SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Saturday, 26 October 2013






UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN


1.      Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

2.      Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;   kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

3.      Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus

4.      Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik 

5.       Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

         6.      Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa institusi keluarga  merupakan uslub yang represif/vital/dominan/signifikan dalam membentuk keperibadian anak-anak.

7.      Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dan tidak bersikap bagai melepaskan batuk di tangga apabila mendidik anak-anak.

8.      Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 

9.      Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial.

10.  Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

11.  Aforisme(ungakapan yang tepat) bagaimana acuan begitulah kuihnya mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak

12.  Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu dihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

13.  Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

14.  Semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat menjadi modal insan terbilang. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Sehubungan dengan itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

15.  Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalamkehidupan kita. Kesihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran  itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

16.   Sebagai sahmura (permata) negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

17.  Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia  yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

18.   Badan sihat, otak cerdas merupakan slogan yang sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan  media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

19.  Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi  untuk menyuburkan  semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna. Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan  kesyukuran  yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

20.   Remaja  kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi.

21..   Pusat tuisyen tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen yang dipercayai dapat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun tepuk dada tanya selera kerana pilihan terletak di tangan masing-masing.

22.   Kebanyakan ibu bapa hari ini ramai yang terpaksa menempuh hari-hari emas mereka akibat dipinggirkan seperti melukut di tepi gantang oleh anak-anak yang tidak berhati perut umpama kacang lupakan kulit.

23.    Hubungan erat antara ahli keluarga seperti isi dengan kuku akan dapat menyelesaikan apa-apa jua masalah yang dihadapi

24.    Hubungan yang akrab antara masyarakat bagai beliung dengan asahan amat penting bagi membentuk perpaduan.

25.    Berhati-hatilah ketika memandu kerana pandu cermat jiwa selamat dan  jangan biarkan keluarga kita menanti dalam tangisan

26.   Tindakan awal bagi menangani sesuatu itu akan mendatangkan manfaat sebaliknya jika kita menyesal setelah sesuatu itu terjadi segala-galanya tidak akan ada manfaatnya ibarat sesal dahulu pendapatan  sesal kemudian tidak berguna

27.    Sayangilah dan hargailah nyawa anda kerana malang tidak berbau.

28.    Pengajaan kesihatan  bukan sahaja mampu menyihatkan badan malah dapat mencergaskan minda kerana  badan sihat, otak cerdas

29.   Seperkara lagi, persis kata peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk ...............................................

30.    Aforisme “hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” membuktikan semua yang berlaku itu berada dalam ketentuan diri kita sendiri.

31.   Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu Bertambah Mutu” untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.

32.    Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi kebanggaan negara kita.Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.

33.   Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalin hubungan yang tersedia utuh.

34.    Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit  demi sedikit lama-lama menjadi bukit.

35.    Mutakhir ini, ......................................................... sering terpampang di dada-dada akhbar  seperti cendawan tumbuh selepas hujan

36.    Masyarakat kini alpa dan hidup dibuai mimpi dengan arus globalisasi yang bercorak hedonisme

37.    Sesungguhnya, anak-anak perlu dididik dari kecil seperti kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya

38.   Nyatalah langkah awal yang diambil boleh dijadikan sebagai persediaan, bak kata pujangga, sediakan payung sebelum hujan.Janganlah sudah terantuk baru terngadah.

39.     Selain itu, .................................. juga harus bekerjasama bagai aur dengan tebing

40.  Kita perlu mengambil langkah awal untuk..................................agar tidak menyesal di kemudian hari seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

41.     Ibu bapa perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

42.    Tiada gunanya menyesali perkara yang berlaku ibarat  sudah terhantuk, baru terngadah.

43.     Segala ...................................akan menjadi sia-sia seperti mencurahkan air ke daun keladi.

44.    Semua pihak perlu bekerjasama dan mengamalkan sikap susah sama dipikul, ringan sama dijinjing 

45.  Sikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam setiap sanubari anggota masyarakat

46.    Sejak kecil, kita dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. 

47.   Anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.

48.     Ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

49.   Remaja seharusnya tidak bertindak terburu-buru sebaliknya berfikir secara rasional sebelum mengambil tindakan kerana kurang ringgit boleh dicari, kurang akal habis bicara

50.   Remaja perlu menjaga maruah ibu bapa dan tidak menconteng arang ke muka orang tua . Setiap perbuatan  mereka akan meninggalkan kesan kepada pihak lain umpama kata peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga atau seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

51.   Remaja perlu berhati-hati dengan rakan sebaya yang bersikap negatif kerana kebiasaannya mereka mempunyai niat yang buruk terhadap kita meskipun bersikap baik di hadpan kita ibarat ada udang di sebalik batu.

