UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN
1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada
sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon
tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin.
Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi
keluarga.
2. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini terlalu
mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak di rumah berasa tersisih seperti
kata peribahasa;
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
3. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak
di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi
pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam
mengajar anaknya berjalan lurus
4. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang
tua-tua bapa
borek, anak rintik
5. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk
hijau dengan
nilai-nilai murni ini bagai
menatang minyak yang penuh kerana
anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu
cepat merebak bagai virus
epidemik
6. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu
anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna lagi.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa institusi keluarga merupakan uslub yang
represif/vital/dominan/signifikan dalam
membentuk keperibadian anak-anak.
7. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dan
tidak bersikap bagai
melepaskan batuk di tangga apabila
mendidik anak-anak.
8. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk
keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara
seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara
9. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih
cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan
pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis
segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.
10. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari
rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan
anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.
11. Aforisme(ungakapan yang tepat) bagaimana acuan begitulah kuihnya mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak
12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak
remaja tidak mahu dihimpit dengan
pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.
13.
Belakangan
ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban
waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di
negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam
untuk mendepani isu ini kerana di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
14. Semua
pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat menjadi
modal insan terbilang. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya
amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan
dapat sagunya. Sehubungan dengan itu, usaha yang sistematik dan proaktif
mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan
langkah pertama
15. Mafhum daripada sepotong hadis yang
bermaksud,jagalah masa
sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan
betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan
merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang
baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik.
Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan?
Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar
untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini
bertepatan dengan peribahasa di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan
16. Sebagai
sahmura (permata) negara, remaja
seharusnya rajin berusaha seperti lebah
menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah
pada prinsip bukan senang
untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
17. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam
kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan
seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri.
Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi
nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia
yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia
yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai
sebatang tubuh. Jika ada anggotanya
yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama
berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang
bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang.
18. Badan sihat, otak cerdas merupakan
slogan yang sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan media
massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi,
amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi
merealisasikan visi dan misi negara
menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan
misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran
yang kreatif dan berpandangan jauh
serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya
masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada
masa hadapan.
19. Budaya
kuning yang kian menular umpama virus
epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai
tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi
sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk
mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai
materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah
menyukarkan modus operandi
untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna. Setiap rakyat Malaysia memikul
tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan
kesyukuran yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai
warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan
prinsip di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung.
20. Remaja
kontemporari yang kononnya
semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas
di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir
peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka
kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga
menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi.
21.. Pusat
tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas
hujan dan ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak-anak
mereka ke pusat tuisyen yang dipercayai dapat memberi pendidikan yang terbaik
untuk anak-anak mereka, namun tepuk dada tanya selera kerana pilihan terletak
di tangan masing-masing.
22.
Kebanyakan ibu bapa hari ini ramai yang terpaksa menempuh hari-hari emas
mereka akibat dipinggirkan seperti melukut
di tepi gantang oleh anak-anak yang tidak berhati perut umpama kacang lupakan kulit.
23. Hubungan
erat antara ahli keluarga seperti isi
dengan kuku akan dapat menyelesaikan apa-apa jua masalah yang dihadapi
24. Hubungan
yang akrab antara masyarakat bagai
beliung dengan asahan amat penting bagi membentuk perpaduan.
25. Berhati-hatilah
ketika memandu kerana pandu cermat jiwa
selamat dan jangan biarkan keluarga kita menanti dalam tangisan
26. Tindakan
awal bagi menangani sesuatu itu akan mendatangkan manfaat sebaliknya jika kita
menyesal setelah sesuatu itu terjadi segala-galanya tidak akan ada manfaatnya ibarat sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
27. Sayangilah
dan hargailah nyawa anda kerana malang
tidak berbau.
28. Pengajaan
kesihatan bukan sahaja mampu menyihatkan
badan malah dapat mencergaskan minda kerana
badan sihat, otak cerdas
29. Seperkara
lagi, persis kata peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga
merupakan salah satu langkah
untuk ...............................................
30. Aforisme “hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih” membuktikan semua yang berlaku itu berada dalam ketentuan
diri kita sendiri.
31. Sejak
31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum
hidup bagai aur dengan tebing.
Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut
sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup
dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan
jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah
Mutu” untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.
32. Perpaduan
kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan negara kita.Oleh sebab itu, saya
percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati
pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.
33. Amalan
rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat
Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih
ternyata mampu menjalin hubungan yang tersedia utuh.
34. Sememangnya
menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama
menjadi bukit.
35. Mutakhir
ini, ......................................................... sering
terpampang di dada-dada akhbar seperti cendawan tumbuh selepas hujan
36. Masyarakat
kini alpa dan hidup dibuai mimpi dengan arus
globalisasi yang bercorak hedonisme
37. Sesungguhnya,
anak-anak perlu dididik dari kecil seperti kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya
38. Nyatalah
langkah awal yang diambil boleh dijadikan sebagai persediaan, bak kata
pujangga, sediakan payung sebelum
hujan.Janganlah sudah terantuk baru
terngadah.
39.
Selain itu, .................................. juga harus
bekerjasama bagai aur dengan tebing
40. Kita
perlu mengambil langkah awal untuk..................................agar tidak
menyesal di kemudian hari seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
41.
Ibu bapa perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak
kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
42. Tiada
gunanya menyesali perkara yang berlaku ibarat sudah terhantuk, baru terngadah.
43.
Segala ...................................akan menjadi
sia-sia seperti mencurahkan air ke
daun keladi.
44. Semua
pihak perlu bekerjasama dan mengamalkan sikap susah sama dipikul, ringan sama dijinjing
45. Sikap
mementingkan diri sendiri bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam setiap
sanubari anggota masyarakat
46. Sejak
kecil, kita dibesarkan bagai menatang
minyak yang penuh oleh orang tua kita.
47. Anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh
ibu bapa yang membesarkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.
48. Ibu bapa
mestilah menjauhi sikap ketam yang
mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.
49. Remaja seharusnya tidak bertindak
terburu-buru sebaliknya berfikir secara rasional sebelum mengambil tindakan
kerana kurang ringgit boleh dicari,
kurang akal habis bicara
50. Remaja
perlu menjaga maruah ibu bapa dan tidak menconteng
arang ke muka orang tua . Setiap perbuatan
mereka akan meninggalkan kesan kepada pihak lain umpama kata peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga
atau seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
51. Remaja perlu berhati-hati dengan rakan
sebaya yang bersikap negatif kerana kebiasaannya mereka mempunyai niat yang
buruk terhadap kita meskipun bersikap baik di hadpan kita ibarat ada udang di sebalik batu.
52. Apabila kita melakukan sesuatu, kita perlu
melakukannya dengan bersungguh-sungguh ibarat
alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah.
53. Sekiranya kita malas berusaha kita tidak
akan berubah selama-lamanya persis kata cendikiawan seperti kerakap di batu, hidup segan mati tidak mahu.
54. Jika remaja tidak berusaha dari sekarang,
mereka akn menempuh hidup yang sukar pada masa akan datang umpama rumput di tepi jalan.
55. Remaja tidak wajar menangguhkan usaha yang
baik kerana kerja bertangguh tidak
menjadi, kerja beransur tidak bertahan. Pepatah juga menjelaskan bertangguh itu pencuri masa.
56. Kita perlu menyanjungi dan meyayangi negara
kita kerana di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung. Segala adat dan warisan negara perlu dipertahankan bak
kata peribahasa hidup dikandung adat
mati dikandung tanah.
57. Biarpun keindahan dan keistimewaan negara
luar jelas terserlah namun hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
58. Kedaulatan negara perlu dipertahankan kerana
jika remaja alpa pihak luar yang akan mengambil kesempatan umpama menangguk di air keruh dan mereka yang akan mendapat keuntungan
ibarat jong pecah yu yang kenyang.
59. Remaja perlu bersedia menjaga negara
daripada ancaman musuh dan sanggup berkorban ibarat biar putih tulang jangan putih mata.
60. Sikap
ibu bapa sedikit sebanyak akan dicontohi oleh anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
61. Jika anak-anak tidak dibimbing dan dididik
dengan ajaran agama anak-anak akan binasa kerana pepatah ada mengungkapkan rosak bawang ditimpa jambaknya.
62. Bapa yang tidak menunjukkan sikap positif
di hadapan anak-anak akan mewarikan sikap buruknya kepada mereka kerana bapa borek anak rintik.
