CERPEN PENANGGUNGAN
Penanggungan (Wijaya Mala)
Sinopsis Kapten Mamat menghadapi konflik dalam dirinya setelah Baharom, iaitu seorang kelasinya meninggal dunia selepas terjatuh dari tiang geladak kapal yang dikemudi oleh Kapten Mamat. Masnah, janda kepada arwah Baharom ialah saudara jauh sebelah bapanya. Masnah datang menuntut haknya sebagai seorang janda. Kapten Mamat sangat bersimpati dengan Masnah namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Isteri Kapten Mamat cuba menenteramkan Masnah namun gagal. Masnah meluahkan kekecewaannya kerana nasibnya tidak terbela selepas kematian Baharom. Kapten Mamat berjanji untuk membela nasib Masnah. Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Masnah tiba-tiba pengsan. Isteri Kapten Mamat menyuruhnya memanggil bomoh. Namun Kapten Mamat tidak percaya akan khidmat bomoh. Dia menyuruh isterinya memercikkan air ke muka Masnah. Akhirnya, Masnah sedar semula. Kapten Mamat menyuruh Masnah balik ke kampung untuk menenangkan jiwanya. Dia juga menyuruh Masnah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui penyakit yang dialaminya. Masnah akhirnya akur dengan nasihat Kapten Mamat. Sehebat mana penanggungan masalah yang dihadapinya, Masnah akur dengan ketentuan Tuhan bahawa setiap makhluk yang bernyawa akan mati.
Tema Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui atas ketentuan Ilahi.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Masnah pula bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kematian suaminya.
Persoalan i. Kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami.Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.
ii. Perasaan bersalah yang menghantui jiwa.Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum, suami Masnah telah menemui ajal di ataskapal yang diterajuinya.
iii. Perasaan simpati atas penderitaan hidup orang lain.Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelahkehilangan suami .
iv. Sikap reda menghadapi ketentuan Allah.Masnah akhirnya reda akan ketentuan Allah, iaitu setiap makhluk yang hidup pasti akanmati.
Watak dan Perwatakan Watak Utama Kapten Mamat-Bekerja sebagai kapten kapal.-Seorang pesara.-Prihatin terhadap masalah anak buahnya.Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematiansuaminya Baharum..-Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum.Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup, keluarga Masnah akan dibantu.
Watak Sampingan i. Masnah -Janda Baharum.-Mempunyai dua orang anak.-Setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya.Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.-Mengalami kesusahan hidup selepas kematian suami.Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempatbergantung selama ini.
ii. Isteri Kapten Mamat -Simpati terhadap nasib malang orang lain.Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa keluarga Masnah.-Percaya akan perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi olehMasnah.
Latar Latar Masa i. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamatberterbangan dan dia membuka bajunya.
Latar Tempat i. Rumah Kapten Mamat.Dia membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
ii. Anjung rumah Kapten Mamat.Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
iii. Kapal.Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.
Latar Masyarakat i. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran.Kapten Mamat berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh isteri dan anak-anakarwah Baharum.
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan sekerja akan membayar pampasan.
iii. Masyarakat yang bersimpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yangtelah hilang tempat bergantung.
iv. Masyarakat yang menghormati tetamu.Isteri Kapten mamat menghidangkan minuman kepada Masnah.
Nilai Murnii. BersimpatiContohnya, Kapten Mamat bersimpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
ii. Kasih sayangContohnya, Masnah amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima realiti bahawasuaminya sudah meninggal dunia.
iii. KeberanianContohnya, Kapten Mamat berani menghadapi cabaran bekerja di laut.
Pengajaran i. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabathandai.Contohnya, Kapten Mamat bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelahkematian Baharum.
ii. Suami isteri hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain.Contohnya, Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.
iii. Kita mestilah menjadi pemimpin yang berani terutama dalam menghadapi situasi yanggenting.
Contohnya, Kapten Mamat bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.
Laman Guru Cemerlang
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:
Kecekapan berkomunikasi
Kecekapan berhujah dan membidas
Kecekapan berbincang dan mengulas
Kecekapan menyoal
Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
Kecekapan membina ayat
Kecekapan menulis
Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa
5 Seminar Bahasa Melayu 2011
Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.
Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran
6 Seminar Bahasa Melayu 2011
dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
No comments:
Post a Comment