52.   Apabila kita melakukan sesuatu, kita perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh ibarat alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar  basah.

53.    Sekiranya kita malas berusaha kita tidak akan berubah selama-lamanya persis kata cendikiawan seperti kerakap di batu, hidup segan mati tidak mahu.

54.   Jika remaja tidak berusaha dari sekarang, mereka akn menempuh hidup yang sukar pada masa akan datang umpama rumput di tepi jalan.

55.  Remaja tidak wajar menangguhkan usaha yang baik kerana kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan. Pepatah juga menjelaskan bertangguh itu pencuri masa.

56.   Kita perlu menyanjungi dan meyayangi negara kita kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Segala adat dan warisan negara perlu dipertahankan bak kata peribahasa hidup dikandung adat mati dikandung tanah.

57.   Biarpun keindahan dan keistimewaan negara luar jelas terserlah namun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

58.   Kedaulatan negara perlu dipertahankan kerana jika remaja alpa pihak luar yang akan mengambil kesempatan umpama menangguk di air keruh dan mereka yang akan mendapat keuntungan ibarat jong pecah yu yang kenyang.

59.     Remaja perlu bersedia menjaga negara daripada ancaman musuh dan sanggup berkorban ibarat biar putih tulang jangan putih mata.

60.     Sikap  ibu bapa sedikit sebanyak akan dicontohi oleh anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

61.   Jika anak-anak tidak dibimbing dan dididik dengan ajaran agama anak-anak akan binasa kerana pepatah ada mengungkapkan rosak bawang ditimpa jambaknya.

62.    Bapa yang tidak menunjukkan sikap positif di hadapan anak-anak akan mewarikan sikap buruknya kepada mereka kerana bapa borek anak rintik.

63.   Ibu bapa tidak seharusnya menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul sedangkan hakikatnya mereka sendiri menunjukkan sikap yang negatif.

64.    Segala tindak-tanduk ibu bapa akan diperhatikan dan dicontohni oleh anak-anak umpama air perabung mengalir ke atap.

65.    Meskipun ada ketikanya kita beselisih pendapat dengan keluarga hingga menimbulkan pertengkaran, namun semuanya akan baik semula ibarat carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua.

66.   Setiap ahli keluarga harus mengambil berat jika ada anggota keluarga mereka yang bermasalah kerana apa-apa yang terjadi, ahli keluarga lain akan turut menanggungnya umpama cubit paha kanan paha kiri pun sakit juga.

67.   Jika sesama ahli keluarga berselisih faham pihak lain yang akan mendapat manfaatnya ibarat lesung sama antan bertelingkah ayam yang kenyang.

68.    Kita msetilh menyayangi sesama ahli keluarga dan bukannya mementingkan pihak lain ibarat rosak anak kerana menantu.

69.   Peranan seorang ibu itu sangat dominan dalam menentukan kejayaan anak-anak kerana tangan menghayun buaian mampu mneggoncang dunia.

70.   Anak-anak mestilah sedar bahawa tindakan ibu bpa yang ada ketikanya nampak tegas dan garang, namun semuanya untuk kebaikan anak-anak dan bukannya  merosakkan mereka kerana tiada harimau yang membaham anak.

71.   Kita perlu bersikap bijak apabila menyelesaikan masalah agar segala tindakan yang diambil tidak mendatangkan lebih banyak masalah umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.

72.   Kita hendaklah berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerana peribahasa ada menjelaskan berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah dan biar lambat biar selamat.

73.   Semua kesukaran yang berlaku sebenarnya hanya di peringkat awal sahaja dan semua akan menjadi mudah di saat akhir persis kata mutiara alah bisa tegal biasa.