63. Ibu bapa tidak seharusnya menjadi seperti
ketam mengajar anaknya berjalan betul
sedangkan hakikatnya mereka sendiri menunjukkan sikap yang negatif.
64. Segala tindak-tanduk ibu bapa akan
diperhatikan dan dicontohni oleh anak-anak umpama air perabung mengalir ke atap.
65. Meskipun ada ketikanya kita beselisih
pendapat dengan keluarga hingga menimbulkan pertengkaran, namun semuanya akan
baik semula ibarat carik-carik bulu ayam
lama-lama bercantum jua.
66. Setiap ahli keluarga harus mengambil berat
jika ada anggota keluarga mereka yang bermasalah kerana apa-apa yang terjadi,
ahli keluarga lain akan turut menanggungnya umpama cubit paha kanan paha kiri pun sakit juga.
67. Jika sesama ahli keluarga berselisih faham
pihak lain yang akan mendapat manfaatnya ibarat
lesung sama antan bertelingkah ayam yang kenyang.
68. Kita msetilh menyayangi sesama ahli
keluarga dan bukannya mementingkan pihak lain ibarat rosak anak kerana menantu.
69. Peranan seorang ibu itu sangat dominan dalam
menentukan kejayaan anak-anak kerana tangan
menghayun buaian mampu mneggoncang dunia.
70. Anak-anak mestilah sedar bahawa tindakan ibu
bpa yang ada ketikanya nampak tegas dan garang, namun semuanya untuk kebaikan
anak-anak dan bukannya merosakkan mereka
kerana tiada harimau yang membaham anak.
71. Kita perlu bersikap bijak apabila
menyelesaikan masalah agar segala tindakan yang diambil tidak mendatangkan
lebih banyak masalah umpama menarik
rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.
72. Kita
hendaklah berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerana peribahasa ada
menjelaskan berjalan pelihara kaki,
bercakap pelihara lidah dan biar lambat biar selamat.
73. Semua kesukaran yang berlaku sebenarnya
hanya di peringkat awal sahaja dan semua akan menjadi mudah di saat akhir
persis kata mutiara alah bisa tegal
biasa.
74. Remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh
bagi mendapatkan kejayaaan kerana jika
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
75.. Hakikatnya semua pihak perlu menyedari bahawa
semua penyakit datangnya dari amalan pemakanan kita yang tidak sihat dan
perkara ini sememangnya sahih serta
telah pun dapat dibuktikan oleh pakar kesihatan bukannya bersuluh batang pisang tetapi bersuluh bulan dan matahari.
76. Tindakan awal membuat pemeriksaan kesihatan
dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
77. Kita perlu bijak menabung dan beringat-ingat
supaya tidak menghadapi kesukaran pada masa akan datang umpama ingat sebelum kena jimat sebelum habis
78.. Pelbagai usaha perlu diambil bagi
mengekalkan warisan negara agar tidak sirna begitu sahaja ibarat tak lekang dek
panas tak lapuk dek hujan.
79. Semua pihak perlu bertanggungjawab kerana
usaha sebelah pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil umpama bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi.
80. Warisan bangsa dan seni tidak boleh
dipisahkan daripada masyarakat majmuk di negara ini umpama ada asap adalah api.
81. Setiap pihak perlulah bersikap
biar mati anak jangan mati adat untuk mempertahankan adat dan warisan nenek
moyang
82. Segala usaha yang dibuat dengan tekun dan
istiqamah akan mendatangkan hasil yang hebat juga akhirnya kerana sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.
83. Kesibukan hidup tidak seharusnya dijadikan
alasan untuk melakukan senaman kerana di
mana ada kemahuan di situ ada jalan.
84. Remaja perlulah rajin umpama lebah mengumpul madu dan sanggup
memerah keringat serta sanggup bermandi
peluh untuk mencipta kejayaan.
85. Usaha meningkatkan kualiti barangan tempatan
mestilah berterusan dan bukan bersifat
hangat-hangat tahi ayam agar kualiti yang dihasilakan benar-benar menepati
citarasa masyarakat bukannya indah
khabar daripada rupa.
86. Setiap masyarakat seharusnya saling
membantu bagai aur dengan tebing.
