SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Thursday, 31 May 2012

KAJIAN TINDAKAN


PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
(PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA)

Nama pengkaji : TUMINAH BINTI BAHAROM

Tajuk Kajian:MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN YANG
                     MENEPATI KEHENDAK SOALAN DENGAN MENGGUNAKAN KAAEDAH JADUAL
                     4 AYAT.

MEREFLEK
Saya mengajar di kelas 5 INTELEK bagi mata pelajaran BAHASA MELAYU

Masalah utama bagi pelajar saya ialah  MEREKA TIDAK DAPAT MENGHASILKAN  PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN.
Hal ini dapat dibuktikan daripada SEMAKAN HASIL KERJA MURID DAN KEPUTUSAN UJIAN ULANG KAJI 1.
(pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/temubual ( sekurang-kurangnya daripada dua sumber data) di dalam kelas semasa saya mengajar.
Analisis yang didapati daripada  HASIL KERJA MURID adalah seperti berikut :
1.TIDAK MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK-
2.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM
   SOALAN-
3.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN  MENARIK-
4.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN
   SOALAN.-

Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian-

UJIAN ULANG KAJI 1
ISU DALAM SOALAN-BULI
KEHENDAK SOALAN –PERANAN REMAJA

KESILAPAN PELAJAR-
1.TIDAK MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK
2. TIDAK MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM
   SOALAN-
3. TIDAK MENULIS AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN  MENARIK-
4. TIDAK MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN
   SOALAN.-


Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka  

TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN MENEPATI ARAHAN SOALAN.

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana MENGANGGAP PELAJAR TELAH MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI KEHENDAK SOALAN DI TINGKATAN 4 DAN MENGABAIKAN PEMBELAJARAN MASTERI.



FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran
(a)MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG  MENEPATI ARAHAN
   SOALAN.
(b) MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YAG MENARIK DAN RELEVAN
     DENGAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN.

Jika perkara ini tidak ditangani segera, masalah ini  akan menjadi lebih serius, murid akan terus MENGHASILKAN PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG TIDAK MENEPATI ARAHAN SOALAN
Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah  KARANGAN YANG CEMERLANG kerana PENDAHULUAN KARANGAN MENJADI PENGENALAN KEPADA SESEBUAH KARANGAN YANG DITULIS SAMA ADA MENEPATI ARAHAN SOALAN ATAU TIDAK DAN PENDAHULUAN KARANGAN JUGA MENJADI PANDUAN KEPADA PENGHURAIAN ISI KARANGAN.

Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba  MEMBIMBING PELAJAR SAYA MENGHASILKAN PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI  ARAHAN SOALAN

Objektif kajian :-

Secara amnya akan dapat membantu pelajar MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN.

Secara khususnya :-

1. Pelajar akan dapat menggunakan frasa menarik yang sesuai untuk pendahuluan karangan
2. Pelajar akan dapat menulis ayat umum yang relevan dengan isu yang menjadi fokus dalam
    soalan.
3. Pelajar akan dapat menggunakan ayat sokongan yang sesuai bagi menyokong ayat umum.
4. Pelajar akan dapat menulis ayat arah yang menepati kehendak arahan soalan
4. Guru akan dapat menggunakan kaedah pengajaran menulis pendahuluan karangan yang
    mudah dan tepat.

Kajian ini melibatkan  31 ORANG  PELAJAR 5 INTELEK

MERANCANG
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung  pada  masalah yang guru
hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan dijalankan
perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :
1.PEMERHATIAN SIKAP PELAJAR KETIKA BELAJAR PENULISAN KARANGAN
2.PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID
3.UJIAN PRA-MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN BERDASARKAN 10
    SOALAN KARANGAN.

Analisis Tinjauan masalah:
      (Jadual/statistik/peratus)

Tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-
i.   Aktiviti 1 : MENGENAL PASTI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
ii.  Aktiviti 2 : MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
iii. Aktiviti 3 : MEMILIH DAN MENCANTUMKAN  AYAT MENJADI PEMERENGGANAN
                       PENDAHULUAN KARANGAN DARI JADUAL 4A
iv. Aktiviti 4: Ujian Pos.

