JANGAN GUNA MAKSUD RANGKAI KATA IALAH ATAU ADALAH....NANTI TERSALAH GUNA KATA PEMERI..
MAKSUD RANGKAI
KATA KLASIK
HIKAYAT PELAYARAN PENUH PERISTIWA
1.
Geliung panjang-kapal besar
2.
Bagai pucuk dilancarkan-sangat laju
3.
Bagai kumbang putus tali-sangat laju
4.
Menyampaikan cakap-memberitahu kata-kata
5.
Setelah santap-selesai makan
6.
Anak geliungnya berhimpun-anak kapal berkumpul
7.
Bajak laut-lanun
8.
Mulai gementar-telah takut
9.
Tubuh yang gementar-badan yang menggigil
10.
Tidak sedarkan diri-pengsan
11.
Bermohon kembali ke bahtera-meminta izin pulang
ke kapal
12.
Tua orang tua, berakal makin tua berminyak-kian
lanjut umur kian berpengalaman
13.
Tua cendawan makin tua makin busuk-kian lanjut
umur kian tidak berguna
14.
Wajahnya berseri bagai purnama empat belas hari
bulan-parasnya bercahaya-cahaya
15.
Nyahkan dia-usirnya
16.
Memeliharakan geliung-menyelamatkan kapal
panjang
17.
Enau mencari sigai lesung mendapatkan antan-perempuan
mendapatkan lelaki
18.
Memelihara geliung ini seisi-isinya-menjaga semua
anak kapal panjang
19.
Melihatkan kesampaian geliung-terpandang kapal
panjang tiba
20.
Masuk tangan-mencampuri urusan
21.
Termakan cakap-percaya akan kata-kata
22.
Pucuk dicita ulam pun tiba-mendapatkan sesuatu
yang diharapkan secara tiba-tiba
23.
Menurunkan pertaruhannya.-meletakkan cagaran/wang
HIKAYAT INDERA NATA
1.
Terlalu sukacitanya-sangat gembira
2.
Sekalian mergastua-semua binantang
3.
Memberi bahaya-mendatangkan petaka
4.
Segerlah pergi-cepat berlalu
5.
Terlalu suka hatinya-sangat gembira perasaannya
6.
Terlalu elok parasnya-sangat sempurna wajahnya
7.
Betapa pekerjaan tuan hamba-tujuan anda
8.
Apakah pekerjaan tuan diam-mengapa membisu
9.
Demikianlah hal-begitulah keadaannya
10.
Kabullah akan perkataan-tertunailah permintaan
11.
Lagi pun sangat ia pandai berkata-kata-tambahan
pula terlalu bijak bertutur
12.
Hampirlah ia datang-hendak tiba
13.
Alamat-tanda
14.
Betapa bicara-apakah pendapat
15.
Kalau didapati-sekiranya ditemui
16.
Lekas besar-cepat bertambah saiznya
17.
Mencari kehendakmu-mendapatkan keinginan
18.
Jika ada kasih-sekiranya wujud kasih sayang
19.
Segala perkakasan-semua peralatan
20.
Sekalian itu pun tiadalah-semuanya telah hilang
21.
Terlalu amarahnya-tidak dapat menahan nafsu
22.
Menangislah bercintakan dirinya-meratapi
nasibnya
23.
Mencita gemala hikmat-menyeru batu sakti
24.
Datanglah bersegera-tiba dengan pantas
25.
Sahaja engakau datang menolong-kebetulan tiba
membantu
26.
Sangat aku bercintakan –terlalu merindui
27.
Bercetrakan hal ehwalnya-menceritakan/memberitahu
perkara yang berlaku
Tiadalah beroleh tidur- sukar tidur
No comments:
Post a Comment