SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Monday 27 October 2014

LATIHAN KOMSAS TUMPUAN 2014

Set 1 Prosa Pelayaran Penuh Peristiwa
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya  dengan menggunakan ayat anda sendiri. 

            Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
            “Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
            “Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”
            “Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
           Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk,”Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik ? Sebenarnya dagang yang inilah yang telah menjadi tawanan nya.Dia seorang pahlawan yang handal.”
           “ Kalau begitu,” kata Awang Sulung pula,” memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan sekarang hutang pun sudah berbayar , piutang pun sudah diterima, maka memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”

(i)             Berikan maksud rangkai kata isikan geliung ini penuh sarat?                                                                                [2 markah]
(ii)            Mengapakah Awang Sulung tidak menghebahkan tentang pelayarannya?Nyatakan tiga sebab beliau berbuat demikian berdasarkan petikan di atas.[3 markah]
(iii)           Pada pendapat anda, mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang Sulung?Berikan tiga alasan anda[3 m ]



memuatkan kapal layar yang besar dengan padat

-beliau menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya.
-beliau juga berhutang kepada Tuan Puteri sebanyak lapan rial batu.
-Awang Sulung juga ingin menyelesaikan hutang kepada Datuk Batin Alam sebanyak emas sejangka tiga.

Awang Sulung merupakan seorang pahlawan yang handal dan juga seorang anak raja yang merendah diri.

Awang Sulung ialah seorang yang sangat bijaksana dan mempunyai pelbagai keistimewaan

keadaan yang amat cepat, pantas dan sangat laju.

kesemuanya muntah-muntah dan mabuk.
Hanya terdapat tiga orang sahaja yang tidak mabuk iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si Kembang Cina dan juga Awang Sulung Merah Muda.

mengingatkan dengan bahasa yang lembut dan berlapik.
mengadakan perbincangan dengan cara bertolak ansur.
ika pihak tersebut masih tidak mampu, boleh dilakukan dengan perjanjian secara bertulis dan tindakan yang wajar.





Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.
            Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.
            Apabila jurumudi dan Mualim Cik Mas sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!”
            Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”













(i)             Apakah maksud rangkai kata tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk?[ 2 markah ]

(ii)            Nyatakan siapakah “anakanda” dan siapakah “ayahanda” dalam petikan di atas?  Apakah penerangan yang dikemukakan oleh “anakanda” kepada “ayahanda” itu.[ 3 markah ]

(iii)           Pada pendapat anda, mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak memperisterikan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa? Berikan tiga alasan anda.[3 markah














seorang yang telah berusia seharusnya kian bijak dan bertambah cerdik, tetapi bapanya kian berusia kian tidak berakal

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, manakala “ayahanda” pula bapanya iaitu Tuanku Nakhoda Tua. Tuan Puteri menerangkan kepada ayahandanya tentang jurumudi yang berbohong dengan menegaskan bahawa yang menyelamatkan  isi geliung daripada serangan lanun adalah Awang Sulung Merah Muda, bukannya jurumudi.

kecantikan Tuan Puteri tersebut.
Tuan Puteri juga berketurunan bangsawan dan berdarah raja, dipandang tinggi oleh masyarakat selain berharta pula.
jurumudi berhasrat merampas Tuan Puteri daripada Awang Sulung yang tidak disukainya itu.

HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
SYAHADAN sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta Inderaguru Tujarapok dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai muafakat saudara-bersaudara mengatakan “Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri, jikalau ada ampun serta kurnia.”
       Lalu dijawab oleh Sultan, “Pilihlah anak saya yang bertiga.”

      Maka disahuti, “Jikalau ada ampun kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya Daeng Menambun.”

      Syahadan maka ketika hari yang baik, bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah pengantin telah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta orang Matan.

       Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan Agung.

       Maka bercakaplah sekaliannya orang Bugis serta mengaruk lalu turun ke perahu bersimpan, berkemas, membaiki perahu. Serata sampai tujuh hari, mudiklah di Batangan Pawan Sungai Matan.

