Tuesday, 5 November 2013

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,  huraikan  latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]
SOALAN INI MEMERLUKAN CALON MENYATAKAN  SAMA ADA PERSAMAAN ATAU PERBEZAAN  LATAR MASYARAKAT BAGI KEDUA-DUA NOVEL.

                      Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah di tingkatan 5. Berdasarkan dua buah novel tersebut terdapat beberapa latar masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang.
              Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah latar masyarakat guru yang gigih mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, pengarang telah memaparkan watak  CikguFarhana, seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris diSekolah Menengah Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya  dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk membantu anak-anak muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Fuad juga telah menunjukkan sikap masyarakat guru yang  gigih apabila beliau memberikan kelas tambahan sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak muridnya berjaya dalam pelajaran.
                  Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, antara latar masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang ialah latar masyarakat yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Buyung yang menjadi rakan kepada Mejar (B) Kamarudin dalam ATM dahulu dan kini bertugas dengan Perhilitan di Kuala Kubu Bharu telah menolong menjejaki Faridah seorang pekerja sukarela JKM dan kanak-kanak OKU iaitu Muhamad Iqbal bin Abdullah yang hilang setelah Ops PDK ditamatkan. Faridah dan Iqbal yang terlibat dalam kemalangan ketika menuruni Bukit Fraser tidak berjaya ditemui setelah dua minggu operasi menyelamatkan mereka dijalankan. Buyung telah membantu sahabat yang pernah sama-sama bertugas dengannya kira-kira 15 tahun dahulu mencari anaknya yang dipercayai ada di Bukit Kutu. Mejar (B) Kamarudim dan Buyung akhirnya berjaya menemui mereka bersua di sebuah perkampungan masyarakat orang Asli Temuan.
                  Kedua-dua buah novel sememangnya telah memaparkan beberapa latar masyarakat untuk menjadikan cerita lebih menarik.

No comments:

Post a Comment