1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama.
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Jumlah markah isi tersurat dan tersirat ialah 16 markah
4. Isi tersurat boleh lebih enam tetapi markah maksimum yang dikira hanya 12 markah sahaja
5. ika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi. Manalah tahu ada isi
yang salah.
6. Jangan asingkan isi yang ada kata hubung. Anggap sahaja sebagai satu isi.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. Jika tiada tidak salah.
8. Gunakan kunci kata dan penanda wacana(KKPW) dalam soalan sebagai panduan
9. Isi yang dipilih dan tepat tidak perlu diubah
Contoh:
Baca petikan di
bawah dengan teliti , kemudian buat satu
rumusan tentang usaha-usaha menangani gejala buli dan kepentingannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Isi Tersurat:usaha-usaha menangani gejala buli
-anda perlu mengesan isi yang ada kaitan dengan usaha-usaha menangani gejala
buli yang ada dalam petikan.
Isu membuli di sekolah kembali mendapat tempat dalam media massa selepas
video membuli pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Sarawak
disiarkan dalam Youtube. Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan
sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan tentang
langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.
Sehubungan dengan itu,
penyelidik-penyelidik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), telah membangunkan indeks bagi
mengukur perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di
negara ini. Usaha ini adalah baik kerana membolehkan masyarakat melihat isu membuli ini
secara rasional dan sistematik. Kementerian Pelajaran sewajarnya memanfaatkan
kepakaran ini untuk membantu menangani kes-kes buli; sama ada yang dilaporkan
dalam media massa atau sebaliknya.
Berdasarkan kajian yang
dibuat, seseorang menjadi pembuli kerana marahkan sesuatu, pernah dibuli,
mempunyai keyakinan diri yang rendah, ingin berasa hebat dengan mengawal orang
lain dan pelbagai faktor lagi. Mangsa buli pula mempunyai ciri-ciri seperti
malu, sensitif atau tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam kes-kes tertentu,
mereka menjadi mangsa disebabkan fizikal seperti gemuk, berbadan kecil atau
kecacatan fizikal. Buli boleh berlaku
dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau
tindakan fizikal.
Selain itu, buli juga boleh
berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan
seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.Oleh itu,bagi mengelakkan gejala buli di sekolah, para pendidik perlu mengenal pasti potensi-potensi
yang mewujudkan perilaku buli di sekolah pada peringkat awal. Walau apa pun kaedah membuli dan siapa yang menjadi mangsa buli, gejala ini
memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada pelajar. Atas sebab itulah maka
gejala membuli ini harus ditangani dengan bijak oleh ibu bapa dan pendidik. Sementara
hukuman keras boleh dipertimbangkan
sebagai kaedah menangani buli, tetapi tindakan ini tidak semestinya merupakan satu instrumen yang efektif.
Lantaran itulah, maka ibu bapa dan pendidik disarankan untuk
melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Selain
itu, pelajar juga harus dilibatkan dengan gaya hidup positif
di dalam dan di luar persekitaran sekolah. Dengan cara ini, mereka akan
terdedah kepada kehidupan yang lebih luas dan ini dapat membantu mematangkan
pelajar. Pengurusan isu membuli ini haruslah dilihat dari perspektif yang betul. Buli bukanlah sesuatu yang berlaku secara
bermusim, dan pelajar yang terlibat tidak wajar dilihat sebagai gangster yang
harus dijatuhkan hukuman bunuh. Seperti juga lain-lain salah laku pelajar,
sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh
kasih-sayang dan bertujuan mendidik.
Kita harus memahami bahawa
buli ialah satu fenomena global. Buli bukan sahaja berlaku di negara ini tetapi
juga di sekolah-sekolah di luar negara. Secara ringkasnya, buli ialah merupakan
satu bentuk penyalahgunaan (abuse) yang perlu ditangani segera
Isi Tersurat:
1.Penyelidik-penyelidik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), telah membangunkan indeks bagi mengukur perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.
2.Para pendidik perlu mengenal pasti potensi-potensi yang mewujudkan perilaku buli di sekolah pada peringkat awal
3. Ibu bapa dan pendidik disarankan untuk melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik.
4. Hukuman keras boleh dipertimbangkan sebagai kaedah menangani buli,
5. Ibu bapa dan pendidik disarankan untuk melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik.
6. Sebarang hukuman yang hendak dilaksanakan kepada pembuli hendaklah dengan penuh kasih-sayang
dan bertujuan mendidik.
Nota: Anda boleh menggunakan teknik KKPW.(KK-Kata Kunci dan PW-Penanda Wacana yang ada dalam petikan sebagai panduan mengesan isi tersurat.
Tema
|
Kata
Kunci/PW
|
Faktor-faktor
|
Faktor,
Faktor lain, Pada
hakikatnya, Selebihnya, Kebelakangan ini pula , Keadaan menjadi bertambah
buruk, Selain itu, Begitu juga,disebabkan,menyebabkan
|
Cara-cara
|
di
samping, antara tindakan penting, Sehubungan dengan itu,
Langkah-langkah lain, juga, dapat,
|
Kesan-kesan
|
Telah, pula, kesan, Di samping itu, Malahan, boleh,
bukan sahaja, turut
|
Langkah-langkah
|
Seharusnya, Pada masa yang sama, juga,
perlu, Selaras dengan itu, pula
|
No comments:
Post a Comment