SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Monday 27 October 2014

APLIKASI KOSA KATA/FRASA DAN UNGKAPAN MENARIK DALAM PENULISAN KARANGAN

DIRI/REMAJA
KELUARGA
PELBAGAI PIHAK
UMUM
Saya perlu mengorak langkah
Komitmen menyeluruh daripada saya/remaja
Masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
Saya tidak seharusnya menjadi masyarakat yang naïf dengan dunia materialistik yang melalaikan
Menagih komitmen dan pengertian serius daripada saya/remaja
Saya akan mempertingkat dan memperteguh pemahaman
Mendepani masa depan yang tidak menentu
Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
Budaya dan amalan harian
Perdana
Prakarsa
Rutin harian
Tidak menunjukkan sikap evasif
Air pun ada pasang surutnya
Bumi mana yang tidak ditimpa  hujan, laut mana yang tidak bergelora
Langit tidak selalu cerah
Sudah terang lagi bersuluh
Saya perlu mempunyai banteng pertahanan diri sekukuh Tembok Besar Cina
Saya tidak seharusnya membiarkan diri hanyut dibuai budaya hedonistic
Saya perlu melempar jauh sikap individualistik
Saya tidak akan memandang enteng
Air mudik sungai semua teluk diranai(orang yang boros akan berbelanja tanpa perhitungan
Air digenggam  tidak tiris.
Alah bisa tegal biasa
Alah membeli menang memakai
berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya-Hamka
Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu—sabda Rasululah S.A.W
"Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah gunung berpindah." Kalimat itu merupakan rkata-kata  Bung Karno yang menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negra
Cerucuk utama pembangunan
Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang setia kawan.
Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya
Tepuk dada tanya selera
Nasi sudah menjadi bubur
Sudah terhantuk baru ternghadah
Sediakan payung sebelum hujan
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
ahli bijak pandai ada menjelaskan, sesiapa yang gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagal.
Istiqamah dengan prakarsa
Menyimpang seinci,rugi seribu batu-Pepatah Cina
Man jadda wa jada” ialah pepatah Arab yang maksudnya dalam bahasa Melayu ialah "sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya." Sememangnya sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insya.Allah kejayaan menjadi hasilnya.
Pepatah Arab mengatakan; sabar itu anak kunci kejayaan
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan-Saidaina Ali bin Abi Talib
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka-Charles Cahier
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.-pepatah
Bertangguh itu pencuri masa(peribahasa Arab) 
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius
Serampang dua mata
Sambil menyelam minum air
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting.
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahasa China). 
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Jika kita bersedia memerah minda dan berikhtar berhempas pulas, jalan penyelesaian yang berkesan tentu ada dan tentu bukan satu sahaja kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan/vital
Menagih komitmen dan pengertian serius daripada ibu bapa
Mempertingkat dan memperteguh pemahaman
Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
Perlu dibaja kembali
Budaya dan amalan harian
Perdana
Prakarsa
Rutin harian
Tidak menunjukkan sikap evasif
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh
Sudah menjadi lumrah hidup manusia, anak-anak sememangnya akan melihat perilaku dan meniru gerak tari ibu bapanya
Jika sumbang gerak tari ibu bapanya maka sumbanglah juga gerak tari mereka
suri teladan  
ibu bapa yang akan menggilap dan mencanainya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilat
bagaimana acuan begitulah kuihnya
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget
berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang
alah bisa tegal biasa
melentur buluh biarlah daripada rebungnya
menatang minyak yang penuh
Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
Tokoh ilmuwan, Hamka pernah mengatakan bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya
anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun Yahudi
Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri kita secara tidak langsung
Gurindam Melayu ada menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih segala orang setia kawan.
Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik daripada merawat kerana mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawa bahayanya dadah bukan kepada penagihnya, tetapi kepada orang di sekitarnya
genggam bara api biar sampai jadi arang
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya-Hamka
Akhlak yang buruk merosakkan amal, seperti cuka merosakkan madu—sabda Rasululah S.A.W
"Berikan kepadaku sepuluh orang pemuda, akan aku bikin sebuah gunung berpindah." Kalimat itu merupakan rkata-kata  Bung Karno yang menggambarkan dahsyatnya potensi pemuda
Rumahku Syurgaku
Ibiu bapa perlu melontar jauh sikap materalistik
Ibu bapa perlu melupakan keegoan mereka
Ibu bapa tidak harus menuding jari menyalahkan pihak lain
Ibu bapa perlu memandang enteng
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
ahli bijak pandai ada menjelaskan, sesiapa yang gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagal.
Istiqamah dengan prakarsa
Melepaskan batuk di  tangga
Serampang dua mata
Sambil menyelam minum air
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari

Hukama  Arab  pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim

yang mana intan,yang mana kaca
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. –Hamka
Contohilah ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis.
Kalau kamu tua,beri nasihat dan jika kamu muda,terimalah nasihat.(peribahasa China).
Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di
atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air yang akan hilang tanpa tanda.
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.-Imam Al-Ghazali





Jenis-jenis Karangan 

Karangan umum terdiri daripada karangan berformat dan tidak berformat.


Karangan Berformat

Karangan dalam bahagian ini terdiri daripada syarahan, ucapan, ceramah, perbahasan, rencana, laporan, surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi, wawancara, ulasan buku, cerpen dan drama.
Setiap bentuk karangan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri, seperti berikut:

1. Perbahasan, ceramah, syarahan, ucapan
(menghadap majlis/kata alu-aluan, penghargaan kepada audien seperti ucapan tuan-tuan dan puan-puan, penutup)
2. Surat kiriman rasmi
(nama dan alamat pengirim, nama dan alamat penerima, tarikh, menghadap surat, tajuk, tandatangan)
3. Rencana, laporan, cerpen
(tajuk, nama penulis)
4. Wawancara
(pendahuluan, berbentuk dialog)
5. Ulasan buku
(judul buku, nama penulis, nama penerbit, nama pengulas)
6. Skrip drama
(judul drama, nama penulis, latar tempat/masa, dialog)

Karangan Tidak Berformat

Karangan tidak berformat merangkumi kategori penulisan yang berikut, iaitu perbincangan/bincangkan, perbahasan/bahaskan, ulasan, komen, fakta, pendapat, penjelasan/jelaskan, cadangan, gambaran/imaginasi.

PIDATO
KATA ALUAN
DEFINISI/HURAIAN TAJUK
KATA PENGHADAPAN
PENUTUP PIDATO

CONTOH 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

            Terima kasih saya ucapkan kepada yang dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian.
            Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “................................”
Hadirin yang dirahmati,

Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan kalam pidato ini dengan versi pendefinisian.”             ’” boleh saya definisikan

Saudara saudari yang dihormati sekalian,

            Indikator saya yang pertama adalah Hadirin sekalian,

            Indikator saya yang kedua adalah

Rakan-rakan dan hadirin sekalian,

            Indikator saya yang ketiga ialah

Hadirin sekalian,

            Indikator saya yang keempat ialah


Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

CONTOH 2
Bismilahhiramannirahim…

 Datang bahtera dari Medan ,
Singgah sebentar di laluan Kerai;
Salam satu Malaysia saya hulurkan,
Kepada warga dewan pembuka tirai.
Salam perpaduan,
       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detik jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk “................................”
Hadirin yang dirahmati,
Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan kalam pidato ini dengan versi pendefinisian.”             ’” boleh saya definisikan
Hadirin sekalian,
          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama
Hadirin yang dirahmati,
          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini

Jika kita bersedia memerah minda dan berikhtar berhempas pulas, jalan penyelesaian yang berkesan tentu ada dan tentu bukan satu sahaja kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Setiap pihak memainkan peranan yang signifikan/vital
Menagih komitmen dan pengertian serius daripada pelbagai pihak
Mempertingkat dan memperteguh pemahaman
Mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
Budaya dan amalan harian
Perdana
Prakarsa
Rutin harian
Tidak menunjukkan sikap evasif
Tepuk dada tanya selera
Sudah terang lagi bersuluh
Perlu diwar-warakan
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
 Genggam bara api baiar sampai menjadi arang.
Istiqamah dengan prakarsa.
Hati gajah dama dilapah hati kuman sama dicecah
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai
Bagai aur dengan tebing
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Mencurah air ke daun keladi
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan
Melepaskan batuk di tangga
Sekolahku Syurgaku
Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan
Sekolah rumah kedua
Hidup segan mati tak mahu
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak
mulut biar manis, hati biar baik 
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing


Sudah terang lagi bersuluh
Tepuk dada Tanya selera
Nasi sudah menjadi bubur
Sudah terhantuk baru ternghadah
Api dalam sekam
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna
ahli bijak pandai ada menjelaskan, sesiapa yang gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagal.
Istiqamah dengan prakarsa.
Genggam bara api baiar sampai menjadi arang.
Ilmu itu penyuluh hidup
Alvin Toffler menegaskan, ilmu itu ibarat kuasa
Masa itu emas
Masa ibarat pedang
Konsisten
Alah bisa tegal biasa
Sudah terang lagi bersuluh
Tepuk dada tanya selera
“Man jadda wa jada” ialah pepatah Arab yang maksudnya dalam bahasa Melayu ialah "sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya." Sememangnya sesiapa sahaja yang melakukan sesuatu, hendaklah dengan bersungguh-sungguh, dan insya.Allah kejayaan menjadi hasilnya.
Pepatah Arab mengatakan; sabar itu anak kunci kejayaan
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga kau dan engkau menjaga harta. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan-Saidaina Ali bin Abi Talib
Menyimpang seinci,rugi seribu batu-Pepatah Cina
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka-Charles Cahier
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.-pepatah
Bertangguh itu pencuri masa(peribahasa Arab) 
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya" ~ Confucius
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.
tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
tak kenal maka tak cinta
Pepatah Cina ada menyatakan bahawa yang menggerakkan tubuh badan bukanlah kaki tetapi sebenarnya minda dan fikiran
jika tiada angin masakan pokok bergoyang
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Pemikir  tersohor, Descartes menekankan bahawa membaca buku bermutu itu ibarat ‘berdialog’ dengan orang-orang hebat atau pemikir-pemikir besar. Bahkan, buku dapat mempertemukan dan menghubungkan dunia masa silam dengan dunia pembaca masa ini.

Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun!

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.(Jika saya mempunyai wang, saya akan membeli buku. Jika masih ada bakinya, saya beli makanan)
Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang
Alang-alang berminyak, biar licin
Mencegah lebih baik daripada merawat
Serampang dua mata
Sambil menyelam minum air
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan bahawa kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan persekitarannya
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa Fakulti Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaya, anak-anak remaja daripada golongan miskin lebih cenderung untuk terlibat dalam penagihan najis dadah
LIRIK LAGU
Berkorban apa sahaja,
Harta ataupun nyawa,
Itulah kasih mesra,
Sejati dan mulia.

          Lirik lagu di atas cukup jelas memanifestasikan satu mesej kepada

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Yang dikurniakan dari ilahi
Ahai…
Ayah dan ibulah yang mesti dhormati

      Lirik lagu di atas telah didendangkan oleh…….. Menerusi sebahagian daripada lirik lagu itu kita didendangkan dengan pengorbanan ayah dan ibu yang tiada batasannya demi anak tercinta. Kita juga dididik menjadi manusia yang tahu menghormati orang yang banyak berjasa kepada kita.

Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona (PELANCONGAN)

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang (KELUAGA BAHAGIA)

Kau ada dikala kusuka
Dikala kuduka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala kuperlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh(PERANAN IBU BAPA)


GURINDAM
Jika benihnya benih molek,
Jika tanahnya tanah cantik,
Jika bajanya baja baik,
Tentu pokok cepat naik

Gurindam Melayu di atas mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang .Oleh itu soal mendidik anak bukanlah soal yang boleh dipandang enteng . Hal ini demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat dijelmakan .

Sahabat itu umpama ubat
Sedia merawat kawan melarat.

Sahabat setia amat bermakna
Jadi pendorong masa merana.

Sahabat sejati sukar dicari
Sehidup semati tak akan lari.

Sahabat baik tak akan tidur
Salah dan silap diakan tegur.

SAJAK

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat (GURU)

 PANTUN
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi

Patah pasak dalam kemudi
Patah diruang bunga kiambang
Kalaulah tidak bertemu lagi
Bulan yang terang sama dipandang(PERPISAHAN)
SLOGAN
Bahasa Jiwa Bangsa.
Bahasa Menunjukkan Bangsa.
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
Bersekutu Bertambah Mutu
Biar Lambat Asalkan Selamat
Membaca Jambatan Ilmu
Muafakat Membawa Berkat.
Pandu Cermat, Jiwa Selamat.
Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara
Budi Bahasa Budaya Kita.
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Cegah Sebelum Parah
Kepimpinan Melalui Teladan
Belia Pemangkin Transformasi
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Badan Cergas, Otak Cerdas.
Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi
Ilmu Penyuluh Hidup
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Dadah Musuh Negara
Budi Bahasa Budaya Kita
Rumahku Syurgaku
Filem Kita Wajah Kita
Tiada Aedes Tiada Denggi
 Belilah Barangan Buatan Malaysia
Cintailah Sungai Kita
Cintailah Alam Sekitar
Majulah Sukan Untuk Negara
1Murid 1Sukan
Negara Kita Tanggung Jawab Kita
Malaysia Boleh
Negara Bersih Rakyat Sihat
Rakyat Sihat, Negara Maju
Sukan Untuk Semua
Keluarga Bahagia, Masyarakat
Sejahtera
Jimat Cermat Amalan Mulia
Jiran Sepakat Membawa Berkat
Guru Penjana Transformasi Negara
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Belia Penggerak Wawasan Negara
Sukan Pemangkin Perpaduan Negara
Hidup Bahagia Tanpa Dadah
Belia Benci Dadah
Amalkan Gaya Hidup Sihat
Kebajikan Adalah Tanggungjawab
            Bersama
Sekolahku Syurgaku.
1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Rakyat Teras Kejayaan  
            Bersama
Elakkan Pembaziran Tenaga Elektrik
Cekap Tenaga Amalan Kita
 Daripada Seringgit Menjadi Sejuta
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. 
Tak Nak
1 Malaysia Menjana Transformasi
 Ke Arah Malaysia Cemerlang Gemilang  Terbilang.
Agi Hidup Agi Ngelaban yang berasal   
daripada Bahasa Iban yang bermaksud Selagi Ada Hayat, Selagi Itulah Berjuang
Sekolah Cemerlang Pelajar Terbilang
Janji Ditepati
ANALOGI
·         Setiap kata rakan-rakannya menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting
·         agama adalah perisai yang kuat
·         iman yang nipis senipis kulit bawang
·         Kapal kehilangan nahkoda
·         Sangat berharga umpama permata
·         Nasihat yang sia-sia umpama mencurah garam ke laut
·         layang-layang terputus talinya

·         Angan-angan tinggi melangit
·         Mengejar fatamorgana
·         Mengejar oasis di padang pasir Masa ibarat pedang
·         Ilmu tanpa amal ibarat pohon rendang tapi tak berbuah
·         Umpama tin kosong
·         Pengaruh Barat umpama landaan ombak Tsunami
·         Sibuta kehilangan tongkat
·         sekukuh Tembok Besar China 
·         kain putih yang suci lagi kudus 

No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.