BERTINDAK
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini
(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)
Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut ……………………………………..
Aktiviti 1: MENGENAL PASTI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN

Langkah 1: SAYA MEMBERIKAN 10 SOALAN KARANGAN SPM 
Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MEGGARISKAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN
Langkah 3: SAYA MEMBERIKAN RENCANA BERKAITAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN
Langkah 4: SAYA MEMINTA PELAJAR MENGGARISKAN AYAT-AYAT PENTING BERKAITAN ISU
                    YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
Langkah 5: SAYA MEMINTA PELAJAR MENYALIN AYAT-AYAT YANG DIGARISKAN BERKAITAN
                    DENGAN ISU  YANG TERDAPAT DALAM ARAHAN SOALAN

Pemerhatian menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:

-MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
-MEMBANTU PELAJAR MEMBINA AYAT UMUM YANG BERKAITAN DENGAN ISU YANG MENJADI
 FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa;

PELAJAR MUDAH MEMAHAMI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN DAN DAPAT MEMBINA AYAT UMUM YANG TEPAT DENGAN  ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN.

Aktiviti 2 :   MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN

Langkah 1 : SAYA MEMBERIKAN 10 SOALAN KARANGAN SPM 
Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MENGGARISKAN AYAT ARAHAN YANG TERDAPAT   
                      DALAM SOALAN

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:
-MEMBANTU  PELAJAR MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa:
PELAJAR AKAN DAPAT MENULIS AYAT ARAH YANG TEPAT BERDASARKAN KEHENDAK SOALAN DAN DAPAT MENULIS KARANGAN YANG MENEPATI TUGASAN YANG DIBERIKAN.

Aktiviti 3 : MEMILIH DAN MENCANTUMKAN  AYAT MENJADI PEMERENGGANAN
                  PENDAHULUAN KARANGAN DARI JADUAL 4A

Langkah 1 : SAYA MEMPAMERKAN JADUAL 4A SEBAGAI PANDUAN KEPADA PELAJAR
Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH AYAT MENARIK YANG BOLEH DIJADIKAN
                    PENDAHULUAN DARIPADA JADUAL 4A
Langkah 3 :SAYA MEMINTA PELAJAR MEMASUKKAN AYAT UMUM YANG BERKAITAN DENGAN
                    ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
Langkah 4: SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH SEKURANG-KURANGNYA SATU AYAT
                    SOKONGAN YANG TERDAPAT DALAM JADUAL 4A
Langkah 5: SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH AYAT ARAH YANG TERDAPAT DALAM JADUAL
                    4A

Langkah 6: SAYA MEMINTA PELAJAR MENCANTUMKAN SEMUA AYAT YANG DIPILIH DARIPADA
                   JADUAL 4A DAN MENJADIKAN SATU PEMERENGGANAN PENDAHULUAN
                   KARANGAN YANG GRAMATIS DAN MENEPATI ARAHAN SOALAN.

Pemerhatian  menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:

-MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENULISAN KARANGAN
-MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN DENGAN MUDAH DAN
 TEPAT


PELAJAR AKAN DAPAT MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI KEHENDAK DALAM ARAHAN SOALAN DENGAN MUDAH DAN PELAJAR LEBIH BERMINAT DENGAN P& P YANG DIJALANKAN SEKIRANYA DIBERIKAN KAEDAH YANG MUDAH DIFAHAMI.


AKTIVITI 4: UJIAN POS

UJIAN INI DIJALANKAN BERTUJUAN UNTUK MELIHAT PENCAPAIAN MURID. KERTAS UJIAN POS DISEDIAKAN, PELAJAR DIKEHENDAKI MENJAWAB SEMUA SOALAN. KERTAS UJIAN INI MENGANDUNGI 5  SOALAN YANG MEMBAWA PEMBERIAN MARKAH SEBANYAK 50 MARKAH. PELAJAR HANYA PERLU MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN SAHAJA. MASA YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR UNTUK MENJAWAB SOALAN SELAMA 30 MINIT.

Pemerhatian  menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:


Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila ujian pos  dijalankan menunjukkan bahawa:
DAPATAN UJIAN POS MENUNJUKKAN TERDAPAT PENINGKATAN PENCAPAIAN PELAJAR. JIKA
DALAM UJIAN PRA ADA MURID YANG GAGAL TETAPI DALAM UJIAN POS SEMUA PELAJAR  LULUS MALAH PERATUS PENCAPAIAN SETIAP GRED JUGA MENINGKAT. PELAJAR  MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK DAN PELAJAR DAPAT MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM SOALAN. AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN  MENARIK JUGA DIGUNAKAN DAN PELAJAR DAPAT MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN SOALAN.