87. Sikap bermuafakat dan saling membantu ibarat ke bukit ama didaki ke lurah sama dituruni
seharusnya dijadikan amalan hidup masyarakat Malaysia yang bersifat heterogen.
88. Hidup saling bermuafakat umpama serumpun bak serai seikat bak sireh
perlulah dimanifestasikan oleh kita semua.
89. Segala masalah yang diselesaikan
bersama-sama akan mendatangkan kemaslahatan kerana muafakat itu berkat
90. Rakyat Malaysia mampu mengecapi kemakmuran
seandainya mereka saling membantu ibarat
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
91. Amalan bergotong-royong dapat meringankan
tugas dan perlu dikekalkan biar pun ketika susah atau senang bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
92. Kemakmuran negara perlulah dinikmati secara
adil umama hati gajah sama dilapah hati
kuman sama dicecah.
93. Kita perlu memanfaatkan kemajuan teknologi
agar tidak ketinggalan zaman umpama
katak di bawah tempurung.
94. Amalan membaca itu dapat menambahkan ilmu
kerana membaca jambatan ilmu.
95. Ilmu yang dimiliki menjadi panduan dalam
kehidupan kerana ilmu itu pelita hidup.
96. Kita perlu menghargai masa kerana masa itu emas.
97. Jadikan amalan menabung sebagai amalan bagi
mengelakkan nasib buruk yang mungkin berlaku secara tiba-tiba kerana malang itu tidak berbau.
98. Semua masalah perlu diteliti dan
diperhalusi ibarat disigai sampai ke
langit.
99. Semua masalah yang dihadapi hanya kita sahaja
yang mengetahui kepahitnnya biar pun orang lain bersimpati dengan kita ibarat berat mata memandang berat lagi bahu yang
memikul.
100. Kita
perlu berusaha mengubah nasib diri kerana rezeki
secupak tidak akan menjadi segantang.
101. Sikap
suka menunggu sahaja tanpa berusaha seharusnya dibuang jauh-jauh, elakkanlah sikap yang berpegang
pada peribahasa tidak akan lari gunung
dikejar, hilang kabus tampaklah ia.
102. Promosi
pelancongan perlu dipergiat agar pelancong luar mengenali keunikan negara kita
kerana tak kenal maka tak cinta.
103. Hasil
kraf tangan negara kita perlulah dikekalkan dan senantiasa ditingkatkan
kualitinya dan bukannya ada tetapi tidak berupaya menandingi produk lain umpama
hidup segan mati tak mahu.
104. Tindakan
yang bijak dalam satu-satu masa boleh mendatangkan manfaat yang lain sekali gus
ibarat serampang dua mata atau sambil
menyelam minum air.
105. Kita tidak perlu bimbang jika menghadapi
kesukaran di awal tindakan kita kerana kita akan mendapat kejayaan juga pada
akhirnya ibarat berakit-rakit ke hulu
berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
106. Remaja
yang cemerlang selalunya merendah diri dan bukannya bersifat sombong. Mereka bersikap baik membawa resmi padi daripada
membawa resmi lalang.
107. Remaja yang bersahsiah mulia akan diterima
walaupun di mana mereka berada ibarat minyak
setitik, di laut sekali pun timbul jua.
108. Remaja hendaklah berusaha bersungguh-sungguh
untuk menda[patkan kejayaan ibarat gengam
bara api biar sampai menjadi arang.
109. Kita seharusnya berbelanja mengikut
kemampuan diri umpama mengukur baju di badan sendiri bukannya
mengikut kehendak hati sahaja.
110. Kita perlu pandai menyesuaikan diri ibarat masuk kandang kambing mengembek,masuk
kandang kerbau menguak.
111. Orang yang berilmu lebih mudah menyelesaikan
sebarang masalah dan jiwanya akan tenang kerana ilmu itu pelita hati.
112. Orang yang berlimu juga diberi kebolehan
untuk memahami sesuatu dengan jelas kerana hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.
113. Malaysia mampu berada sebaris dengan
negara-negara maju yang lain ibarat
duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
114. Ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan
penuh kasih sayang ibarat menatang
minyak yang penuh dan bagai menjaga intan dicanai.
115. Ibu bapa seharusnya mengambil sikap
bersederhana dalam segala tindakan kerana sayangkan
anak-anak tangan-tangankan sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
116. Remaja seharusnya bijak menyesuaikan diri
dalam dunia yang serba kompetetif ini ibarat
kalau pandai meniti buih selamat badan sampai ke seberang.