       Serta sampai ke pangkalan negeri Matan, lalu naiklah ke darat Opu Daeng yang lima bersaudara  serta dengan Inderaguru Tujarapok dan berserta panglima-panglima sekalian, dan serta juak sekalian naik ke darat.

                                                                       

                                   Maka sampailah perang itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis.
       Serta selesai daripada pekerjaan perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu oleh Yang Amtuan yang baharu digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya yang perempuan. Maka beranak seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan Raja Kedah itu.
       Maka lalu dibayarnya seperti perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu dibayarnya tiga bahara ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang selaginya.
      Maka menerima yang tiga bahara ringgit itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang yang datang dari Bugis dan dagang dari Timur wang yang tiga bahara ringgit itu. Kemudian, setelah selesailah daripada itu, maka bermohonlah balik ke Riau.  
       Maka lalu berlayarlah serta sampai ke Riau, baliklah ke rumah masing-masing. Maka lalulah menghadap Yang Amtuan Riau serta berkhabar perihal ehwal di Kedah.
       Telah sudah berkhabar-khabar maka lalu bermohon balik pulang ke istananya. Dan seperti Opu Daeng Merewah yang bergelar Yang Amtuan Muda itu, balik ke istananya di kampung Datuk Temenggung, kerana berbinikan anak Ungku Datuk Temenggung, namanya Ungku Encik Ayu, beranak dua perempuan dan laki-laki; seorang dinamakan La Mafaunuk dipanggil orang, timang-t imangannya Encik Unuk.    

(i)   Berikan maksud dengan juak-juak sekalian[ 2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan adat yang disempurnakan oleh golongan  istana semasa perkahwinan  Puteri Kesumba dengan Daeng menambun.[ 3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mengekalkan amalan bermuafakat  dalam masyarakat? .[ 3 marka                          






















(i)      Berikan maksud berkhabar perihal ehwal di Kedah . [ 2 markah]
(ii)      Apakah yang dilakukan oleh Yang Amtuan setelah menerima tiga bahara ringgit   itu?[3 markah]
(iii)     Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemenangan orang-orang Bugis dalam peperangan tersebut? [ 3 markah



























           
dengan segala hamba raja
-ketika hari yang baik, bekerjalah mulai berjaga-jaga
-berarak kahwin
-setelah tiga hari, bekerja pula mandi-manda
-berarak

-supaya kerja yang berat menjadi ringan
-supaya kerja dapat disiapkan dengan segera
-untuk mengeratkan tali silaturahim
-boleh bertukar-tukar idea/fikiran

























memberitahu keadaan yang berlaku di Kedah
-membahagikannya kepada dagang yang datang dari Bugis
-membahagikannya kepada dagang yang datang dari Timur
-setelah selesai,mohon balik ke Riau
-senjata yang lengkap
-mempunyai strategi peperangan
-mempunyai semangat juang yang tinggi
-berani menentang musuh