74.    Remaja perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kejayaaan kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

75..  Hakikatnya semua pihak perlu menyedari bahawa semua penyakit datangnya dari amalan pemakanan kita yang tidak sihat dan perkara ini sememangnya  sahih serta telah pun dapat dibuktikan oleh pakar kesihatan bukannya bersuluh batang pisang tetapi bersuluh bulan dan matahari.

76.  Tindakan awal membuat pemeriksaan kesihatan dapat menghindarkan diri daripada serangan penyakit kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

77.   Kita perlu bijak menabung dan beringat-ingat supaya tidak menghadapi kesukaran pada masa akan datang umpama ingat sebelum kena jimat sebelum habis

78..   Pelbagai usaha perlu diambil bagi mengekalkan warisan negara agar tidak sirna begitu sahaja ibarat tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.

79.   Semua pihak perlu bertanggungjawab kerana usaha sebelah pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil umpama bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

80.    Warisan bangsa dan seni tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat majmuk di negara ini umpama ada asap adalah api.

81.    Setiap pihak  perlulah bersikap biar mati anak jangan mati adat untuk mempertahankan adat dan warisan nenek moyang

82.   Segala usaha yang dibuat dengan tekun dan istiqamah akan mendatangkan hasil yang hebat juga akhirnya kerana sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

83.    Kesibukan hidup tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melakukan senaman kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

84.  Remaja perlulah rajin umpama lebah mengumpul madu dan sanggup memerah keringat serta sanggup bermandi peluh untuk mencipta kejayaan.

85.   Usaha meningkatkan kualiti barangan tempatan mestilah berterusan dan bukan bersifat hangat-hangat tahi ayam agar kualiti yang dihasilakan benar-benar menepati citarasa masyarakat bukannya indah khabar daripada rupa.

86.    Setiap masyarakat seharusnya saling membantu bagai aur dengan tebing.


87.  Sikap bermuafakat dan saling membantu ibarat ke bukit ama didaki ke lurah sama dituruni seharusnya dijadikan amalan hidup masyarakat Malaysia yang bersifat heterogen.
88.    Hidup saling bermuafakat umpama serumpun bak serai seikat bak sireh perlulah dimanifestasikan oleh kita semua.

89.    Segala masalah yang diselesaikan bersama-sama akan mendatangkan kemaslahatan kerana muafakat itu berkat

90.    Rakyat Malaysia mampu mengecapi kemakmuran seandainya mereka saling membantu ibarat bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

91.    Amalan bergotong-royong dapat meringankan tugas dan perlu dikekalkan biar pun ketika susah atau senang bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

92.     Kemakmuran negara perlulah dinikmati secara adil umama hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah.

93.    Kita perlu memanfaatkan kemajuan teknologi agar tidak ketinggalan zaman umpama katak di bawah tempurung.

94.    Amalan membaca itu dapat menambahkan ilmu kerana membaca jambatan ilmu.

95.    Ilmu yang dimiliki menjadi panduan dalam kehidupan kerana ilmu itu pelita hidup.

96.   Kita perlu menghargai masa kerana masa itu emas.

97.   Jadikan amalan menabung sebagai amalan bagi mengelakkan nasib buruk yang mungkin berlaku secara tiba-tiba kerana malang itu tidak berbau.

98.    Semua masalah perlu diteliti dan diperhalusi ibarat disigai sampai ke langit.

99.  Semua masalah yang dihadapi hanya kita sahaja yang mengetahui kepahitnnya biar pun orang lain bersimpati dengan kita ibarat berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

100. Kita perlu berusaha mengubah nasib diri kerana rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.

101. Sikap suka menunggu sahaja tanpa berusaha seharusnya dibuang  jauh-jauh, elakkanlah sikap yang berpegang pada peribahasa tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia.

102. Promosi pelancongan perlu dipergiat agar pelancong luar mengenali keunikan negara kita kerana tak kenal maka tak cinta.

103. Hasil kraf tangan negara kita perlulah dikekalkan dan senantiasa ditingkatkan kualitinya dan bukannya ada tetapi tidak berupaya menandingi produk lain umpama hidup segan mati tak mahu.

104. Tindakan yang bijak dalam satu-satu masa boleh mendatangkan manfaat yang lain sekali gus ibarat serampang dua mata atau sambil menyelam minum air.

