DIRI
|
KELUARGA
|
PELBAGAI PIHAK
|
SASTERA
|
UMUM
|
CARA-CARA
SAYA/REMAJA MENGAMALKAN JIMAT CERMAT.
1. membeli barang
yang perlu sahaja – kitar semula
2. membawa bekalan
ke sekolah
3. membantu
keluarga berjimat cermat- membantu keluarga menanam sayur-sayuran di
sekeliling rumah
4. mengelakkan
pembaziran – menggunakan barangan dengan cermat dan membeli mengikut
keperluan
5. menabung wang
untuk digunakan semasa diperlukan
6. mengamalkan
makan di rumah
7. menggunakan air dan eletrik dengan
cermat
|
PERANAN
KELUARGA DALAM MENJAMIN KESELAMATAN ANAK-ANAK
1.Sentiasa bersama
anak-anak ketika mereka beriadah/berekreasi (taman permainan, padang dan
sebagainya)
2. Memberi didikan
kepada anak-anak tentang keselamatan diri
3. Melengkapkan
anak-anak dengan ilmu /seni mempertahan diri (silat, taekwando dan lain-lain)
4. Memberi sepenuh
perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka berasa disayangi,
dihargai dan selamat- tidak mengabaikan anak-anak
5. Tidak lalai
dalam menjaga keselamatan anak-anak
6. Melaporkan
kepada pihak berkuasa jika didapati ada perkara yang mencurigakan
7. Memantau
pergerakan/aktiviti anak-anak sama ada bersama rakan, di sekolah ,
beraktiviti di luar dan sebagainya
|
USAHA PELBAGAI PIHAK MENINGKAT
KAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM
Kerajaan / Kementerian Pengangkutan
-Menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat (SPAD) , Suruhanjaya Pengangkutan Awam Udara (SPAIJ), Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Laut (SPAL) untuk memantau
pengangkutan awam
-Menambahkan bajet untuk menaik taraf
prasarana pengangkutan awam
-Pemantauan kenderaan lebih kerap
-BRIM, Tayar 1 Malaysia, Teksi 1 Malaysia
-Keluarga
-ibu
bapa menggalakkan anak-anak menggunakan pengangkutan awam .
-Memberikan penerangan tentang keistimewaan
menggunakan pengangkutan
awam
-Memberikan cadangan kepada pengusaha
pengangkutan awam untuk
meningkatkan
kualiti pengangkutan awam
.
-Swasta/masyarakat
-
MAS, AIR ASIA, KTM , LRT, SINARAN, Menggunakan kenderaan berteknologi tinggi,
baharu dan selesa. Mengutamakan keselamatan penumpang
-Media massa - akhbar radio TV,
ICT - kempen tentang kualiti dan penggunaan
pengangkutan awam.
|
KEPENTINGAN PUISI TRDISIONAL KEPADA
MASYARAKAT.
-Menjayakan
majlis rasmi - perasmian/ucapan/pertandingan
-Menjayakan
majlis tidak rasmi, perkahwinan/peminangan
-Menyampaikan
mesej
-Sumber
hiburan/riadah
|
PELAKSANAAN
SEKOLAH SELAMAT
a. Pelajar rasa selamat
b. Pelajar rasa dihargai dan disayangi
c. Ibu bapa tidak risau
d. Mengurangkan masalah buli
e. Wujud perasaan sayang kepada sekolah
f. Mewujudkan perasaan
kepunyaan sekolah
|
PERSEDIAAN-PERSEDIAAN
YANG ANDA LAKUKAN SEBELUM MENJELANG
NYA
MUSIM PEPERIKSAAN AWAM.
a) Saya akan menetapkan visi atau matlamat
untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
b) Merancang waktu belajar/ menguruskan
masa dengan efesien
c) Membuat ulang kaji
d) Mengamalkan pemakanan yang sihat &
berkhasiat/seimbang
e) Persediaan mental & rohani
f) Menjaga keselamatan diri
|
PIDATO
-“PERANAN IBU BAPA UNTUK MENANGANI GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
1.Memberikan
didikan agama yang sempurna dan mencukupi
-Memberikan
didikan akhlak/ilmu dunia yang sempuma
2.Menggalakkan
anak/remaja terlibat datam program komuniti/sekolah/Kawalan Rukun Tetangga
(KRT)/JKKK
3.Menjadi
contoh kepada anak-anak
4.Memberikan kasih sayang kepada
anak/remaja
5.Memantau pergerakan anak-anak
|
CARA
MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Peranan ibu bapa
Menyuburkan
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak sejak kecil
Membawa/menggalakkan
anak-anak menyertai aktiviti kejiranan/gotong-royong/kenduri-kendara.