      Maka berkhabarlah Sultan Adil, “ Silakanlah naik semayam diam di rumah.”
      Maka disahuti oleh Opu Daeng yang berdua bersaudara, “ Sebaiknya, mana-mana perintah saya semua ikut .”
       Kemudian balik ke perahu, lalu berangkat ke rumah sampai tiga hari. Lalu bersuruhan Sultan Adil menyuruhkan pangeran-pangerannya serta dengan kiai-kiai orang bertujuh menghadap Opu Daeng Menambun berdua dengan Opu Daeng Kemasi mengkhabarkan khabar Sultan Adil salam doa serta takzim; jikalau ada suka Opu Daeng yang berdua bersaudara diam di negeri Sambas berumah-rumah hendak dikahwinkan dengan saudaranya perempuan bernama Raden Tengah .
       Maka disahuti oleh Opu Daeng Menambun itu, telah bergelar di Matan Pangeran Emas Seri Negara itu menyahut khabar pangeran serta dengan kiai-kiai yang bertujuh itu menerima syukur alhamdulillah.  “ Ini ada adik saya Daeng Kemasi, belum berumah-rumah. Jikalau suka Sultan Adil memeliharakan, saya pun turut suka juga, sama-sama mencarikannya jalan yang kebajikan. Jikalau ada diberi Allah, diterimalah seperti kehendak Sultan itu.”
       Kemudian pengeran serta dengan kiai yang bertujuh itu bermohon baliklah. Serta sampai lalu menghadap Sultan Adil, mengkhabarkan salam doa takzim daripada kakanda Opu Daeng Menambun, serta sembah daripada adinda Opu Daeng Kemasi akan hal seperti perintah duli Sultan itu, diikutilah beberapa syukur alhamdulillah.
       Maka Sultan Adil pun sukalah. Maka tiada berapa lama antara harinya, lalu dikahwinkanlah Opu Daeng Kemasi itu dengan adiknya yang perempuan yang bernama Raden Tengah itu.
       Serta sampai tujuh harinya, maka digelarnyalah oleh                                                   Sultan Adil Opu Daeng Kemasi itu Pengeran Mangkubumi di dalam                                daerah negeri Sambas
(i)    Apakah maksud  belum berumah-rumah [2 markah]
(ii)   Apakah tindakan pangeran selepas beliau menghadap Opu Daeng Menambun ?  [3 markah]
(iii)  Bagaimanakah  caranya pemerintah  meluaskan empayar
pemerintahannya tanpa perrtumpahan darah?[3markah ]                                                                                                                   



























Belum berumah tangga
menghadap Sultan Adil
mengkhabarkan salam doa takzim daripada kakanda Opu Daeng Menambun
menyampaikan sembah daripada adinda Opu Daeng Kemasi
lalu bersyukur
-menjalinkan persahabatan dengan kuasa besar
-menjalinkan persaudaraan melalui perkahwinan
-mempunyai ketenteraan yang mantap

SYAHADAN sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta
Inderaguru Tujarapok dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai muafakat saudara-bersaudara mengatakan “Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri, jikalau ada ampun serta kurnia.”
       Lalu dijawab oleh Sultan, “Pilihlah anak saya yang bertiga.”
        Maka disahuti, “Jikalau ada ampun kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya Daeng Menambun.”
      Syahadan maka ketika harij yang baik, bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah pengantin tgelah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta orang Matan.
       Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan Agung.



   

   
(i)    Mengapakah Sultan Muhammad Zainjuddin ingin mengahwinkan Daeng berlima bersaudara  dengan anak-anak perempuannya?                                                                         ( 2 markah)

(ii)     Berikan tanda-tanda menunjukkan keakraban Daeng berlima bersaudara                                                                                ( 3 markah)

(iii)    Apakah mesej yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca berdasarkan petikan tersebut(. 4 markah)

                                                                                   
akan memanjangkan persaudaraan,
meluaskan kekuasaan,
mengukuhkan kekuasaan atau kerajaan,
menakutkan pihak lawan atau musuh disebabkan dapat menjalin
hubungan dengan pahlawan yang gagah perkasa.
Daeng lima bersaudara merupakan pahlawan hebat yang boleh membantu melindungi pemerintahannya

 mereka berbincang   
adik –beradik sebelum membuat sesuatu keputusan,
 Daeng Lima Bersaudara membuat keputusan secara permuafakatan,
keputusan perbincangan berdasarkan kata sepakat adik-beradik.

bekerjasama dalam setiap pekerjaan,
pemaufakatan akan membawa kesejahteraan,
kuasa-kuasa luar akan segan kepada negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat.

       Maka sampailah perang itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis.

       Serta selesai daripada pekerjaan perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu oleh Yang Amtuan yang baharu digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya yang perempuan. Maka beranak seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan Raja kedah itu.