117. Remaja yang masih muda ibarat umur setahun jagung dan darah setampuk
pinang perlu dibimbing dengan sebaik-baiknya.
118. Remaja merupakan modal insan yang bakal
mewarisi saf kepemimpinan negara dan mereka perlulah menjadi insan cemerlang
demi pertiwi kerana pemuda harapan
bangsa pemudi tiang negara.
119. Usaha mendidik perlulah dilakukan seawal anak
masih kecil kerana jika mereka telah menjadi dewasa semuanya akan menjadi sukar
ibarat kata pujangga mendidik anak
semasa kecil umpama mengukir di atas batu tetapi mendidik anak ketika remaja
umpama melukis di atas air.
120. Sudah terang lagi bersuluh semua
masalah yang menjadi duri dalam daging
dan api dalam sekam perlu diatasi hingga ke peringkat akar umbi.
121. Man jadda wa jada merupakan
pepatah Arab yang maksudnya dalam bahasa melayu ialah "siapa yang berusaha, dia akan
berjaya".
122. Hamka ada berpesan kecantikan yang abadi
terletak pada keelokan adab dan ketinggin ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya
123. Rasululah S.A.W bersabda akhlak yang buruk merosakkan amal,
seperti cuka merosakkan madu
124.
Saidina Abu Bakar As-Siddiq berpesan jadilah
seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh ditepi jalan.dilempar buahnya
dengan batu,tetapi tetap dibalas dengan buah
125.
Menurut Saidaina Ali bin Abi Talib ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu
menjaga kau dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabiladibelanjakan
tetapi Ilmu bertambah apabila dibelanjakan
126.
Pepatah Cina menjelaskan menyimpang seinci,rugi seribu batu
127. Menurut Charles Cahier kejayaan tidak datang
kepada manusia yang leka
128.
Aristotle mengungkapkan adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum
129.
Menurut Hamka kata-kata yang lemah dan
beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
130.
Hamka pernah berkata bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi
darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah mulia tingkahlaku dan akal
budinya.
131. Hamka menjelaskan pergaulan mempengaruhi
didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan
orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
132.
Maksud sepotong hadis menjelaskan sesungguhnya orang yang termasuk orang yang
baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.
133.
Alexander Graham Bell menjelaskan genius
adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat
134.
Pepatah Melayu mengungkapkan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita
merasa.
135.
Kita perlu menjaga tutur kata kerana bahasa
tidak boleh dijual beli.
136. Remaja perlu memenuhkan dada mereka dengan
ilmu kerana kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga.
137.
Generasi muda perlulah menghormati warga emas yang mempunyai bayak pendgalaman
kerana mereka lebih banyak makan garam
dan dalam satu pepatah China ada menjelaskan kalau kamu tua,beri nasihat dan
jika kamu muda,terimalah nasihat.
138. Setiap cita-cita perlu diikuti dengan usaha
kerana bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan. Cita-cita
membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.
139. Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak
menggunakannya,masa akan memancung kamu. Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat
menahannya.
140.
Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang
tiada senjata.
141.
Sukarno menjelaskan pena lebih berkuasa daripada pedang.
142.
"Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah gunung
berpindah." Kalimat itu merupakan retorika Bung Karno yang menggambarkan
dahsyatnya potensi pemuda
143. Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘kita adalah
apa yang kita makan’.
144 Kita adalah apa yang kita makan’ sama
seperti yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bahawa penyakit datangnya dari
perut, yang bermaksud jika kita tidak mengawal makan minum, kita terdedah
kepada penyakit.
145..Nabi
berpesan, ‘jangan kamu makan melainkan kamu lapar dan apabila kamu makan,
jangan sampai kenyang’.
146.
Segala kemudahan sudah terhidang di hadapan mata, berusahalah untuk mendapatkan
kejayaan kerana dayung sudah di tangan,
perahu sudah di air
147.
Sekiranya kita tidak berani menghadapi risiko, janganlah berani untuk berbuat
sesuatu kerana kalau takut dilambung
ombak, jangan berumah di tepi pantai
148. Anak-anak biasanya akan mencontohi sikap ibu
bapa kerana bagaimana contoh begitulah
gubahannya
149.