Peranan anggota masyarakat
-Menganjurkan
lebih banyak aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan kediaman-Rukun
Tetangga/Sistem Rondaan Sukarela/Rakan COPS
Peranan individu
-Mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat/contoh-saling menziarahi,
tolong- menolong
Peranan Kerajaan
-Memperbanyak
penganjuran program kemasyarakatan
di
peringkat kebangsaan seperti Majlis Rumah Terbuka.
-Kempen/ceramah
Peranan Pihak Sekolah
-PdP
-Ceramah-Pertandingan
Menulis Esei
|
PUISI
MELAYU LAMA BANYAK MENGETENGAHKAN NILAI DAN PENGAJARAN YANG BOLEH DIJADIKAN
PANDUAN
HIDUP.
1. Mengenang jasa seseorang – ibu bapa,
pemimpin, ahli masyarakat akan dikenang dan
dihormati.
2. Tidak meninggi diri atau sombong apabila
kita berada di negeri orang lain - kita akan
disayangi dan hidup akan selamat/diberkati
3. Sentiasa bersabar dalam menempuh dugaan
atau cabaran hidup-mendidik kita supaya insaf
dan tahu tentang kesusahan orang lain
4. Nilai hidup bekerjasama dan
tolong-menolong – contoh dalam majlis kenduri-kendara dsb.
5. Mendidik kita supaya hidup bertoleransi
dan faham-memahami- mewujudkan rasa hormat
akan budaya dan perbezaan antara masyarakat
– boleh mewujudkan perpaduan antara kaum
|
KEPENTINGAN DASAR 1MURID 1SUKAN
Menyihatkan
tubuh badan dan mencerdaskan otak
Mengeratkan
silaturahim antara pelajar dan guru
Mendalami ilmu sains sukan
Membentuk
disiplin diri
Mempupuk
perpaduan antara pelajar berbilang kaum
Mengharumkan
nama sekolah hingga ke peringkat tinggi
|
CARA-CARA MEMANFAATKAN USIA REMAJA
1.Mengisi
masa lapang dengan perkara berfaedah/Program Motivasi/hobi
2.Mengelakkan
diri daripada terjerbak dengan gejala sosial
3.Melengkapkan
diri dengan pengetahuan agama
4.Menambah
ilmu pengetahuan/kemahiran dalam pelbagai bidang
5.Terlibat
dengan aktiviti kesukarelawan
|
PIDATO
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
1.Menjelaskan
kepada anak-anak peri pentingnya semangat patriotik
2.Membawa
anak-anak ke tempat bersejarah/Hari Kemerdekaan
3.Menyediakan
buku-buku/bahan bacaan/visual yang berkaitan sejarah kenegaraan
4.Menceritakan
jasa/pengalaman tokoh-tokoh pemimpin /pejuang kemerdekaan
5.Menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti
semangat patriotik
|
CARA-CARA MEMPOPULAR
KAN
PERMAINAN TRADISIONAL
Peranan ibu bapa
Peranan pihak sekolah
Peranan kerajaan
Peranan massa
Peranan pihak swasta
|
|
SIKAP
PENGGUNA SENDIRI MENJADI PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
a.Tidak memeriksa kenderaan secara berkala
b. mengantuk
c. mabuk
d. tidak mematuhi peraturan dan papan tanda
e. penggunaan telefon bimbit semasa memandu
f. menjadikan jalan raya sebagai medan perlumbaan
g. Panas baran/pantang dicabar
|
KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KEPADA
REMAJA/SAYA
Isi 1:
- Saya/ pelajar menjadikan Teknologi
Maklumat sebagai saluran untuk mendapatkan bahan
rujukan dalam pembelajaran.
- Saya dapat memperoleh sumber bacaan luas
untuk membantu proses pembelajaran
Isi 2:
- Saya/ pelajar dapat memperoleh maklumat /
mengetahui tentang perkembangan dunia luar.
Isi 3:
- Saya/pelajar dapat menambahkan jaringan
rakan maya untuk berkomunikasi di samping dapat mengenali adat dan budaya
masing-masing.