       Maka lalu dibayarnya seperti perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu dibayarnya tiga bahara ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang selaginya.

      Maka menerima yang tiga bahara ringgit itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang yang datang dari Bugis dan dagang dari Timur wang yang tiga bahara ringgit itu. Kemudian, setelah selesailah daripada itu, maka bermohonlah balik ke Riau.


(i)    Buktikan kebijaksanaan Yang Amtuan menarik minat Daeng berlima bersaudara menguasai Kedah. Nyatakan dua bukti. ( 2 markah)
                                                                                             
(ii)  Mengapa Daeng berlima bersaudara bersetuju untuk memerangi Kedah?                                                                                                       (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara pemerintah supaya menarik minat pedagang 
 asing datang ke negara kita untuk membuat pelaburan?                                                                                                    ( 4 markah)

Yang Amtuan Baharu membuat perjanjian akan   membayar lima belas bahara,
Opu Daeng Perani akan dikahwinkan
dengan saudara perempuan Yang Amtuan Baharu.






Opu Daeng Perani diberi jawatan dalam pemerintahan Kedah yang baharu dan kedua,  Daeng Lima Bersaudara diberi upah yang tinggi iaitu lima belas bahara ringgit.

suasana negara harus aman dan damai daripada anasir jahat,
rakyat serta pemerintah harus bekerjasama, struktur geografi negara yang baik.



DRAMA 1400

SOUD   :   Sarip tu semua orang tahu. Dolah, rezeki yang dicari mestilah rezeki yang  halal.
DOLAH :   Tetapi, mereka tidak kira halal haram.
SOUD   :   Mereka, merekalah. Ingat  apa tuk guru kata ?
DOLAH :   Aku miskin begini bukan permintaan aku. Aku betul miskin. Kaki aku  begini , salah akukah?  Tuhan buat setengah, keadaan buat setengah.
Anak tuk penghulu terlepas, aku jadi begini.
SOUD   :   Manusia jenis  kau ni mulia Dolah.
DOLAH :   Mulia dapat apa ?
SOUD  :   Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.
DOLAH :   Bila?
SOUD  :   Dolah, mana imanmu?
DOLAH :   Kau tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang berkata, “ Dolah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi takkanlah nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. “ Ya, mereka malu. Tetapi, meminta tolong daripada aku tak malu.      
SOUD  :  Kita menolong harus kerana Allah, Dolah.
DOLAH :   Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik, miskin pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa  aku,  siapa pun tak peduli.
SOUD   :   Engkau sembahyang, bukan?
DOLAH  :   Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?
SOUD  :   Engkau sembahyang tak?
DOLAH :   Aku akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah capik ya! Kau tengok  Soud, kau tengok.

(i)      Nyatakan perkara yang menjadikan  Dolah berkecil hati [ 2 markah]
(ii)     Nyatakan bantuan yang boleh diberikan kepada Dolah untuk meneruskan kehidupan [ 4 markah]
(iii)    Huraikan satu latar masyarakat daripada petikan dan satu latar masyarakat   daripada  keseluruhan drama .  [ 3 markah]
                                                      

Dia tidak terpilih menjadi wakil rakyat kerana dia capik
-Orang tidak mempedulikannya
-Peminangannya sering ditolak.

bantuan modal atau subsidi wang untuk memulakan perniagaan
memberi khidmat nasihat / semangat
memberi bantuan kebajikan
memberi peluang pendidikan
memberikan peluang pekerjaan

Latar masyarakat daripada petikan
masyarakat kampung contohnya kehidupan penduduk kampung yang diwakili oleh Soud dan Dolah.
masyarakat yang mengabaikan golongan orang kelainan upaya, contohnya Dolah yang dinafikan  peluangnya  untuk memegang jawatan akibat kecacatan anggotanya. 
            
