Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohd Kholid Hamzah. Dalam neovel ini, pengarang telah menggunakan teknik pemerian bagi menjadikan jalan cerita lebih menarik. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.
Antara contoh penggunaan teknik pemerian dalam novel ini termasuklah ketika :
(a)m.s 150
1.Pengarang menceritakan suasana di Rosewood, Christchurch, New Zealand.
2.Udara awal musim sejuk berat dan basah. Faridah terbatuk-batuk kecil. Tubuhnya dibalut dengan baju panas daripada kain bulu halus. Hangat, tetapi masih belum lagi menyelesakan.
3. Saban tahun dia akan menghadapi masalah yang sama walaupun telah 25 tahun dia berhijrah ke Negara Tanah Baharu ini. Meraka sekeluarga tinggal di kawasan perbukitan.
(b)m.s 157
1. Pengarang juga menceritakan keindahan rumah banglo yang menarik perhatian Melina di Marang.
2.Rumah bangle setingkat itu dibina daripada batu bata merah, tidak diplaster simen.
3.Atapnya daripada genting senggora, fesyen rumah lama. Berandanya paling menarik, betul-betul menghadap laut.
No comments:
Post a Comment