(Melaksanakan perubahan.(tindakan/rawatan)Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa p&p biasa.
Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri. Catat segala tindakan
dan buat refleksi bagi setiap aktiviti semasa pelasanaan)
MEMERHATI
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini
(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan,saya mendapati, KAEDAH 4A
yang diperkenalkan kepada pelajar 5 INTELEK .merupakan kaedah yang mudah, efektif dan menarik minat pelajar.

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang SUNGGUH MENGGALAKKAN. PELAJAR SAYA DAPAT MENGHASILKAN PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN MEREKA LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN.


CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan bahagian penulisan karangan.

KAJIAN TINDAKAN,


Pengenalan

Konsep
     Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Kajian tindakan melibatkan proses merancang, melaksana, memerhati dan mereflek.
Rasional
        Budaya penyelidikan dalam kalangan guru yang cuba dipupuk melalui projek kajian tindakan merupakan satu kepercayaan dan nilai yang mementingkan kualiti dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, akauntabiliti serta berpegang kepada konsep penambahbaikan yang berterusan dalam suasana kerja yang kolaboratif.
      Pelancaran  PIPP 2006 – 2010 pada 16 Januari 2007  yang mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuh sistem pendidikan negara melalui terasnya yang ke- 5 iaitu “Memartabatkan Profesion Keguruan” ada kaitan dengan kajian tindakan. Teras 5 ini memberi fokus untuk menghasilkan guru yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru. PIPP menyarankan “guru perlu memahami, memberi komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.”
Tujuan
      Menyedari peri pentingnya meningkatkan kualiti  dalam amalan pengajaran dan pembelajaran  warga pendidik di Sekolah Tinggi Muar, dan menyahut saranan Pengarah Pelajaran Johor iaitu Satu Guru Satu Kajian Tindakan, maka pihak pengurusan sekolah telah mengambil inisiatif memberikan pendedahan tentang  aspek kajian tindakan kepada warga pendidik pada 10 Januari 2009 dengan mengundang pensyarah dari Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.
Implikasi Kursus
     Hasil daripada pendedahan yang diberikan guru-guru Sekolah Tinggi Muar telah mengorak langkah menghasilkan kajian tindakan mengikut bidang pengajaran masing-masing.  Seramai 46 orang guru telah berjaya menghasilkan kajian tindakan mereka dan dua daripada kajian tindakan tersebut telah terpilih mewakili Daerah Muar dalam Seminar Kajian Tindakan Peringkat Daerah Muar yang diadakan di Hotel Straits Meridian Melaka.  Guru yang terpilh ialah Puan Tuminah Binti Baharom (Mata Pelajaran Bahasa Melayu) dan Puan Siti Haiyu Binti Ismail (Mata Pelajaran Kimia). Projek Kajian Tindakan ‘Meningkatkan Kemahiran Mengesan Isi Tersurat Dalam Penulisan Rumusan Bagi Pelajar Tingkatan 5 Jauhari Dengan Menggunakan Kaedah KKPW’ (Mata Pelajaran Bahasa Melayu) telah mendapat Naib Johan dan Pembentang Terbaik di seminar tersebut dan telah mewakili Daerah Muar ke peringkat negeri.
Kesimpulan
     Konklusinya, untuk meningkatkan peranan guru di dalam bilik darjah, guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian pengajaran mereka. Secara umumnya, guru boleh menjadi efektif dalam penyampaiannya dengan membuat adaptasi terhadap situasi setempat. Hal ini demikian  kerana pendekatan bagi satu kumpulan pelajar yang baik mungkin tidak boleh digunakan bagi satu kumpulan pelajaran yang lemah. Bagi membolehkan guru efektif, maka mereka perlu sentiasa memikirkan pendekatan baru dan menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak pelajar. Penggunaan kaedah kajian tindakan boleh menjadi satu platform bagi guru menuju ke arah penambahbaikan keberkesanan.
    Pihak pengurusan sekolah amat mengharapkan warga pendidik di Sekolah Tinggi Muar terus menyuburkan budaya kajian tindakan bagi meningkatkan kualiti  dalam amalan pengajaran dan pembelajaran  di bilik darjah pada masa-masa akan datang. Sehubungan dengan itu, guru-guru diminta menghasilkan kaiian tindakan masing-masing dan berkongsi ilmu. Pihak pengurusan sekolah juga mengharapkan hasil kajian dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan di bilik darjah demi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

 
To improve is to change….To change people is to educate them….

