Tuesday, 5 November 2013

HADAPI PEPERIKSAAN DENGAN TENANG



Untuk semua anak muridku dan calon peperiksaan SPM 2003:


PERSIAPAN.

Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya. Bagi yang beragama Islam, buatlah solat sunat seperti solat Hajat.

Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun. Tanamkan dalam minda ‘Anda Boleh  Berjaya' atau ‘You Can Do It'. YES BM A+
Kurangkan minum minuman seperti teh dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. Ambil segelas susu.

Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex,  kad pengenalan dan sebagainya.

Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.

Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.

Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya tidak terburu-buru.

Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak berasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.

Berzikir dan berselawat sepanjang masa. Tenang dan masuk dengan hati yang lapang.

Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.Ingat frasa menarik

Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Buatlah rangka jawapan bagi karangan. Tulis dengan jelas dan cepat

Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.

Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.

Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.



CIKGU DOAKAN KALIAN CEMERLANG A+ DAN CIKGU HALALKAN ILMU YANG DIBERI SERTA CIKGU MAAFKAN SEGALA KESILAPAN KALIAN YANG TELAH KUANGGAP SEBAGAI ANAK-ANAKKU.

No comments:

Post a Comment