Isi 4:
- Saya/pelajar dapat menjimatkan masa
pembelajaran kerana Teknologi Maklumat menjadi
alternatif rujukan yang sistematik, cepat,
mudah dan efisyen – dunia tanpa sempadan.
Isi 5:
- Saya/pelajar dapat meningkatkan kemahiran
dalam bidang Teknologi Maklumat dengan
menggunakan pelbagai gajet – mengelakkan
diri dianggap sebagai katak di bawah
tempurung.
|
PELBAGAI
LANGKAH PERLU DILAKUKAN OLEH TONGGAK KELUARGA UNTUK MELAHIRKAN KELUARGA
PENYAYANG
Isi
1:Ibu bapa menjadi suri teladan kepada
anak-anak
- Pembentukan sahsiah anak-anak bermula
dari rumah
- Ibu bapa sentiasa bersikap positif,
mendampingi anak-anak, meluangkan masa bersama-sama
anak-anak
Isi 2:Ibu
bapa memberikan didikan agama sejak kecil
- melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Didikan agama akan dapat mengukuhkan jati
diri anak-anak
- Hubungan ahli keluarga yang berlandaskan
ajaran agama akan menjadi semakin erat
- Agama mendidik ahli keluarga saling
hormat-menghormati dan sayang- menyayangi
Isi 3:Ibu
bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak
- Perasaan bertolak ansur dan tegur-menegur
secara berhemah akan menjadikan sesebuah keluarga itu harmonis dan tenteram
- Tidak akan ada pergaduhan yang berlaku
- Perselisihan faham yang kecil tidak
merebak dan boleh diselesaikan dengan mudah
Isi 4: Ibu
bapa perlu menyediakan keperluan asas yang sesuai dengan kehidupan anak-anak.
Anak-anak akan berasa dihargai, disayangi dan
diberikan perhatian
Apabila tanggungjawab asas ini dilakukan oleh ibu bapa akan wujud
rasa sayang dan anakanak faham inu bapa sayang dan tidak mengabaikan mereka.
- Justeru, keluarga penyayang akan dapat
diwujudkan
Isi 5: Ibu
bapa perlu mengamalkan sikap berbuka.
- Mengelakkan anak melabelkan ibu bapa
mereka sebagai orang yang tidak memahami jiwa mereka.
- Ibu bapa sekarang harus menjadi rakan
kepada anak-anak mereka
- Berkonsi minat dan kebolehan dengan
anak-anak.
- Anak-anak diberi peluang berkongsi kegembiraan,
kesedihan dengan ibu bapa.
- Anak-anak juga tidak merasakan diri
mereka terkongkong kerana memiliki ibu bapa yang
bersifat terbuka.
- Ibu bapa cuba menimbulkan suasana aman
damai dalam keluarga dengan cara menyelami dan
mengenali sifat anak-anak
|
|
|
USAHA
MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN
1.
Mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan secara komersial
2.
Menjalankan penyelidikan tentang kesesuaian tanah dengan jenis tanaman
(MARDI)
3.
Menyediakan kemudahan pinjaman wang, jentera, benih dan khidmat nasihat
kepada
sesiapa
yang ingin mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan.
4.
Mempelbagaikan hasil buah-buahan tempatan dan memperluas pasarannya.
5.
Meningkatkan keberkesanan kempen tentang buah-buahan tempatan.
6. Mempromosikan buah-buahan tempatan di
dalam dan luar negara
|
PERANAN
SAYA DALAM MEMUPUK BUDAYA PENYAYANG DI SEKOLAH.
1.Mematuhi peraturan dan undang-undang
sekolah
2.Menjadi mata dan telinga kepada pihak
sekolah
3.Menyokong dan menjayakan program budaya
penyayang di sekolah
4.Menjadikan diri sebagai suri teladan
4.Menjaga dan menaikkan imej sekolah
|
KELUARGA
BERPERANAN PENTING UNTUK MENGHIDUP
KAN
AMALAN KEJIRANAN INI AGAR MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK.
1. Ibu bapa berperanan memberi tujuk ajar
cara berjiran dengan baik – berbudi bahasa dan
menghormati jiran tetangga.
2. Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan
kepada anak-anak – menyokong dan menjayakan
amalan kejiranan
a. Meluangkan masa untuk turut serta dalam
progam kejiranan – bergotong royong
b. Bertegur sapa dan berkenal-kenalan
dengan jiran tetangga.
c. Mengunjungi jiran – sakit atau sambutan
perayaan
3. Ibu bapa mengalakkan dan bersama-sama
dengan anak-anak menyertai program amalan
Kejiranan-gotong –royong,kenduri-kendara
|
PELBAGAI
LANGKAH UNTUK MENJADIKAN TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA LEBIH
MENARIK.
Isi 1: mengadakan kempen dan iklan
- menyebarluaskan kempen dan iklan ke
seluruh dunia tentang keindahan Malaysia melalui media massa.
- Memperkenalkan tempat-tempat menarik di
Malaysia yang masih terpelihara keindahannya
- Menjadikan Tahun Melawat Malaysia sebagai
acara tahunan(1990(I)2004(4)
Isi 2 : promosi produk
pelancongan(CITRAWARNA)
- Mempelbagaikan produk kraftangan sebagai
warisan bangsa
- Mempamerkan menu-menu tempatan (sate, mi,
rojak, nasi dagang dll.)
Isi 3 : meningkatkan prasarana atau
infrastruktur
- Menyediakan prasarana yang lengkap dan
selesa atau mencukupi
- Menaik taraf motel, hotel, rumah
tumpangan dan sebagainya sesuai dengan pelancong dan
mampu dibiaya
- Menyediakan tempat rekreasi yang dapat
menarik minat pelancong
Isi 4: Mengekalkan budaya dan adat resam
- Malaysia memiliki budaya dan adat resam
yang unik kerana mempunyai masyarakat majmuk
- Amalan hidup berhamah dan bersopan santun
perlu dipelihara
- Amalan adat dan budaya sesuai dengan
budaya timur
- Mengamalkan nilai mesra menerima
pelancong asing
- Bijak dan mahir berkomunikasi banyak
bahasa
Isi 5: Mengekalkan warisan dan
tempat-tempat menarik
- Menjaga tempat-tempat yang berpotensi
sebagai tempat rekreasi atau tempat bersejarah
- Contoh tempat bersejarah seperti Melaka
dan Pulau Pinang yang dianugerahkan sebagai
Tapak Warisan Dunia.
- Malaysia banyak muzium warisan seperti di
Bandar Hilir Melaka, Muzium Sarawak dll
- Warisan ini dikekalkan agar tak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas
|
|
FAKTOR LUNTURNYA SEMANGAT KEJIRANAN
1.Perubahan
pola/gaya hidup/kesibukan kerjaya
2.Kemajuan
dalam bidang teknologi
3.Kurang
kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran/bersikap individualistik
4.Jurang
status sosioekonomi
5.Sentimen
perkauman yang masih menebal
|
FAEDAH MEDIA MASA KEPADA SAYA/REMAJA
1.Meningkatkan
ilmu pengetahuan tentang segala maklumat yang berlaku di dalam dan di luar
negara
2.Meningkatkan
kemahiran ICT, belajar, kreativiti dan kesenian
3.Mengeratkan
silaturahim
4.Memupuk
Perpaduan kaum / sejagat
5.Memberi peluang pendapatan
|
PIDATO
"IBU
BAPA PENDORONG KEPADA ANAK-ANAK DALAM MEREALISASIKAN BUDAYA
MEMBACA."
1.Ibu bapa sebagai suri teladan
2.Ibu bapa sediakan sudut
bacaan/perpustakaan mini di rumah
3.Ibu bapa bawa anak-anak ke kedai
buku/pameran buku
4.Ibu bapa membawa/menggalakkan anak-anak
ke perpustakaan
5.Ibu bapa membeli/menghadiahkan bahan
bacaan kepada anak-anak
|
RENCANA:PERANAN
PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMAJUKAN INDUSTRI
PELANCONGAN.
a)Peranan pihak kerajaan
-mengadakan promosi di luar negara
-mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia
-membanteras jenayah
-memelihara dan memulihara tempat-tempat
menarik
-kerjasama / rundingan dengan negara lain
b)Peranan pihak swasta
-pakej tambang murah (Airasia)
-peningapan murah (perhotelan)
-menaik taraf tempat penginapan
-menyediakan infrastuktur berkualiti
-menaik taraf perkhidmatan pengangkutan
awam
c)Peranan masyarakat
-layanan yang mesra
-menguasai bahasa asing terutama bahasa
Inggeris
-menjaga kebersihan
-elakkan jenayah
-menjaga nama baik negara
d)Peranan media massa
-menyiarkan berita positif tentang negara
-mempromosikan tempat menarik
-menguar-uarkan tempat baharu
-menampilkan keindahan sesuatu tempat
-menawarkan pelbagai pilihan tempat
pelancongan
GAGASAN 1MALAYSIA-USAHA-USAHA YANG DAPAT
DILAKUKAN OLEH PELBAGAI PIHAK BAGI MEWUJUD DAN
MENGEKALKAN PERPADUAN DI NEGARA INI.