KAJIAN TINDAKAN


MENGAPA KAJIAN TINDAKAN SIGNIFIKAN?
Kajian tindakan sangat sesuai dijalankan oleh para guru untuk pembangunan profesionalisme melalui:
peningkatan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah.
pengenalan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti P & P.
penglibatan diri dalam inkuiri refleksi amalan kendiri bertujuan memperbaiki atau meningkatkan tahap pendidikan.
kesedaran lebih tinggi tentang amalan penyelidik serta kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya.
KONSEP KAJIAN KUALITATIF
Kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu.
Kutipan data melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen.
Menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana.
Penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan.
Pendekatan kajian kualitatif—kajian kes, etnografi & grounded theory.
Menggunakan persampelan bertujuan.
Analisis data mengikut Miles & Huberman (1994) terdiri daripada data reduction, data display dan conclusion.
MENGAPA MENGGUNAKAN KAEDAH KUALITATIF?
Sebagai penyelidik, langkah awal sebelum memulakan penyelidikan adalah mewujudkan persoalan yang perlu dijawap. Jawapan diperoleh dengan menjalankan kajian. Terdapat dua jenis pendekatan iaitu berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif. Kajian kualitatif dijalankan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang ingin dikaji (Marohaini 2001). Selain itu, kajian kualitatif juga dijalankan untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan sesuatu perkara yang dikaji (Yin, 1984). Ini bermakna untuk mendapatkan maklumat terperinci dan mendalam kajian kualitatif dijalankan.
Tambahan lagi, kaedah ini boleh menerangkan peristiwa secara holistik dalam keadaan sebenar peristiwa berlaku tanpa sebarang manipulasi oleh penyelidik. Kajian ini menjawab persoalan berkaitan dengan mengapa sesuatu fenomena berlaku sedemikian dan bagaimana ia berlaku. Justeru, kajian dijalankan untuk menjawab soalan mengapa dan bagaimana yang dikemukakan oleh pengkaji. Pengkaji menjalankan kajian secara mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Contoh persoalan kajian secara kualitatif ialah:
Mengapa guru masih tidak menggunakan pendekatan koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka?
Bagaimana guru menjalankan aktiviti koperatif dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah? Dalam kajian kualitatif, penyelidik menjadi instrumen kajian (Creswell 1994). Penyelidik kualitatif merupakan instrumen untuk mengutip data dan menganalisis data. Penyelidik menyelidik peristiwa yang berlaku ketika kajian dijalankan. Kutipan data dijalankan secara berterusan. Kajian ini jarang membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan bergantuang kepada subjektiviti seseorang individu (M. Najib 1999). Kajian kualitatif merupakan kajian secara induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.
BAGAIMANA MENGANALISIS DATA KUALITATIF?
Sebelum membincangkan mengenai cara menganalisi data, anda perlu tahu jenis dan bentuk kutipan data yang ingin dijalankan.
Pemerhatian—terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Pemerhatian tidak turut serta biasa digunakan dalam kajian kualitatif. Dalam pemerhatian tidak turut serta, pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan (Gay & Airasian, 2000). Selepas itu, penyelidik harus menentukan bentuk kutipan data yang sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian.
Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur selalunya menggunakan senarai semak pemerhatian manakala pemerhatian tidak berstruktur biasanya menggunakan catatan nota lapangan. Pemerhatian yang dilakukan menggunakan senarai semak lebih mudah untuk dianalisis dan memberi ruang kepada penyelidik untuk membuat pemerhatian tanpa bantuan penyelidik lain. Flanders (1976) telah mengemukan senarai semak berkaitan interaksi guru-murid dalam bilik darjah. Beliau menggunakan senarai semak FIAC.
Manakala pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan agak sukar untuk dijalankan tetapi masih boleh digunakan dengan bantuan rakan penyelidik lain atau merakam menggunakan video/ alat perakan audioSemasa pemerhatian ini, penyelidik akan mencatat beberapa perkara yang diperhatikan seperti masa dan tempat pemerhatian dijalankan, keadaan tempat pemerhatian, aktiviti yang dijalankan dan refleksi penyelidik (Mohd. Najib, 1999). Pemerhatian berstruktur dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan. Adalah lebih mudah menganalisis pemerhatian menggunakan senarai semak jika dibandingkan apabila menggunakan pemerhatian tidak berstruktur.
