serangga perosak juga antara penyebab
keracunan makanan. Antara bakteria yang
sering menyebabkan keracunan makanan adalah seperti Staphylococcus aureus, Salmonella, Escherichia coli, Clostridium
perfringens, Bacillus cereus, Vibrio parahaemolyticus dan Camphylobacter. Bakteria dan virus yang memasuki tubuh akan
menghasilkan toksin serta meningkatkan bilangannya di bahagian usus
manusia. Toksin memberikan kesan
langsung pada lapisan usus, menyebabkan peradangan dan seterusnya menimbulkan
gejala keracunan makanan.
Gaya hidup masyarakat kini mendorong budaya
makan di luar menjadi suatu fenomena biasa. Situasi ini meningkatkan risiko
keracunan makanan berbanding dengan mengamalkan amalan makan di rumah. Pengabaian
aspek kebersihan diri oleh pengendali makanan dengan kuku yang kotor dan
panjang, rambut tidak terurus dan tidak memakai pakaian yang sesuai
menggalakkan keracunan makanan terjadi.
Malahan, ada pula premis makanan yang kotor dan pengusahanya tidak membuang
sampah dengan sempurna. Makanan yang
dijual pula terdedah tanpa ditutup dan
ini mengundang kehadiran lalat dan bakteria.
Makanan yang tercemar dapat dikenal pasti melalui beberapa cara seperti
rupa dengan adanya tompok-tompok kulat. Warna makanan bertukar kehijau-hijauan,
seperti pada daging atau ayam. Tekstur
dan bau sesuatu makanan juga menjadi kurang enak.
Sikap pengendali makanan yang sering
menyentuh makanan yang telah siap
dimasak secara langsung semasa menghidangkan makanan juga akan menyebabklan keracunan terjadi. Perbuatan menghisap
rokok, batuk dan meludah semasa menyediakan makanan atau mengendalikan makanan turut menjadi penyebab keracunan
makanan. Sementara itu, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna akan
menyebabkan berlakunya pembiakan mikroorganisma berbahaya terutamanya pada
bahan makanan yang berprotein tinggi seperti daging, ayam, makanan laut, telur,
dan hasil tenusu.
Seseorang yang mengalami keracunan makanan
akan menunjukkan beberapa gejala dan gejala ini akan dialami oleh pesakit
bermula beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar. Gejala yang terjadi berbeza mengikut individu
bergantung pada ketahanan seseorang, jenis toksin yang terdapat dalam makanan
dan jumlah makanan yang diambil.
Keracunan makanan mudah menyerang bayi, kanak-kanak, warga tua dan
individu yang mempunyai imuniti ang
rendah terhadap penyakit.
Kesimpulannya,isu keracunan makanan dapat
diatasi jika semua pihak terutamanya pengendali makanan memainkan peranan yang
sewajarnya. Utamakanlah kebersihan dan mencegah itu lebih baik daripada
mengubatinya.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana “Keracunan
Makanan,” Dewan Siswa, Oktober,
2007)
MEMBINA PENDAHULUAN RUMUSAN
Menulis
ayat pendahuluan
•
Pendahuluan rumusan perlu
mengandungi pernyataan isi tersurat yang merupakan isu yang dibincangkan dalam
petikan yang diberi.
Kaedah
menulis bahagian pendahuluan rumusan
- Baca dan fahami arahan soalan dengan teliti, kemudian kesan bahagian isi tersurat.
- Pastikan kata kunci yang terdapat dalam arahan isi
tersurat.
- Gantikan kata kunci tersebut dengan perkataan yang seerti dengannya.
- Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.
e.
Mengubah
maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan =usaha =pendekatan / strategi
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif =akibat
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan
* faedah=kebaikan=kelebihan=keistimewaan= faedah/manfaat
/ kebaikan / kepentingan
*
peranan=tanggungjawab= fungsi / tugas.
Contoh soalan dan arahan :
Baca petikan di bawah
dengan teliti kemudian
buat satu rumusan tentang faktor- faktor yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia dan langkah-langkah membanterasnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Kata kunci arahan untuk isi tersurat ialah faktor-faktor yang menyebabkan dadah
menjadi musuh utama manusia
Gantikan perkataan faktor-faktor dengan
perkataan lain yang seerti dengannya, iaitu punca-punca / sebab-sebab .
Kemudian, tulis pendahuluan rumusan.
Petikan membincangkan/tentang punca-punca yang menyebabkan dadah menjadi musuh utama manusia ..................(dalam kalangan/ di.......)
Latihan 1
1..
Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di
kawasan
bandar
dan implikasinya kepada pembangunan di
kawasan Bandar tersebut.
Pengenalan rumusan :
Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan ……………………….. yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar.
2. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
Pengenalan rumusan :
…………………………………. membincangkan -------------------------------yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang.
3. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan
tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk
memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Pengenalan rumusan
:
…………………………………………………………………………………………..membincangkan
…………………………………………………………………………………………..membincangkan
……………………………………………………………………………………………………………..
4. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengenalan rumusan
:
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
Latihan 2
- Baca petikan di bawah dengan
teliti kemudian buat satu rumusan tentang
kesan kelemahan institusi keluarga
dan langkah-langkah mengatasinya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Lengkapkan ayat pendahuluan
Petikan tentang……………………………………………………………………………..
- Baca petikan di bawah dengan
teliti kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab khidmat
sistem pesanan ringkas amat diperlukan pengguna dan
langkah-langkah menjimatkan penggunaannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Petikan tentang……………………………………………………………………………..
- Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian
tuliskan satu rumusan tentang
kepentingan
hutan bakau kepada
negara ini dan langkah-langkah
memuliharanya. Panjang
rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Petikan tentang……………………………………………………………………………..
4. Baca petikan
di bawah dengan teliti kemudian
tuliskan satu rumusan tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi keghairahan orang ramai
mengunjungi pusat beli-belah dan ciri-ciri pusat beli-belah yang selamat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan
Petikan
tentang……………………………………………………………………………..
...............................................SELAMAT
MENCUBA...............................................................
No comments:
Post a Comment