TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS
LANGKAH 1:INGAT FORMULA INI: ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS
Anak:Antara
Halim:Hal ini demikian kerana
Sepak: Sebagai contoh
Kesom:Kesannya
Sebab: Seterusnya
Jealous: Jelaslah
LANGKAH 2: BINA SOALAN MENGGUNAKAN TEKNIK PANDANG BELAKANG
LANGKAH 3:LIHAT CONTOH DI BAWAH. CONTOH YANG DIBER MERUPAKAN JAWAPAN KEPADA SOALAN YANG TELAH DIBINA
CIRI-CIRI
PELAJAR CEMERLANG
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar
cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan
peribadi yang unggul.
Anak--------...................ciri utama yang
perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
Halim……………………………………………….. Seorang
pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik
sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama keluarga, guru mahupun
rakan-rakan.
Sepak…………………………………………….. pelajar
yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga
sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran.
Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar
yang cemerlang
Kesom……………………………………… mereka
akan disenangi oleh orang di sekelilingnya
Sebab……………………………… orang lain
akan sanggup berkongsi apa-apa sahaja dengan mereka termasuklah berkongsi ilmu
yang ada.
Jealous…………………………………….bahawa
pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
LANGKAH 4:LETAKKAN FORMULA DI BAHAGIAN HADAPAN JAWAPAN.
PERHATIKAN CONTOH BERIKUT:
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar
cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan
peribadi yang unggul.
Anak--------Antara ciri utama yang
perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul
Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama
keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
Halim……….Hal ini
demikian kerana Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan
sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama
keluarga, guru mahupun rakan-rakan.
Sepak…………Sebagai
contoh pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan
menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu
rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam
kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang
Kesom………….Kesannya mereka akan
disenangi oleh orang di sekelilingnya
Sebab………….Seterusnya orang
lain akan sanggup berkongsi apa-apa sahaja dengan mereka termasuklah berkongsi
ilmu yang ada.
Jealous………Jelaslah bahawa
pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
LANGKAH 5:Susun semula perenggan yang diberi mengikut TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM
SEBAB JEALOUS
1ANTARA Ciri pelajar yang cemerlang adalah sentiasa mengikut
ajaran agama. HAL INI DEMIKIAN KERANA setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan
kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. SEBAGAI CONTOH seorang
pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap
Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai
kejayaan. KESANNYA, solat yang didirikan akan menjadikan seseorang pelajar itu senantiasa
berdisiplin. Disiplin yang dimiliki akan menjadi pendinding kepada mereka
daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. SETERUSNYA agama menjadi pegangan
pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar
hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. JELASLAH, bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul lantarab senantiasa menghayati ajaran agama.
....Bagaimana? belajar yang asas dahulu..Dah pandai kita ubah dan murnikan....terus bersama saya.....
No comments:
Post a Comment