Selain itu, borang catatan pemerhatian juga boleh digunakan. Borang ini mencatat tingkah laku guru-pelajar mengikut sela masa yang ditetapkan (Chua, 2006). Pemerhatian tidak berstruktur menggunakan catatan nota lapangan yang akan dianalisis dengan mempersembahkannya dalam bentuk naratif dengan cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison, 1993). Selain itu, tema-tema juga boleh diperolehi daripada catatan berkenaan. Catatan berkenaan juga boleh menerangkan keadaan bilik darjah semasa pemerhatian dijalankan.
Temu bual - Terdapat 3 jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual terbuka seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Keluaran lepas juga telah menyatakan bahawa temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan persoalan kajian (Mohd Majid, 2000). Temu bual dianalisis melalui transkripsi temu bual. Data temu bual ditranskripsikan kemudian ditaip dan diberikan nombor di bahagian sebelah kiri dan ditinggalkan kosong di sebelah kanan untuk tujuan pengekodan data. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit yang telah dikodkan ditulis di ruang sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat ini akan memudahkan penyelidik mengenal pasti tema bagi setiap langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan tingkah laku berkenaan. Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan. Proses pengekodan dijalankan sehingga tamat satu transkripsi temu bual bagi seorang peserta kajian. Hasil analisis data temu bual boleh juga dipersembahkan dalam bentuk memerihalkan semula atau menggunakan kekerapan tema yang diperoleh melalui transkripsi temu bual. Kesemua jenis temubual boleh dianalisis mengikut proses yang sama iaitu dengan menghasilkan tema-tema atau dipersembahkan dalam bentuk petikan percakapan peserta kajian.
Penelitian dokumen - digunakan apabila penyelidik ingin mendapatkan data daripada dokumen-dokumen yang berkaitan. Tujuannya adalah untuk menyokong dapatan yang sedia ada. Data daripada dokumen boleh diperoleh dengan menggunakan borang senarai semak. Analisis data dilakukan dengan menggunakan kekerapan atau peratus.
PERSAMPELAN DAN KAEDAH KUTIPAN DATA KUALITATIF
Sampel kajian kualitatif berbeza dengan sampel kajian kuantitatif kerana sampel yang diambil mewakili populasi lokasi/tempat kajian dijalankan manakala subjek kajian kualitatif dipilih secara bertujuan (Gay & Airasian 2000). Kajian kualitatif menggunakan pensampelan bertujuan. Subjek kajian dipilih mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan sesuai dengan tujuan kajian berkenaan dijalankan.Kaedah kutipan data kajian kualitatif melibatkan beberapa langkah penting iaitu fokus kajian, kutipan data menggunakan cara pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, penulisan diari, nota lapangan dan pengesahan protokol temu bual serta pemerhatian (Creswell 1994). Penyelidik sebagai pemerhati atau penyelidik sendiri melibatkan diri dalam aktiviti yang diperhatikan, boleh digunakan dalam kajian kualitatif. Alat perakam suara atau video digunakan selain senarai semak pemerhatian (Cohen et. al. 2000) Tujuannya adalah untuk membantu penyelidik menyemak semula apa yang diperhatikan. Ini akan membantu meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan hasil pemerhatian yang diperoleh. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan ‘peer checker’ di kalangan rakan penyelidik atau individu yang dilatih untuk membuat pemerhatian. Terdapat tiga bentuk temu bual yang boleh digunakan iaitu temu bual berstruktur, separa struktur atau temu bual bebas. Penyelidik perlu menyediakan protokol temu bual yang terdiri daripada pengenalan, soalan pembuka, soalan kunci, soalan-soalan berkaitan soalan kunci dan soalan penutup. Protokol temu bual disediakan untuk menjawab persoalan kajian. Temu bual yang dijalankan biasanya direkodkan menggunakan alat perakam audio supaya tidak ada maklumat yang akan tertinggal atau tercicir. Temu bual berkenaan akan ditranskripkan oleh penyelidik atau pembantunya. Hasil analisis data temu bual dipersembahkan dalam bentuk naratif atau kekerapan tema. Perlu diingatkan bahawa kebolehan penyelidik mengemukakan soalan demi soalan banyak membantu kajian yang dijalankan. Jika tidak subjek kajian akan menyatakan perkara-perkara di luar fokus kajian yang dijalankan. Dokumen seperti minit mesyuarat, surat khabar, kertas kerja, latihan, surat-surat dan dokumen yang berkaitan digunakan untuk menyokong dapatan kajian. Pelbagai bentuk kutipan data digunakan dalam kajian kualitatif. Data kualitatif yang diperoleh membantu memantapkan kajian yang dijalankan. Data-data berkenaan saling melengkapi antara satu sama lain. 

