TIDUR DAN FAEDAHNYA
Tidur
- Tidur yg mencukupi akan membuatkan seseorang itu bersedia utk melakukan suatu aktiviti dgn cerdas dan cergas
- Berperanan membantu tubuh kita utk pulih dari sebarang penyakit atau luka
- Tanpa tidur yg mencukupi, seseorang akan kelihatan lesu dan tidak bermaya pada keesokan harinya.
- Akibat anda tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
- Tidur yg cukup bantu melakukan aktiviti-2 seharian dgn ceria dan bertenaga
- Definisi dan Konsep Tidur
- Tidur merupakan satu proses melelapkan mata dan merehatkan badan sepenuhnya.
- Tidur adalah satu fasa di mana manusia tidak sedarkan diri buat sementara waktu.
Semasa tidur:
- badan akan memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel tubuh serta membantu membina sel baru.
- Kadar tekanan darah menurun dan kadar denyutan jantung rendah.
- keperluan oksigen menjadi rendah lalu menyebabkan pernafasan kita menjadi rendah.
- metabolisme dlm badan rendah
- otak juga kurang aktif
keperluan seseorang individu itu untuk tidur secukupnya adalah berbeza:
(a) Bayi perlu tidur 16 jam sehari
(b) Remaja memerlukan 7 jam tidur
(c) Orang dewasa memerlukan 7 hingga 8 jam
Peringkat-peringkat Tidur
Tidur terbahagi kepada dua peringkat
- Peringkat bukan REM (Rapid Eye Movement atau pergerakan mata laju);
- Peringkat REM - pada permulaan tidur, kita akan menempuhi peringkat bukan REM terlebih dahulu. Peringkat ini terbahagi kepada empat fasa, bergantung kepada tahap kenyenyakan tidur.
- Dalam peringkat bukan REM, individu yang sedang tidur tidak membuat pergerakan mata yang nyata, anggota badan boleh digerakkan manakala aktiviti otak pula adalah perlahan.
- Apabila tidur menjadi lebih nyenyak dan mula memasuki peringkat REM, mata akan mula bergerak-gerak, sedangkan otot-otot kecuali jantung akan menjadi lumpuh untuk sementara dan aktiviti otak menjadi aktif. Mimpi biasanya terjadi di dalam peringkat ini.
- Pusingan peringkat REM dan bukan REM akan berlaku berulang kali, setiap satu hingga dua jam sepanjang tidur seseorang individu yang sihat.
Masalah Tidur:
- Obstructive Sleep Apnea atau henti nafas semasa tidur untuk beberapa ketika (beberapa saat melebihi satu minit): Ia disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersekat sementara. Penyekatan saluran pernafasan ini boleh berlaku berulang-kali semasa tidur walaupun otot-otot yang mengawal pernafasan berusaha keras untuk meneruskan pernafasan.
- Insomnia iaitu penyakit susah tidur : pesakit biasanya berasa tidak puas dengan kualiti dan tempoh tidur.
Ciri-2 insomnia:
- susah utk terlena kembali
- bangun terlalu awal
- Tidur tak lena
- Terjaga di tengah malam
- Susah utk tidur
Cara mengatasi masalah tidur:
- Harus melatih diri tidur pada waktu tertentu setiap hari walaupun masih belum mengantuk
- Sediakan persekitaran tidur yg kondusif iaitu bersih, selesa, tidak bising dan mpunyai pengudaraanyg baik
- Eelakkan merokok, meminum mimuman keras atau kopi sebelum tidur
Keperluan
Tidur yang cukup penting untuk:
- Membantu badan berfungsi dengan baik untuk bekerja keesokan harinya.
- Meningkatkan daya ingatan.
- Memberi peluang badan memperbaiki kerosakan sama ada tisu, sel atau otot.
- Menghilangkan tekanan.
- Menghilangkan rasa penat dan mengantuk semasa membawa kenderaan. Keadaan ini boleh membahayakan nyawa anda dan orang lain.
Tidur merupakan satu keperluan kerana ia dapat membantu mengurangkan berat badan seseorang.
Kekurangan tidur, badan anda akan kurang menghasilkan hormone leptin, iaitu sejenis protein darah yang bertanggungjawab mengawal selera dan rasa lapar
KEPENTINGAN TERHADAP GAYA HIDUP SIHAT
- Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup serta beraktiviti di waktu istirehat dan waktu senggang merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat dan sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita.
- tidak mendapat cukup tidur dan rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti di waktu istirehat dan senggang, maka kesihatan fizikal dan mental anda akan terjejas.
- dibiarkan berterusan akan membawa kesan yang lebih buruk pada kesihatan
Individu
- Rehat dan tidur dapat membantu memulihkan keadaan badan setelah penat bekerja aktiviti di waktu istirehat dan senggang pula dapat menjadikan tubuh kita menjadi sihat dan cergas di samping dapat memenuhi waktu terluang dengan perkara yang berfaedah.
- Rehat, istirehat, dan tidur juga penting untuk badan seseorang individu itu berfungsi dalam keadaan optimum (Shamsudin et al., 2002).
- memulihkan fungsi-fungsi biokimia di dalam tubuh dan segala maklumat yang terdapat dalam sistem saraf dapat disusun semula.
- badan akan menjadi segar dan minda anda akan menjadi tenang.
Laman Guru Cemerlang
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:
Kecekapan berkomunikasi
Kecekapan berhujah dan membidas
Kecekapan berbincang dan mengulas
Kecekapan menyoal
Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
Kecekapan membina ayat
Kecekapan menulis
Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa
5 Seminar Bahasa Melayu 2011
Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.
Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran
6 Seminar Bahasa Melayu 2011
dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
No comments:
Post a Comment