Peranan pihak sekolah
-penerapan
semasa p dan p
-kegiatan
kokurikulum
-kempen/ceramah
-sikap
guru
Peranan media massa
-kempen
-program
televisyen
-media
sosial
Peranan kerajaan
-melalui
sistem pendidikan-bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar-Mewajibkan lulus
dalam mata pelajaran Sejarah-SPM
-melalui
agensi-agensi tertentu
Peranan ibu bapa
-berbaik
dengan jiran
-saling
mengunjungi
-saling
menghormati
Peranan individu
-mematuhi peraturan dan undang-undang
Peranan masyarakat
-bertoleransi/bergotong-royong
|
|
FAKTOR-FAKTOR
PERMAINAN TRADISIONAL DIPINGGIRKAN
1.Pengaruh media massa
2.Kurang
galakan daripada ibu bapa/tumpuan kpd.pelajaran
3.Permainan moden banyak di pasaran
4.Kurang kempen
5.pengaruh persekitaran
6.kurang minat terhadap permainan
tradisional/membosankan
7.Tiada masa
|
CARA-CARA
1.
Menghormati
dan menghayati lagu-lagu patriotik
2.
Meningkatkan
ilmu tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa hadapan
3.
Menghargai
jasa pejuang negara
4.
Melawat
tempat-tempat bersejarah – dapat melahirkan semangat juang
5.
Menyertai
program dan sambutan Hari Kebangsaan
|
RENCANA:PERANAN
IBU BAPA BAGI MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM JIWA ANAK-ANAK
a) Ibu bapa membawa anak melancong ke
tempat bersejarah di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah.
- Anak akan lebih mengerti perjuangan pahlawan
negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka
dapat melihat sendiri kawasan pertempuran
yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu.
- Mereka boleh membaca penulisan yang
biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di
kawasan bersejarah itu lalu menimbulkan
rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut.
- Jadi, anak akan lebih tinggi semangat
cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat bersejarah di negara ini.
b) Ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan
semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak sendiri kerana kita
tidak mahu digelar umpama ketam mengajar
anaknya berjalan lurus pula.
- Menjadi suri teladan dari segi menerusi
percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang menjurus
ke arah pengorbanan negara terhadap
kehidupan mereka selama ini.
- Anak telah diyakini akan meniru kelakuan
orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik
terutama apabila sering didedahkan dengan
kelakuan patriotik sebegini.
- Jadi, teladan ibu bapalah yang membawa
penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
c) Ibu bapa membawa anak untuk sama-sama
melihat sambutan Hari Kebangsaan setiap tanggal 31 Ogos
- Biasanya, kawasan sambutan ini akan
dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara
ini dalam hati mujtamak yang hadir itu.
- Suasana yang penuh dengan semangat
nasionalisme ini pasti menimbulkan rasa bangga dalam hati anak yang
menontonnya itu.
- Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat
sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
d) Ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat patriotik kepada
anak mereka.
- Penggunaan teknologi seperti internet dan
telefon pintar membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak
informasi tentang sejarah negara dengan
satu sentuhan sahaja.
- Ibu bapa boleh melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tentang sejarah negara yang kadangkala
begitu mengelirukan itu juga.
- Penggunaan teknologi sebegini mampu
memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka
memiliki rasa cinta akan negara
e) Semangat cinta dan sanggup berkorban
demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak menerusi amalan
penceritaan ibu bapa.
- Kisah dahulu ketika negara belum
mengalami kemodenan harus diterangkan kepada pelajar agar mereka
memahami erti pengorbanan pejuang dan
pemimpin negara yang telah membawa perubahan besar itu.
- Anak yang selalu mendengar itu akan mula
perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu
memasang impian untuk turut membuat jasa
kepada bangsa dan nusa pula.