Latar masyarakat daripada keseluruhan drama :
masyarakat yang kaya raya dan hidup mewah. Contohnya kehidupan Orang Dikaya Pak Tuan Dolah dan keluarganya.
masyarakat yang  mengamalkan ilmu hitam atau ilmu yang menyimpang daripada ajaran agama. Contohnya Dolah menemui Tuk Pawang dan membawakan azimat yang diambil daripada pinggang ibunya untuk diasapkan sambil menyeru nenek-nenek, semangat dan jin.


MAULANA  mula meratib dan diikuti oleh mereka yang di sekelilingnya. Mula perlahan, kemudian kuat dan perlahan balik ; boleh bergerak.
DOLAH        :  (Sendirian).
                        Apabila kaki tak capik, bolehlah menari.
                        Apabila saku penuh wang, bolehlah bertemasya
                        Apabila orang tuan-tuankan, bolehlah senyum
                        Lidah tidak bertulang, bolehlah.
MAULANA   :   Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah  dengan sabar dan sembahyang, kerana Allah berserta dengan  orang-orang yang sabar.(Kumpulan bertasbih seperti tadi).

DOLAH      :    Apabila capik disuruh sabar
                        Emak sakit dikata takdir
                        Cakap,cakap,cakap,cakap
                        Lidah tak bertulang, bolehlah.

MAULANA  :   Katakanlah kebenaran telah tiba, yang batil akan hancur, kerana yang batil itu memang akan lebur.

DOLAH        :  (Agak nyaring) Tuan, bukalah mata kepada hal yang sedang berlaku. Yang batil bertambah kuat. Yang batil bertambah maju.Yang batil  bertambah makmur. Bukalah mata, pandanglah  sekeliling.

MAULANA   :  Tidak usah pandang sekeliling, tidak usah buka mata. Tetapi  pandanglah  kepada petunjuk al-Quran, dan bukalah hati. Luruskan pendirian sebagaimana yang diperintahkan; jangan turut kehendak nafsu (kepada DOLAH). Allah ialah penjamin kepada sekalian orang  yang beriman bagi mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada  cahaya. Sesungguhnya barang siapa yang beriman kepada Allah, maka  Allah akan memberikan hidayat dalam kalbunya.


(i)             Berdasarkan petikan di atas, nyatakan antara tanda orang beriman .                                                                                                                                                                                                                              [2 markah]

(ii)            Pada pendapat anda mengapakah seseorang itu perlu bersabar apabila
      menghadapi cabaran?                                                                                                   [3 markah]

(iii)            Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
       persoalan lain yang terdalam  
       keseluruhan drama tersebut.                                                                                                                                                                                                                [4 markah]                                                   
bersembahyang
meminta pertolongan daripada Allah dengan sabar .
  
Kita perlu bersabar supaya :
dapat berfikir dengan tenang
mengambil tindakan secara rasional
dihormati oleh masyarakat
mengelakkan diri daripada sesuatu yang negatif
mengelakkan diri daripada sikap terburu-buru

Persoalan dalam petikan :
Berpegang teguh kepada agama . Contohnya Maulana sentiasa mengingatkan Dolah agar bersabar dan meminta pertolongan Allah
Persoalan dalam keseluruhan  drama
Keprihatinan masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya. Contohnya Soud yang bersimpati dengan nasib Dolah yang capik.
Persoalan kehidupan masyarakat yang kaya tetapi sombong. Contohnya Tuan Dikaya Pak Tua Dolah yang sombong setelah dia menjadi kaya.

INTAN SITI RAHIMAH :  Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan  kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam- macam lagi.
PAK TUAN DOLAH     :  Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemar kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH :  Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?
PAK TUAN DOLAH     :  Lain kali kata sibuk, tak usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH : Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang  bekerja dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput.Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH      :  Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SITI RAHIMAH  :  Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada
makanan mereka.
PAK TUAN DOLAH      :  Itu salah siapa?
INTAN SITI RAHIMAH  :  Sekurang-kurangnya kita kurangkan anjing-anjing sedikit.
PAK TUAN DOLAH       :  Anjing-anjing itu untuk menjaga Intan; menjaga rumah ini, menjaga kuda-kuda.
INTAN SITI RAHIMAH   : Kuda-kuda pun dijaga dan diberi makan begitu baik.
 