105.  Kita tidak perlu bimbang jika menghadapi kesukaran di awal tindakan kita kerana kita akan mendapat kejayaan juga pada akhirnya ibarat berakit-rakit ke hulu berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

106. Remaja yang cemerlang selalunya merendah diri dan bukannya bersifat sombong. Mereka bersikap baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang.

107.  Remaja yang bersahsiah mulia akan diterima walaupun di mana mereka berada ibarat minyak setitik, di laut sekali pun timbul jua.

108.   Remaja hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menda[patkan kejayaan ibarat gengam bara api biar sampai menjadi arang.

109.   Kita seharusnya berbelanja mengikut kemampuan diri  umpama mengukur baju di badan sendiri bukannya mengikut kehendak hati sahaja.

110.  Kita perlu pandai menyesuaikan diri ibarat masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak.

111.  Orang  yang berilmu lebih mudah menyelesaikan sebarang masalah dan jiwanya akan tenang kerana ilmu itu pelita hati.

112.  Orang yang berlimu juga diberi kebolehan untuk memahami sesuatu dengan jelas kerana hanya jauhari sahaja yang mengenal manikam.

113.  Malaysia mampu berada sebaris dengan negara-negara maju yang lain ibarat duduk sama rendah berdiri sama tinggi.

114.  Ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh dan bagai menjaga intan dicanai.

115.  Ibu bapa seharusnya mengambil sikap bersederhana dalam segala tindakan kerana sayangkan anak-anak tangan-tangankan sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

116.  Remaja seharusnya bijak menyesuaikan diri dalam dunia yang serba kompetetif ini ibarat kalau pandai meniti buih selamat badan sampai ke seberang.

117.  Remaja yang masih muda ibarat umur setahun jagung dan darah setampuk pinang perlu dibimbing dengan sebaik-baiknya.

118.  Remaja merupakan modal insan yang bakal mewarisi saf kepemimpinan negara dan mereka perlulah menjadi insan cemerlang demi pertiwi kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.

119.  Usaha mendidik perlulah dilakukan seawal anak masih kecil kerana jika mereka telah menjadi dewasa semuanya akan menjadi sukar ibarat kata pujangga mendidik anak semasa kecil umpama mengukir di atas batu tetapi mendidik anak ketika remaja umpama melukis di atas air.

120. Sudah terang lagi bersuluh semua masalah yang menjadi duri dalam daging dan api dalam sekam perlu diatasi hingga ke peringkat akar umbi.

121.   Man jadda wa jada merupakan  pepatah Arab yang maksudnya dalam bahasa melayu ialah "siapa yang berusaha, dia akan berjaya".

122.  Hamka ada berpesan kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggin ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya

123.   Rasululah S.A.W  bersabda akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu


124.  Saidina Abu Bakar As-Siddiq berpesan jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,tumbuh ditepi jalan.dilempar buahnya dengan batu,tetapi tetap dibalas dengan buah

125. Menurut Saidaina Ali bin Abi Talib ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabiladibelanjakan tetapi Ilmu bertambah apabila dibelanjakan

126. Pepatah Cina menjelaskan menyimpang seinci,rugi seribu batu

127.  Menurut Charles Cahier kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka

128. Aristotle mengungkapkan adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum

129. Menurut Hamka  kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

130. Hamka pernah berkata bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah mulia tingkahlaku dan akal budinya.

131.  Hamka menjelaskan pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. 

132. Maksud sepotong hadis menjelaskan sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya.

133. Alexander Graham Bell  menjelaskan genius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat

134. Pepatah Melayu mengungkapkan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

135.  Kita perlu menjaga tutur kata kerana bahasa tidak boleh dijual beli.

136.  Remaja perlu memenuhkan dada mereka dengan ilmu kerana kalau kail panjang sejengkal,jangan lautan hendak diduga.

137. Generasi muda perlulah menghormati warga emas yang mempunyai bayak pendgalaman kerana mereka lebih banyak makan garam dan dalam satu pepatah China ada menjelaskan kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.

138.  Setiap cita-cita perlu diikuti dengan usaha kerana bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan. Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna. 

139.   Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak menggunakannya,masa akan memancung kamu. Masa itu umpama air pasang surut,tiada siapa yang dapat menahannya. 

140.  Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.

