CERPEN IDOLA
Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)
Sinopsis
Si penjaga panggung menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang mahu dia mengubah cara hidup agar mereka tidak terus miskin. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang memperihalkan realiti kehidupannya yang sebenar dan menasihati si penjaga panggung agar sedar akan hakikat kehidupan yang sebenar. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
Tema
Kekeliruan hidup antara fantasi dengan realiti.
Persoalan
i. Kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah.
Buktinya, si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil.
ii. Sikap suka berkhayal untuk menjadi seperti orang yang menjadi pujaan.
Buktinya, si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero.
iii. Kepentingan berpijak di bumi nyata.
Buktinya, hero meminta si penjaga panggung kembali menginsafi diri sendiri kerana
kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang bersungguh-sungguh.
iv. Kepentingan sedar dan berusaha untuk mengubah nasib diri.
Buktinya, isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara
tidak sama dengan realiti kehidupan sebenarnya.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Si Penjaga Panggung
-bekerja sebagai penjaga panggung
-mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak
-keliru dengan pendirian diri terhadap idola
Watak Sampingan
i. Si Hero
-suka menasihati - si hero menyuruh si penjaga panggung berhenti memuji dirinya dan
meminta memuji diri sendiri.
-pelakon yang memegang watak utama (hero)
-berterus terang/ jujur - meminta si penjaga panggung sedar akan realiti kehidupan yang
dilaluinya
-menjelaskan bahawa kehidupan hanya sementara.
-meminta si penjaga panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.
ii. Isteri Penjaga Panggung
-berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib
-cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaannya
Latar Masa
i. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
ii. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang
tengah malam.
Latar Tempat
i. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
ii. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.
Latar Masyarakat
i. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan.
Contohnya, hero yang menjadi pelakon pentas.
ii. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan.
Contohnya, keluarga penjaga panggung.
iii. Masyarakat yang suka akan hiburan.
Contohnya, penonton membanjiri panggung semasa pementasan.
iv. Masyarakat yang suka berkhayal.
Contohnya, penjaga panggung berkhayal ingin menjadi seperti hero.
Nilai Murni
i. Kejujuran
Contohnya, hero tidak berselindung menceritakan realiti kehidupan yang dilalui adalah
berbeza dengan lakonannya.
ii. Ketabahan
Contohnya, isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan
membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.
iii. Keinsafan
Contohnya, penjaga panggung sedar akan hakikat kehidupan setelah mendengar penjelasan
hero.
Pengajaran
i. Kita hendaklah jujur dan berterus terang dalam menjelaskan sesuatu perkara.
Contohnya, hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia
lakonan.
ii. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumah tangga.
Contohnya, isteri si penjaga panggung sabar dengan kerenah suaminya yang terlalu
mengagung-agungkan hero.
iii. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak.
Contohnya, isteri si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah
Laman Guru Cemerlang
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:
Kecekapan berkomunikasi
Kecekapan berhujah dan membidas
Kecekapan berbincang dan mengulas
Kecekapan menyoal
Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
Kecekapan membina ayat
Kecekapan menulis
Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa
5 Seminar Bahasa Melayu 2011
Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.
Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran
6 Seminar Bahasa Melayu 2011
dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
hebat utk stp pelajar
ReplyDelete