 



(i)        Apakah maklumat yang diperoleh Intan Siti Rahimah ketika dia berada  surau?                                                           [ 3 markah]
(ii)        Pada pandangan anda, mengapakah Pak Tuan Dolah melarang Intan Siti Rahimah ke surau ?                                                        [ 3 markah]
(iii)       Huraikan satu nilai  kemanusiaan yang terdapat dalam petikan drama tersebut
dan satu nilai  kemanusiaan lain daripada keseluruhan drama.   [ 3 markah]                                                                                                                                                              


Maklumat yang diperoleh Intan Siti Rahmah ketika di surau :
-       Orang kampung menyatakan kekotoran dari kandang kuda telah mencemarkan air sungai .
-       Anak-anak mereka sakit

Tuan Dolah melarang Intan Siti Rahimah ke surau :
-       Tidak mahu anaknya terpengaruh
-       Tidak mahu anaknya bercampur gaul dengan masyarakat bawahan
-       Menjaga statusnya sebagai orang kaya
-       Tidak mahu anaknya mengetahui keburukan sikapnya.
-        
Nilai kemanusiaan  dalam petikan:
-       Kasih sayang kepada haiwan .  Contohnya Pak Tuan Dikaya Dolah memelihara anjing untuk memastikan keselamatan kuda peliharaannya / Kuda-kuda peliharaan Pak Tuan Dolah diberikan makanan yang baik.
-       Simpati . Contohnya Intan Siti Rahimah bersimpati terhadap nasib dan keadaan kehidupan sesetengah penduduk kampungnya. 
 Nilai kemanusiaan lain dalam keseluruhan drama:
-       Ketaatan . Contohnya Maulana dan Suod  yang amat taat kepada suruhan
      dan ajaran agama.    
-       Bertanggungjawab. Contohnya Maulana dan Suod yang sentiasa menasihati Dolah agar tidak mudah putus asa dan sentiasa bersabar serta berserah kepada Allah.


Drama “Gelanggang Tuk Wali”

SIAK menikam ke arah RIPIN yang berada di tengah. RIPIN yang memang bersedia terus menangkis tikaman SIAK. Sundang dilucutkan dari tangan SIAK dengan mudah! Dengan mudah juga RIPIN membuat kuncian sehingga SIAK tidak dapat bergerak. Beberapa ketika kemudian RIPIN melepaskan SIAK. Orang tua itu terjelepok di atas selanggang.
SIAK:                Begini rupanya kamu, Wali! Berlindung dengan kekuatan murid? Kamu sendiri pengecut rupa-rupanya?
TUK WALI:        Engkau jangan campur, Ripin! Beri balik sundang tu kepada dia!
MAK UMI:         Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh macam budak-budak ni!  Astaghfirulalazim!.....Ya Allah! Kenapalah sampai jadi macam ni!
RIPIN:               Tuk Siak. Baliklah tuk! Tak elok macam ni! Bawalah mengucap! Kalau ada masalah, kita selesaikan cara baik! Cara berunding!
TUK WALI:        Dia memang dah lama berdendam dengan aku, Ripin! Aku tau, sejak  aku kahwin dengan Mak Umi kau, semua yang aku buat tak ada yang betul di mata dia! Tak cukup umpat fitnah, dihasutnya orang masjid supaya pulaukan aku! Dah lama benar aku menunggu, baru petang ini sampai hajat aku!
MAK UMI:         Sudahlah tu bang! Malu kita macam ni! Udahlah tu! Biar aku pergi dari  sini! Tak mau aku jadi saksi orang-orang dungu bergaduh! Mari Ripin, hantarkan Mak Umi ke rumah Berahim!