141. Sukarno menjelaskan pena lebih berkuasa daripada pedang.

142. "Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah gunung berpindah." Kalimat itu merupakan retorika Bung Karno yang menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda

143.  Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘kita adalah apa yang kita makan’.

144   Kita adalah apa yang kita makan’ sama seperti yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW bahawa penyakit datangnya dari perut, yang bermaksud jika kita tidak mengawal makan minum, kita terdedah kepada penyakit.

145..Nabi berpesan, ‘jangan kamu makan melainkan kamu lapar dan apabila kamu makan, jangan sampai kenyang’.

146. Segala kemudahan sudah terhidang di hadapan mata, berusahalah untuk mendapatkan kejayaan kerana dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

147. Sekiranya kita tidak berani menghadapi risiko, janganlah berani untuk berbuat sesuatu kerana kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

148.  Anak-anak biasanya akan mencontohi sikap ibu bapa kerana bagaimana contoh begitulah gubahannya

149. Apa-apa sahaja yang kita usahakan kita akan mendapat hasilnya kerana bagaimana ditanam, begitulah dituai

150. Tingkah laku anak-anak begitu mirip  dengan tingkah laku ibubapanya kerana bagaimana rupa begitulah bayangnya 

151.  Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud; "Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."

152. Antara maksud  firman Allah dalam surahAl-’Alaq ayat 1-5: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk.  Maksud ayat  ini menunjukkan bahawa membaca, menulis dan mencari ilmu pengetahuan adalah kewajipan yang wajib dilaksanakannya

153. Confucius menegaskan bahawa ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya"

154. Pepatah Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran.

155.  Pemikir  tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat ‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Buku juga dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa ini.

156. Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun!

157.  Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.

158.  Dalam sepotong hadis menjelaskan apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.

159.  Menurut Thomas Edison  “Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.”


160.  Menurut Alexander of Macedon  “Kita terhutang budi kepada ibu bapa yang membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan hidup kita sempurna.”

161.  Menurut James Michener  “Jangan katakan esok apabila hari ini dapat anda lakukan kerana apabila hari ini anda berdalih, anda juga akan berdalih esok.”

162.  Aristotle  pernah berkata “Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.”

163. menurut Thomas Edison  “Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.”


164.   Mengikut Doktor Fazilah Kamsah, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.

165. Sasterawan Negara Dato' Dr Usman Awang ada menyebut, kalau ingin hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya berkata-kata tetapi ke hadapan maju sekata, maju bersama.

166.  Tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya.

167.  Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali.

168. Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt

169.  Menurut Dekan Fakulti Pengajian Awal Kanak-Kanak, Universiti Pengurusan dan Teknologi (UMTECH), Prof Madya Dr Bustam Kamri, kedegilan, keghairahan serta obsesi yang keterlaluan kepada televisyen dan gajet berpunca daripada ibu bapa itu sendiri.

170   .Ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan teladan yang baik.  Ibu bapa seyogianya membetulkan kesilaan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget,

171. Peribadi anak-anak mencerminkan sikap ibu bapa kerana jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih.

172  Secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik

173 .Ibu bapa sewajarnya menjalankan obligasinya sebagai suri teladan yang unggul dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .

174. Nilai-nilai murni dapat menjadi benteng ampuh dan utuh sekukuh Tembok Besar China daripada sebarang anasir-anasir luar yang menerjah.

175.Ibu bapa tidak sewajarnya membiarkan anak-anak mereka terbiar seperti layang-layang terputus talinya. 

178. Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting kepada remaja

179.  Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita berkawan dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik tetapi sebaliknya jika tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ke kancah yang hina.

180  Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang setia kawan.



6 comments:

  1. Terima kasih kerana memudahkan saya untuk membuat karangan dgn lebih cemrlang.

    ReplyDelete
  2. Bagilh maksud sekali...aduhhhh

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan🗿, anak2 spm pro max amat menghargai usaha dan gemblengan tenaga yang ditaruh dalam menghasilkan blog ini. Walaubagaimanapun, saya ingin menjamah sedikit makanan, meski telah diungkap oleh Aristotle,'adab dan sopan lebih penting dari makan dan minum'. Hakaza, saya mengundurkan diri, namun ilmu yang didapati tidaklah sirna dan mengundur dari memori saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, mantap sangat tu. Dah boleh tambah dah untuk ungkapan menarik

      Delete

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.