- Ibu bapa yang bijak akan sering bercerita
mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak
memahami kehidupan yang dialami sekarang
berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Kesimpulan:
- Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta
akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa.
- Golongan ini perlulah mahir menggunakan
peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak
memahami makna pengorbanan rakyat yang
sebenarnya.
- Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap
lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini
sudah pasti generasi muda kita akan hilang
rasa hormat terhadap negara.
- Kita harus sedar semua yang berlaku pada
masa hadapan berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu
|
|
|
KESAN-KESAN
NEGATIF PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
1. Mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
2. Merosakkan penggunaan bahasa Melayu para
pelajar.
3. Menimbulkan masalah disiplin di sekolah
seperti kecurian dan melihat gambar-gambar
lucah.
4. Membazirkan masa para pelajar kerana
asyik bermain permainan di dalam telefon,
sistem pesanan ringkas (sms) dan mendengar
lagu-lagu.
5. Memberikan kesan sampingan terhadap
penglihatan dan pendengaran para pelajar.
6. Meningkatkan perbelanjaan ibu bapa atau
keluarga
|
|
USAHA-USAHA
IBU BAPA UNTUK MENGGALAK
KAN AMALAN MEMBACA
1. Membawa anak-anak ke pesta buku – Pameran Buku
Antarabangsa di PWTC – anak-anak dapat lihat pelbagai jenis buku – boleh
memilih buku yang diminati
2. Menjadi suri teladan – membaca buku di rumah bersama
anak-anak – baca setiap hari pada waktu senggang -
3. Menyedia ruang bacaan dan menambah sumber bacaan di
rumah - perpustakaan mini– majalah dan buku-buku – dapat menarik minat dan
boleh mengembangkan minda anak-anak
4.
Mendaftar
anak-anak menyertai kelab buku -Sebagai
contohnya, anak-anak boleh menjadi ahli Kelab Buku Ilmiah yang ditubuhkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka - anak-anak akan
menyertai pelbagai aktiviti dan mengetahui perkembangan buku yang terkini -
mereka didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan buku
5. Memberi
pengukuhan dan galakan kepada anak-anak – sama ada berbentuk lisan dan hadiah yang munasabah - pujian daripada ibu bapa hendaklah dilakukan dengan
bersungguh-sungguh, ikhlas dan suci hati – guna bahasa mesra – dapat
menggalakkan anak-anak terus membaca
|
|
|
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANAK-ANAK
TERLIBAT DENGAN MASALAH SOSIAL
-1.Ibu
bapa sibuk dengan urusan kerja
-2.Anak:
menganggap dri mereka sudah dewasa I besar- anak-anak mahukan
kebebasan I tidak mahu dikongkong
3.
lebih terpengaruh dengan rakan sebaya
-4.dipengaruhi
oleh media massa
-5. terpengaruh dengan gaya hidup
masyarakat kini/persekitaran
6.Kurang didikan agama
Tidak mempunyai jati diri
|
|
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN
OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAK
KAN ANAK-ANAK MENJAGA KEINDAHAN DAN
KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
- ibu bapa
menggalakkan anak-anak mengitar semula
- ibu bapa
menunjukkan teladan yang baik
- ibu bapa
menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
- ibu bapa mendidik
anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
IBU BAPA BERPERANAN MEMBENTUK AKHLAK DAN
MERUPAKAN PENENTU KEJAYAAN AKADEMIK ANAK-ANAK
•
Memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral
•
Memberikan nasihat , teguran dan tunjuk ajar
•
Menjadikan diri sebagai contoh terbaik I idola terbaik kepada
anak-anak
•
Menyediakan keperluan pembelajaran yang sempurna kepada anak-anak
•
Menghantar anak-anak mengikuti kelas-kelas tambahan dan tuIsyen
• Memberikan dorongan dan motivasi
|
|
|
|
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.
Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris
Monday, 27 October 2014
CADANGAN FOKUS KARANGAN SPM 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laman Guru Cemerlang
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:
Kecekapan berkomunikasi
Kecekapan berhujah dan membidas
Kecekapan berbincang dan mengulas
Kecekapan menyoal
Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
Kecekapan membina ayat
Kecekapan menulis
Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa
5 Seminar Bahasa Melayu 2011
Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.
Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran
6 Seminar Bahasa Melayu 2011
dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
No comments:
Post a Comment