(i) Apakah yang menyebabkan Tuk Wali berasa tidak puas hati terhadap Siak?(2m)
(ii) Pada pandangan anda, wajarkah Mak Umi menjauhkan diri daripada dua orang yang bergaduh itu? Berikan alasan anda [4 m]

(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama tersbeut dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.(3 markah)

-          Siak dikatakan sering  menyebarkan fitnah.
-          Siak sering mengumpatnya.
-          Siak sering menghasut orang masjid agar memulaukannya.

                                                                                                                                                                                                           
-          Memujuk kedua-dua pihak agar berhenti bergaduh.
-          Meminta bantuan pihak ketiga/pihak berkuasa untuk meleraikannya.
-          Mengajak kedua-dua pihak berunding secara baik.

(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama 
                                                .                                      
-          Kita yang hidup berjiran hendaklah berbaik-baik dan saling menghormati antara satu sama lain agar kita dapat hidup dengan harmoni.

Dua pengajaran berdasarkan keseluruhan drama

-           Kita sebagai anggota masyarakat perlulah berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas agar usaha kita mendatangkan hasil/faedah.
-          Golongan muda sewajarnya meneruskan perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa seperti seni silat supaya warisan bangsa itu tidak pupus ditelan zaman.

TUK WALI:        (Merenung muka RIPIN) Aku ni dah tua, Mariam, Ripin! Tak daya aku nak berkuat macam dulu.
RIPIN:               Kalau wak penat, biar kami yang mengajar! Tapi, kamimau wak ada dalam gelanggang.
MARIAM:          Betul tu! Kami masih perlu bimbingan wak dalam gelanggang ini!
TUK WALI:        Aku terfikir,ada baiknya juga kalau engkau berdua ambil alih tempat aku.  teruskanlah gelanggang ini. Aku dah tak daya lagi, Ripin.
RIPIN:               Mariam, saya tak tahulah! Tapi saya sendiri memang tak sanggup,  wak! Saya belum bersedia.
MARIAM:          Kalau Abang Ripin dah tak sanggup, apa pulak saya, tapi, kenapa tiba-tiba saja wak tak mau mengajar?Mesti ada silap di mana-mana ni! Kalau saya yang buat salah, saya minta maaf, wak! Orang muda kadang-kadang terlanjur bila bergurau. Saya minta maaf,wak!
RIPIN:                Saya pun macam tu juga! Kalau ada tingkah laku saya yang mengecilkan hati wak, saya minta maaf.
TUK WALI:        (Berasa terharu dengan sikap muridnya) Kamu berdua tak ada apa-apa salah dengan aku! Kamu berdua ni murid aku yang terbaik! Tak perlu minta maaf, Ripin, undang- undang alam ini  cukup mudah sebenarnya.  Semua yang bermula pasti akan berakhir.  setiap sesuatu itu mesti ada penghujungnya! Untuk diri aku, inilah waktunya.  Dah lebih 50 tahun aku mengajar, empat malam setiap minggu, sepanjang tahun tanpa rehat. Kalau buah kelapa  yang aku tanam waktu mula mengajar dulu, sekarang pokok itu tentu dah tua, atau mungkin sudah mati, tumbang menyembah bumi. Aku bukan pokok kelapa, Ripin, aku tak sekuat pokok kelapa. Aku dah tak daya lagi nak teruskan semua  ini.  Kamu berdualah yang aku harap untuk teruskan.



i.    Apakah alasan Tuk Wali untuk tidak turun ke gelanggang? [2markah]

ii.   Pada pendapat anda, bagaimanakah  mempopularkan seni silat tradisional dalam kalangan remaja ?                                                                                               [3 markah]

iii.   Huraikan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan dan dua perwatakannya berdasarkan keseluruhan drama.                                                                               [4 markah]