Apa-apa sahaja yang kita usahakan kita akan mendapat hasilnya kerana bagaimana ditanam, begitulah dituai
150.
Tingkah laku anak-anak begitu mirip
dengan tingkah laku ibubapanya kerana bagaimana rupa begitulah bayangnya
151. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud; "Setiap
anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi,
Nasrani atau Majusi."
152.
Antara maksud firman Allah dalam
surahAl-’Alaq ayat 1-5: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
sekalian makhluk. Maksud ayat ini menunjukkan bahawa membaca, menulis dan
mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya
153.
Confucius menegaskan bahawa ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan
suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih
rendah darinya"
154.
Pepatah Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki
tetapi sebenarnya minda dan fikiran.
155. Pemikir tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca
buku bermutu itu ibarat ‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau
pemikir-pemikir besar. Buku juga dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia
masa silam dengan dunia pembaca masa ini.
156.
Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30
saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini
bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak
mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah
diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua
buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca
judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun!
157. Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik
terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I
buy food.’’.
158. Dalam sepotong hadis menjelaskan apabila mati
seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah
jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.
159. Menurut Thomas Edison “Orang yang tidak mengasah mindanya dengan
membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.”
160. Menurut Alexander of Macedon “Kita terhutang budi kepada ibu bapa yang
membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan
hidup kita sempurna.”
161. Menurut James Michener “Jangan katakan esok apabila hari ini dapat
anda lakukan kerana apabila hari ini anda berdalih, anda juga akan berdalih esok.”
162. Aristotle
pernah berkata “Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira
anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.”
163.
menurut Thomas Edison “Kecerdikan ialah
satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.”
164. Mengikut Doktor Fazilah Kamsah, pakar motivasi yang terbilang,
anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita
menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.
165. Sasterawan Negara Dato' Dr Usman Awang ada
menyebut, kalau ingin hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya
berkata-kata tetapi ke hadapan maju sekata, maju bersama.
166. Tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa kejadian
asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya.
167. Menurut
Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi
memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.
168. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah
ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt
169.
Menurut Dekan Fakulti Pengajian Awal
Kanak-Kanak, Universiti Pengurusan dan Teknologi (UMTECH), Prof Madya Dr Bustam
Kamri, kedegilan, keghairahan serta obsesi yang keterlaluan kepada televisyen
dan gajet berpunca daripada ibu bapa itu sendiri.
170 .Ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan
menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Ibu bapa seyogianya membetulkan kesilaan diri sebelum membetulkan
anak-anak agar tidak menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan
lurus sedangkan dirinya berjalan senget,
171. Peribadi
anak-anak mencerminkan sikap ibu bapa kerana jika alur di hulunya bersih, pasti
air di muaranya bersih.
172 Secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka
anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik
173 .Ibu bapa sewajarnya
menjalankan obligasinya sebagai suri teladan yang unggul
dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .
174. Nilai-nilai murni dapat menjadi benteng ampuh
dan utuh sekukuh Tembok Besar China daripada sebarang
anasir-anasir luar yang menerjah.
175.Ibu bapa tidak sewajarnya membiarkan anak-anak mereka terbiar
seperti layang-layang terputus talinya.
178. Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat
yang mujarab serta azimat penting kepada remaja
179. Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat
besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan
dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri
kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita
berkawan dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik
tetapi sebaliknya jika tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ke kancah
yang hina.
180 Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu
kawan, pilih segala orang setia kawan.
Terima kasih kerana memudahkan saya untuk membuat karangan dgn lebih cemrlang.
ReplyDeleteBagilh maksud sekali...aduhhhh
ReplyDeleteGoogle laa aduhh
DeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan🗿, anak2 spm pro max amat menghargai usaha dan gemblengan tenaga yang ditaruh dalam menghasilkan blog ini. Walaubagaimanapun, saya ingin menjamah sedikit makanan, meski telah diungkap oleh Aristotle,'adab dan sopan lebih penting dari makan dan minum'. Hakaza, saya mengundurkan diri, namun ilmu yang didapati tidaklah sirna dan mengundur dari memori saya.
ReplyDeleteMantap Tak😂?
DeleteAlhamdulillah, mantap sangat tu. Dah boleh tambah dah untuk ungkapan menarik
Delete