Tuesday 1 March 2016

TIDUR DAN FAEDAHNYA

Tidur

  • Tidur yg mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia utk melakukan suatu aktiviti dgn cerdas dan cergas
  • Berperanan membantu tubuh kita utk pulih dari sebarang penyakit atau luka
  • Tanpa tidur yg mencukupi, seseorang akan kelihatan lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya.
  • Akibat anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
  • Tidur yg cukup bantu melakukan aktiviti-2 seharian dgn ceria dan bertenaga
  • Definisi dan Konsep Tidur
  • Tidur merupakan satu proses melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.
  • Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.
         Semasa tidur:
  • badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru.
  • Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah.
  • keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah.
  • metabolisme dlm badan rendah
  • otak juga kurang aktif
keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza:
(a) Bayi perlu tidur 16 jam sehari
(b) Remaja memerlukan 7 jam tidur
(c) Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam

Peringkat-peringkat Tidur

Tidur terbahagi kepada dua peringkat
  1. Peringkat bukan REM (Rapid Eye Movement atau pergerakan mata laju);
  2. Peringkat REM - pada permulaan tidur, kita akan menempuhi peringkat bukan REM terlebih dahulu. Peringkat ini terbahagi kepada empat fasa, bergantung kepada tahap kenyenyakan tidur.
    • Dalam peringkat bukan REM, individu yang sedang tidur tidak membuat pergerakan mata yang nyata, anggota badan boleh digerakkan manakala aktiviti otak pula adalah perlahan.
    • Apabila tidur menjadi lebih nyenyak dan mula memasuki peringkat REM, mata akan mula bergerak-gerak, sedangkan otot-otot kecuali jantung akan menjadi lumpuh untuk sementara dan aktiviti otak menjadi aktif. Mimpi biasanya terjadi di dalam peringkat ini.
    • Pusingan peringkat REM dan bukan REM akan berlaku berulang kali, setiap satu hingga dua jam sepanjang tidur seseorang individu yang sihat.
Masalah Tidur:
  • Obstructive Sleep Apnea atau henti nafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat melebihi satu minit): Ia disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersekat sementara. Penyekatan saluran pernafasan ini boleh berlaku berulang-kali semasa tidur walaupun otot-otot yang mengawal pernafasan berusaha keras untuk meneruskan pernafasan.
  • Insomnia iaitu penyakit susah tidur : pesakit biasanya berasa tidak puas dengan kualiti dan tempoh tidur.
Ciri-2 insomnia:
  • susah utk terlena kembali
  • bangun terlalu awal
  • Tidur tak lena
  • Terjaga di tengah malam
  • Susah utk tidur
Cara mengatasi masalah tidur:
  • Harus melatih diri tidur pada waktu tertentu setiap hari walaupun masih belum mengantuk
  • Sediakan persekitaran tidur yg kondusif iaitu bersih, selesa, tidak bising dan mpunyai pengudaraanyg baik
  • Eelakkan merokok, meminum mimuman keras atau kopi sebelum tidur

Keperluan

Tidur yang cukup penting untuk:
  • Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.
  • Meningkatkan daya ingatan.
  • Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
  • Menghilangkan tekanan.
  • Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain.
Tidur merupakan satu keperluan kerana ia dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang.
Kekurangan tidur, badan anda akan kurang menghasilkan hormone leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar

 KEPENTINGAN TERHADAP GAYA HIDUP SIHAT

  • Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup serta beraktiviti di waktu istirehat dan waktu senggang merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat dan sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita.
  • tidak mendapat cukup tidur dan rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti di waktu istirehat dan senggang, maka kesihatan fizikal dan mental anda akan terjejas.
  • dibiarkan berterusan akan membawa kesan yang lebih buruk pada kesihatan

Individu

  • Rehat dan tidur dapat membantu memulihkan keadaan badan setelah penat bekerja aktiviti di waktu istirehat dan senggang pula dapat menjadikan tubuh kita menjadi sihat dan cergas di samping dapat memenuhi waktu terluang dengan perkara yang berfaedah.
  • Rehat, istirehat, dan tidur juga penting untuk badan seseorang individu itu berfungsi dalam keadaan optimum (Shamsudin et al., 2002).
  • memulihkan fungsi-fungsi biokimia di dalam tubuh dan segala maklumat yang terdapat dalam sistem saraf dapat disusun semula.
  • badan akan menjadi segar dan minda anda akan menjadi tenang.

No comments:

Post a Comment