-          Dirinya tidak berdaya / tidak kuat macam dulu
-          Menganggap  dirinya sudah tua
-          Dia mahu Ripin dan Mariam mengambil alih tugasnya

]
-          Ibu bapa menggalakkan anak-anak menyertai seni silat.
-          Pihak sekolah mewujudkan kelab atau persatuan seni silat.
-          Kerajaan menganjurkan pertandingan seni silat di peringkat kebangsaan.
-          Kerajaan mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada pesilat-pesilat aktif

Satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan
-          Tuk Wali  sedar dan insaf akan usianya yang sudah tua dan semakin uzur, iaitu Tuk Wali ingin menyerahkan gelanggang silatnya kepada Ripin dan Mariam supaya menggantikan tempatnya sebagai guru silat.

Dua perwatakan Tuk Wali berdasarkan keseluruhan drama

-          Tuk Wali seorang yang berani, iaitu Tuk wali pernah berjuang menentang komunis.

-          Tuk Wali seorang yang tegas pendirian iaitu dia mempertahankan tindakan dan perkhidmatannya sebagai guru silat sewaktu isterinya Mak Umi menyampaikan nasihat Imam dan Siak agar Tuk Wali berhenti daripada bersilat.

-          Tuk Wali seorang yang pemaaf iaitu Tuk Wali menganggap Ripin dan Mariam tidak melakukan apa-apa kesalahan dengannya.


MAK UMI:         Siak pun ada sama! Nasihat! Macam yang dia pesan pada Abang Ngah minggu lepas.
TUK WALI:        Boleh! Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi, orang patah kaki, urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria beramai-ramai siapa nak menolong?
MAK UMI:         Yang itu tak pulak disebut! Bersilat  dalam majlis kahwin saja! Kurang manis katanya!
TUK WALI:        (Menggantung biola di dinding beranda. TUK WALI kelihatan tersinggung dan marah.) Dal lebih setengah abad aku bersilat! Dulu, semua budak muda dalam kampung ini anak murid aku belaka...Zaman darurat dulu! Aku dilantik jadi ketua mengawal kampung! Dua kali bertempr di hutan, berkumpul semua orang lelaki perempuan, datang pada aku belajar silat. Masa itu, apa yang aku buat semuanya baik! Semuanya manis! Tapi, bila aku dah tua macam ni, tak manis pulak jadinya.
MAK UMI:         Kerana dah tualah jadi tak manis tu!
TUK WALI:        Aku buat benda yang sama jugak! Aku bukan ajar budak-budak tu merompak!
MAK UMI:         Jangan marah saya! Imam yang kata macam tu!
TUK WALI:        Apaawak jawa?





i.Mengapakah Tuk Wali marah apabila Mak Umi menyatakan tentang pesanan Imam dan Siak? (3 m)
ii. Pada pendapt anda, wajarkah Siak dan Imam melarang pekerjaan Tuk Wali?    [3 markah]

iii.Nyatakan satu latar tempat yang terdapat dalam petikan dan dua latar tempat yang terdapat dalam drama
    [ 3 markah]

       h]
Memintanya agar tidak lagi bersilat di gelanggang.
Usianya sewajarnya  dihabiskan di masjid berzikir.
Perihalnya membantu orang kampung yang patah kaki, terkehel,  dan histeria tidak pula menjadi teguran Imam dan Siak.

(Berbincang/berunding secara baik dengan Tuk Wali.
Mencadangkan agar Tuk Wali mencari penggantinya.
Menjadikan Tuk Wali sebagai penasihat/pakar rujuk.

Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan 
                                                                                                                    
-          Di beranda rumah Tuk Wali, iaitu Tuk Wali menggantung biola di dinding beranda.

     Latar tempat dalam drama
-          Di gelanggang silat, iaitu Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan rumahnya dan berkelahi dengan Siak di tempat itu.
-          Di dalam rumah , iaitu Tuk Wali dan Mak Umi bertengkar di dalam rumah.







No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.