Wednesday, 30 May 2012

PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMA


PERIBAHASA  DAN TEMA
1.PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
Air dalam terenang
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh
2.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA:
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh
Melukut di tepi gantang
3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh

4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA
menyelam sambil minum air”.
“ tak kenal maka tak cinta.
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Sudah terang lagi bersuluh

5.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
“ tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”,
”seperti aur dengan tebing”, “
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Sudah terang lagi bersuluh
mulut biar manis, hati biar baik 
‘bersatu teguh bercerai roboh’
Hancur badan dikandung tanah,     budi baik dikenang juga
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Adat pulau limburan pasang
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa
Jiran sepakat membawa berkat
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

6.FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air”.
“ tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh


7.KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
"Produk Malaysia, Kebanggaan Kita"
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air”.
“ tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sudah terang lagi bersuluh
8. USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air”.
“ tak kenal maka tak cinta.
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Alah membeli menang memakai
 9.USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR  KEMALANGAN JALAN RAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
seperti api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
sediakan payung sebelum hujan
“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Biar lambat asalkan selamat
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Bagai enau dalam belukar melepaskan puicuk masing-masing
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan
Pandu cermat jiwa selamat
Berhati-hati di jalan raya
Ingat orang tersayang

10.CIRI- CIRI PENULIS BERJAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
“ tak kenal maka tak cinta.
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Angan-angan menerawang langit
Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh

11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN  KAUM
Bagai duri dalam daging
Sudah terang lagi bersuluh
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
sediakan payung sebelum hujan
“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”
,”seperti aur dengan tebing”,
“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
‘bersatu teguh bercerai roboh’
. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
mulut biar manis, hati biar baik 
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN.
Bagai duri dalam daging
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
sediakan payung sebelum hujan
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”,
”seperti aur dengan tebing”,
 “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
‘bersatu teguh bercerai roboh’
mulut biar manis, hati biar baik 
. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Adat pulau limburan pasang
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang
13.KEPENTINGAN  ILMU PENGETAHUAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
“ tak kenal maka tak cinta.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
Ke tengah  boleh ke tepi boleh
ketam mengajar anaknya berjalan betul
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian
Ilmu penyuluh hidup
Ilmu itu pelita hati
Ilmu pelita hidup

Asal ditugal, adalah benih
Sudah terang lagi bersuluh
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi
Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan seperti si buta kehilangan tongkat

14.PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Bagaiman acuan begitulah kuihnya
serampang dua mata
ketam mengajar anaknya berjalan betul
melentur buluh biar dari rebungnya
anak-anak ibarat kain putih
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu. Mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air
Bapa borek anak rintik
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.
Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud ”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, malah Nabi sendiri menggesa umatnya supaya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China.
surah al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berbunyi ”Bacalah, bacalah olehmu wahai Muhammad”.


15.PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Tepuk dada tanya selera

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam

sediakan payung sebelum hujan
Sudah terantuk baru terngadah
Mencurah air ke daun keladi

Sudah terang lagi bersuluh
Ada tangga hendak memanjat tiang

Tiada angin masakan pokok bergoyang
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

15. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
melepaskan batuk di tangga
Tepuk dada tanya selera
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh
Air susu dibalas dengan air tuba
Kacang lupakan kulit
Melukut di tepi gantang
Banyak makan garam
Patah tumbuh hilang berganti

16. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
menyelam sambil minum air
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Tepuk dada tanya selera
serampang dua mata
sediakan payung sebelum hujan
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Badan yang sihat datangnya daripada badan yang sihat
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara;muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati,”
“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas

17.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Tepuk dada tanya selera
sediakan payung sebelum hujan

18.USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Tepuk dada tanya selera
sediakan payung sebelum hujan.
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.
Sudah terang lagi bersuluh
Air dicencang tidak akan putus
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang
19.CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL.
Tepuk dada tanya selera
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
menyelam sambil minum air”.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
melepaskan batuk di tangga
serampang dua mata
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh
Hidup segan mati tak mahu
Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang
20. CARA BADAN PENGAWAS MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Tepuk dada tanya selera
seperti api dalam sekam
Bagai duri dalam daging
Ada tangga hendak memanjat tiang
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Adat tua menahan ragam
Sudah terang lagi bersuluh
Ikut hati mati ikut rasa binasa
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Alang-alang berminyak, biar licin
Genggam bara api biar sampai jadi arang

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.